Total Pageviews

May 31, 2011

PANACOTA KIWI



Assalamualaikum...... mai kita layan resepi desert yang paling senang.  Memang mudah dan sedap di makan sejuk sejuk ketika waktu panas... Kali ini kita buat Panacota Kiwi.

Sumber : K.Nor

Bahan2
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih siket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
Buah Kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi  keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

 







May 30, 2011

MAIN LAYANG LAYANG




Hari Ahad. Kalau ikutkan hati nak lepak kat rumah saja. Tapi kesian kat anak anak yg boring tak buat apa apa..apatah lagi esok dah mula cuti sekolah.

Petang nya kita bawa anak anak ke Taman Layang Layang yang terletak di tepi jln dari selayang menuju ke Kepong. Bukan anak anak saja..my bibik pun ikut main gak...



Memang ramai betul orang petang petang ni..macam macam aktiviti yg ada...tapi memang hapening..kalau nak datang kena awal ..kalau tak parking le sepanjang lebuhraya , jauh pulak jalan nak masuk...


Sukanya anak kita dapat pertama kali main layang layang. Kita layan gambar gambar yang tak seberapa ini... 


May 29, 2011

KUIH KOCI LABU

Salam sejahtera buat teman teman...



Cuti sekolah telah bermula...tapi apa2 program pun tak rancang untuk anak2. harap harap minggu depan dapat bawa anak anak mandi manda.....Insyallah...


Kali ini kita merajinkan diri sikit buat kuih koci labu...labu ni dah berminggu ada kat dapur..semenjak kena sumpahan labu tu la..dok pening nak wat apa...kebetulan pagi tadi kita ke pasar ... nampak daun pisang terus ambil. Jadilah koci labu...kalau buat kuih lain nanti tak laku pulak..yg ni dah tentu tentu habis...

 
Masih menggunakan resepi seperti dulu.... selamat menjamu selera dan bergembira.

Bahan2 dan Cara2:-

Untuk doh:
  • Labu kuning - potong kecil dan dikukus
  • Tepung pulut
  • Garam
  • Daun pisang yg dilayur
  • Minyak masak

Labu yg telah empuk dilecek. Kemudian masukkan sedikit garam dan tepung pulut sedikit demi sedikit dan sehingga terhasil doh yg tak melekat kat tangan..macam buat onde2/buah Melaka. Bahagikan doh kepada saiz yg dikehendaki..leperkan dan masukkan inti tutup rapat dan bulatkan..celup dengan sedikit minyak masak. Kemudian bungkus dengan daun pisang. Ulanglah sampai doh habis. Lepas kukus hingga masak.

Untuk inti:
  • kelapa parut
  • gula melaka
  • gula pasir
  • daun pandan
  • air
  • garam

Larutkan gula melaka dengan air dan masukkan gula pasir dan kelapa parut. Masukkan daun pandan dan sedikit garam. Masak sehingga hampir kering dan melekit.



May 28, 2011

KEK TAPAI BIJAN HITAM


Assalamualaikum....





Kelmarin kita tengok kat rumah KCt ada kek tapai bijan hitam. Memang sesuai sebab ada satu bekas tapai ubi lagi kat dalam aisbok kita.

Kita start buat kek ni kul 8.00 malam dan ambil gambar pun tengah tengah malam. Dan yang sepotong tu pun kita yang habiskan ..hehehhe..tapi u..memang gebu dan sedap kek ni...manisnya memang sesuai sangat....lain kali kita boleh ulang lagi kek ni...

Jadi kita minta izin Kct untuk salin resepinya... 



 




Dari rumah : KCt (Dari Dapur Ct)

Bahan :

200 gm marjerin
150 gm gula pasir
250 gm tapai ubi - di lecek dan buang tulang tengahnya
4 biji telur
200 gm tepung gandum
15 gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
4 sudu teh bijan hitam
2 sudu makan kismis hitam

Caranya
1. Pukul gula dan marjerin hingga rata. Tambahkan tapai ubi, pukul hingga rata.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga rata
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder yang di ayak. Gaul rata dan campurkan bijan serta kismis. Di gaul rata.
4.  Tuang dalam loyang 22 x 22 x 24 cm yg di glis dan di alas
5. Bakar hingga masak.

May 27, 2011

AGAR AGAR SANTAN GULA MERAH


Assalamualaikum..... hari ini kita layan lagi agar agar..kali ini agar agar gula merah. Bukan aper..sebab abang kita memang suka makan agar agar  dan kita pun memang nak menghabiskan stok agar agar serbuk tu.  Memang sedap rasa agar agar gula merah ni.... tak rugi nak mencuba...



AGAR AGAR SANTAN GULA MERAH
Sumber : Nazrah Bakery


Bahan -bahan:
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 900 ml air
  • 120ml air ( sy guna 100ml santan kotak + 20 ml air)
  • 2 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan


Caranya:
  • Masak air dengan gula merah, gula pasir dan daun pandan
  • bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang kedalam acuan yang anda suka
  • Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.

May 26, 2011

AGAR AGAR SANTAN PANDAN


Salam semua....


Masa cuaca yg tak menentu ni .. kalau melayan agar agar setiap hari pun ada baiknya. Hari ini kita layan agar agar santan pandan yang amat mudah sekali pembuatannya....


Apatalah lagi sekarang ni kita agak buzy dengan aktiviti terbaru kita..Nanti kita ceritakan aktiviti kita yer...



AGAR AGAR SANTAN  PANDAN
Sumber : Nazrah Bakery


Bahan -bahan:
  • 10g serbuk agar-agar
  • 3/4 cawan gula putih
  • 900 ml air
  • 120ml air ( sy guna 100ml santan kotak + 20 ml air)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan


Caranya:
  • Masak air dengan gula dan daun pandan
  • bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang kedalam acuan yang anda suka
  • Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.







    May 25, 2011

    AGAR AGAR CENDOL

    Assalamualaikum....



    Dah lama rasanya tak buat agar agar. Petang ni kita buat agar agar cendol. Resepi kita dapat dari Mek yang duduk di Thailand tu... 

    Sekali sekala wat agar agar memang sedap...time time plak waktu cuaca panas dan tekak asyik kering jer.... wat pencuci mulut...
    Sila silakan lah yer...layan gambar ni...

    Sumber : Ika (Arah)

    AGAR AGAR CENDOL

    Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )>>kita buat stgh adunan jer!
    • Bagi Lapisan Bawah
    • 500ml air
    • 180gm gula pasir
    • 300ml santan pekat
    • 10gm agar - agar powder
    • 500gm cendol
    • sedikit garam

    • Bagi Lapisan Atas
    • 500ml air
    • 200gm gula merah(yg ni kita kurangkan kepada 130gm)
    • 300ml santan pekat
    • 10gm agar - agar powder
    • 1 biji kuning telur>>Yg ni kita omit
    • sedikit garam

    Cara-cara

    1. Bagi Lapisan Bawah
    2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
    3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
    4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
    5. Bagi Lapisan Atas
    6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
    7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
    8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
    9. Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
    10. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

    May 24, 2011

    PANACOTA STRAWBERRY



    Assalamualaikum......

    Hari Ahad lepas,  kita pergi Kelas Fotography Kanak Kanak di Tasik Cyberjaya.. dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Awal awal kita dah keluar dari rumah untuk menimba ilmu pengetahuan.


    Sampai kat rumah dah jam 2 petang... bila panas panas camni teringin nak makan agar yg sejuk. Tengok kat rumah K.Nor nampak menarik sangat Panacota kiwi yang beliau buat. Tapi kita nak menghabiskan stok strawberry.

    Buat k.Nor minta izin kita salinkan resepinya : 

    Sumber : K.Nor

    Bahan2
    9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
    4 sudu besar air
    2 ½ cawan susu segar/fresh milk
    1/4 cawan gula
    1 sudu teh vanila (Kita terlupa letak)
     beberapa biji buah strawberry ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula

    Cara2:
    1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
    2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
    3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
    4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah strawberry ke dalamnya.
    5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
    6. Tuangkan puri strawberry  keatasnya dan bolehlah dihidangkan.






      

    May 23, 2011

    KELAS PHOTOGRAPHY KANAK KANAK

    Kelmarin kita saja saja pergi menambahkan ilmu ke kelas photography kanak kanak yang dianjurkan oleh Subye (Eyes of Grace Photography) di Taman Tasik Cyberjaya. Kalau nak tengok hasil kerja beliau boleh lawati blog atau FB beliau yang mana hasil sentuhan beliau amat cantik dan menarik.

    Ni ler Sifu nyer

    Model modelnya
    Kelas ni bagus juga..sebab selama ini kita main tekan tekan saja tanpa tahu teknik esposure, aperture, shutter speeds, Bokeh dan DOF. Sekurang kurangnya selepas ini kita boleh practik kan ambil gambar gambar family kita...tak lah kelam kabut kita di buatnya macam dulu dulu..kejap gambar ok..kejap gambar gelap, kejap gambar expose.
    Marilah kita layan masa kelas tersebut diadakan...

    Siap menonggeng lagi nak dapat angle baik punyer


    Model yg kita bawa sendiri he he ..

     Lepas ini..sudah tentu ada banyak gambar gambar lain yang akan menyusul setelah empunya diri mahir dengan kamera.... 

    Jumpa lagi...


    May 22, 2011

    BUBUR CACA (JAGUNG DAN KELADI)

    Assalamualaikum.....



    Petang ni kita buat bubur jagung keladi di campur candil / caca( betul ker) ... candil ni kita beli di pasar malam, jagung pula di beri oleh teman saya Aisyah dari Cameron Highland dan keladi pula dari rumah ibu yg ditanam sendiri.
    Campuran tiga tiga bahan ni memang sedap... makan untuk minum petang. Kebetulan bapa kita datang berkunjung ke rumah... memang sesuai la untuk minum petang.

    Resepi..kita rasa tak perlulah .. sebab kita pun buat main ikut rasa anak tekak jer..hehehehhe...mungkin ada yang lebih mahir dari kita..sebab tu kita malu nak letak resepi....




    Selamat minum petang yer......

    May 21, 2011

    STRAWBERRY CHILLED CHEESECAKE

     Assalamualaikum....


    Pejam celik pejam celik ... dah pun hujung minggu balik...rasa sekejap jer masa berlalu... dan sebab itu lah tak terasa sampai nak expired cheese dalam petiais...(alasan la tu...) 

    Semalam kita buat strawberry chilled cheesecake... kalau sebut pasal cheese cake..memang cepat je habis tapi bukan di rumah ... di pejabat ler... apa tak nya staff saya 10 orang..semua nya kuat kuat makan...nanti satu hari saya nak masukkan N3 tentang staff2 saya pulak...
     

    Strawberry ni pula fresh dari Cameron Highland. Teman baik saya yang baru balik dari bercuti di sana yang berikan buah tangan..tu la terjadinya kek ni. Gambar pun tak sempat nak posing cantik cantik sebab awal pagi dah dibawa ke pejabat ...yg ini pun main klik klik di pejabat jer...


    Resepi ni saya dapat dari teman KR tetapi maaf tak dapat di cari dari mana sumbernya..minta halalkan yer.


    strawberry chilled cheesecake
     Sumber : Nazrah Bakery

    dasar biskut
    200 gm biskut marie
    150 gm butter

    cairkan butter dan gaul pada biskut yg telah dihancurkan.tekan kan keatas loyang size 7 @ 8...masukkan dalam petiais selama 20 minit.

    bahan kek..

    250 gm creamcheese
    200 gm whipping cream
    1 sudu kecil lemon paste
    11/2 sudu besar gelatin + 100 ml air panas...kacau hingge larut.
    60 gm gula halus
    beberapa biji strawberry - di potong nipis

    cara2...

    putar whipping hingga jadi krim
    putar cis dengan  gula hingga kembang..masukkan gelatin,lemon paste putar sebati.
    campurkan whipping putar dan kaup balik perlahan. Campurkan buah strawberry dan masukkan dalam acuan.
    sejukkan dlm petiais hingga keras.

