Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

July 20, 2013

MUFFIN COKLAT





Assalamualaikum... selamat berpuasa... walaupun agak terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa ... 

Ini adalah update saya yang pertama sejak kita berpuasa ... sering juga melihat teman teman lain sering keluar dengan menu2 berbeza setiap hari tapi saya agak malas sejak semenjak dua ni... makin tua kot...

Hari ini Sabtu.. oleh kerana tidak bekerja lepas sahur saja saya terus mengodek dapur buat muffin coklat . Terima kasih buat empunya resepi...





Muffin ni nak bawa ke rumah adik lelaki yang akan mengadakan majlis berbuka puasa dan doa selamat sempena masuk ke rumah baru petang nanti...


MUFFIN COKLAT
sumber: mak Lang &  kak Ummi dan Izah

Bahan-bahannya:

A
 2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

B
 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick * izah tambah

C
 3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.





April 10, 2013

MUFFIN KIWI





Assalamualaikum...

Petang Rabu ni tiba tiba hujan turun dengan lebatnya... dah lah amik anak lambat dari sekolah sebab aktiviti korikulum yang wajib bagi tahun 4...

Nasib baik dah sampai rumah baru hujan lebat dan diberitakan Kuala Lumpur ada yang banjir kilat bagai.... kesian sapa yang terperangkap di dalam banjir kilat tu.... tentu tentu jem gilers....

Tengah2 hujan tu... tiba tiba datang mood untuk membaking plak..tapi mood malas lagi hehehheheh....

Dok cari cari dalam almari jumpa la tepung segera muffin kiwi... apalagi dengan langkah 1, 2 , 3 tadaaaaa....jadi lah...

tapi ye la.. tepung segera ni agak manis ..kalau teman teman rajin bancuh sendiri lagi best....  Hmmmm.... makan time panas dan diwaktu hujan memang cun giler... 

Apapun kita layan gambar dulu yerk..... moga moga akan bertambah citer lagi di masa akan datang... