Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

May 2, 2011

JUS ROSSELLE

Assalamualaikum....



Adik akak datang opis bawa satu plastik besar buah rosselle yang ditanam oleh jirannya di sekeliling rumah. Dalam kotak fikiran nak buat apa dengan buah rosselle yang banyak tu....

Balik rumah terus rebus buah tu dengan gula..buat jus..hmmmmm sedap...macam rasa ribena..minum sejuk sejuk nyaman jer tekak...asli lagi..


Kebetulan anak buah balik cuti sempena hari Pekerja..siap botolkan bawa balik lagi..
Ada sesiapa nak jus Rosselle?? angkat tangan..ada banyak ni...

Jom minum...resepi tak payahlah senang jer...rebus dan campur gula sesedap rasa....jumpa lagi...




March 4, 2011

JUS TEMBIKAI SUSU


Cuaca tengahari ini memang la terlalu panas..hingga naik pening kepala. Kalau time time gini minum minuman buahan segar tentu sedap.

Akak bukan aper..hari tu ada  ler beli sebiji Tembikai Susu..rupa rupanya rakyat rumah ni langsung tak minat...huh huh...

Abis tu akak pun buatlah minuman untuk sendiri punyer....


Bahan Bahannya :

1/4 buah tembikai susu.
2 1/2 sb gula ( boleh tambah jika kurang manis)
3 gelas air
ketulan ais..
1 biji limau kasturi (jika suka )

Cara2nya.

Blender buah tembikai, air dan gula. Tapis ke dalam gelas dan letak ais serta perah limau kasturi.




Memang segar ..tak terlalu manis dan ada sedikit masam... i like...

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...