    Lapisan Jelly : 1 kotak Jelly Nona ( cara 2 ada di belakang kotak tapi kita kurangkan sukatan airnya sedikit)





    May 20, 2011

    BINGKA LABU



    Kita ada rasa kemusykilan semenjak dua menjak di dengan Labu. Minggu lalu cuba buat keria labu..hancus langsung tak jadi sebab lembek sesangat..dalam resepi kata 2 cawan ... kita letak nak habis satu beg pun tak boleh nak bentuk..last last masuk Mr M..ler...

    Semalam kita buat plak Bingka Labu..bukannya baru sekali kita buat ni..dah berulang kali pun DISINI ...entah apa silapnya plak..lembek la pulak..kena makan ngan sudu lagi ...walaupun rasanya tak berubah tetap sedap..tapi kita jadi hairan dengan "Labu " ni..macam tak mesra jer ngan kita dah...


    Puas kita tengok resepi balik..salah mata memandang ker..tak ler pulak..agaknya dah disumpah oleh Cik Labu kita ler gamaknya.... Tu ..kat dapur ada lagi labu 3 biji..nak buat aper lagi..naik takut la pulak..Kalau la si Mas tu ada kat sebelah rumah..boleh le dia wat macam2....lebih lebih lagi roti...huh huh...Tolong la bagi idea ...


    Bahan bahan
    5 biji telor
    500 ml santan (atau 200ml santan kotak + 300ml air)
    200g tepung gandum, 
    180gm gula halus (atau nak manis tambah sendiri ler) 
    1/2 c/t garam, 
    1 c/t esen vanilla, 
    450g labu manis, Kukus dan lecek hingga lumat.

    cara2 

    Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin dengan mentega dan lapik ngan aluminium foil (kanan kiri biar lebih supaya senang angkat) atas aluminium foil pun sapu Mentega.
    Semua bahan2 diatas kecuali labu di kacau dengan whisk hingga bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu,kacau hingga rata.
    Tuang dalam tin dan bakar selama 40-45 minit (sehingga ada kerak sikit diatasnya).


    May 19, 2011

    STEAM MOIST CHOCOLATE CAKE


    Masa cuti Wesak hari tu, kita sekeluarga telah berpiknik di Port Dickson. Nanti kita masukkan N3 ketika cuti cuti tersebut. Kerana percutian tersebut bersama keluarga 2 orang adik (yang sorang anak 6 dan sorang anak 1) dah tentu anak buah ramai. Sebagai pencuci mulut sebelum pergi tu kita sempat lah buat Steam Moist Choc Cake (resepi dari Chef Zubaidah) yang fofular tu...

    Buat dalam bekas bekas kecil, senang biar tak berebut anak anak buah, sebab kek ni memang favourite mereka...


    Ini adalah salah satu Resepi Kek yang terdapat di dalam buku "Steamed Cake" yang mana resepi oleh Zubaidah bt Chepa.. sangat moist dan lembut..

    Resepinya :

    Bahan-Bahan (A)

    100 gm serbuk koko
    250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
    1 tin susu cair
    200 gm minyak masak
    250 gm susu pekat manis

    Bahan (B)
    150 gm tepung gandum
    1 s/t soda bikarbonat
    1 s/t serbuk penaik
    4 biji telur B

    Cara-Cara.

    1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
    2. Masak atas api seketika
    3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
    4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
    5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja) (saya guna whisk jer)
    6. Kukus selama 1 jam 30 minit dan taburkan choc toping (hias ikut suka)



    Selamat menjamu mata....

    May 18, 2011

    B' O' C' Lagi......

    Assalamualaikum ....



    Blended Orange Cake lagi...hahahahahah.... jangan lah jemu tengok N3 yang berulang kali ni...bukan aper ada baki 2 biji oren ..jadi Tengah tengah malam kita menggodek di dapur..tapi berbaloi. Caranya yg amat mudah dan cepat membolehkan kita buat dengan segera tak kira waktu.
     

    Buat teman teman yg belum ada resepinya....kita minta izin salinnya kembali


    BLENDED ORANGE CAKE
    sumber : Hasue
    Copy dari rumah : Azlita

    Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

    1 bji buah limau - ita tambah 1 biji lagi parutan kulit orange
    1 cawan minyak
    2 cawan gula halus - ita letak 1 1/2 cwn (saya letak 1 cawan sahaja.)
    3 biji telur
    2 cawan tepung gandum*
    1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
    hasue tambah sedikit pewarna oren
    ita tambah 1 sudu besar orange sunquic

    Cara-cara

    Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
    Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
    Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
    Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
    Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.



    Kek ni kita dah buat banyak kali...ulang tayang la kononnya ni..harap harap ada yg tak boring...melayan anak tekak tuan rumah...



    Jumpa lagi....Luv

    BLUEBERRY MUFFIN

    Assalamualaikum.....




    Mapin Blueberry la hari ini....ni buat sebab nak bawa ke opis sempena menyambut birthday anak kita.... Belanja la teman teman kat opis.
     
    Dulu dah buat, Kalau nak resepi boleh tengok di SINI .... 



    Mapin ni senang dan sedap sebab mudah dibuat...budak budak pun sangat suka mapin ni..ada rasa manis dan masam2 sikit... Minggu ni rasa macam ada penyakit 'M" jer...mood kita pun asyik tak ok jer..nape yek....

    Walau apapun....aktiviti makan makan dan masak masak kena diteruskan...kita layan gambar yer ....

    May 17, 2011

    TALAM KELADI

    Assalamualaikum..... petang ni kita buat Talam Keladi..dah lama rasanya tak menalam.. kerana ada keladi yang dibawa dari kampung...kita pun buatlah Talam Keladi. Macam biasa resepi ni kita dapat dari Kelas Chef Asma...memang sedap dan menarik kuih ni...


    Buat teman teman kita salinkan kembali resepi .
    Sumber : Chef Asma
    LAPISAN BAWAH
    Bahan Bahan
    (A) 220 gm tepung beras
          40 gm tepung ubi
          1 1/2 tsp garam
          300 ml santan pekat
          700 ml air

    (B) 250 gm keladi - buang kulit, potong kiub dan kukus selama 5 minit.

    Cara-caranya :
    1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
    2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
    3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
    4. Kukus selama 25 minit

    LAPISAN ATAS
    Bahan Bahan
    180 gm tepung gandum
    250 gm gula halus
    3 biji telur
    250 ml santan
    500 ml air
    sedikit pewarna purple

    Cara caranya :
    1.Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
    2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

    May 16, 2011

    SELAMAT HARI JADI ANAKKU.....




    Tarikh 10 Mei 2001 adalah hari lahir anak  saya yang ke 3 Tahun , Nur Jannah Aweera. Tiada apa yang istimewa..hanya makan makan bersama keluarga di Happy Thai Restaurant, Brem Mall Kepong. Kita tak sempat buat kek sebab sibuk di pejabat..lagi pun anak2 kurang suka makan kek..jadi beli 2 ketul kek jer dari kedai kek...buat syarat jer... 


    Cuma doa dan harapan kita, agar anak kecil ini akan membesar tanpa kekurangan dari ibu angkat nya ini...Sayang kita tak berbelah bagi bagi kedua dua anak ini....



    Ada cerita lucu...sedang kita klik klik ambil gambar anak anak kita yang sedang bermain di lobby shopping Mall, datang seorang lelaki India yang tiba tiba menanyakan kita ...
    " Apasal lu ambil gambar kat sini.. " dengan selambanya...
    "Eh...lu apahal plak tanya ..suka saya lah" jawab saya.
    Lalu dia bertanya lagi " Ada gambar saya dalam tu kah?" 
    Dalam hati saya berkata   " Giler ke org tua ni..nak ambil gambar dia ..sapa dia..kalau org VIP ker, Artis ker boleh lah tahan" ..perghhh perasan agaknya...
    Lalu saya jawab " Apahal saya mau ambil gambar lu.... saya ambil gambar anak anak saya...tak boleh kah ?"
    Dengan malunya dia pun berlalu.....
    Boleh tak agak kenapa dia bertanya begitu ? tentu ada sebab....
    Cuba bagi jawapan...
    Jumpa lagi....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...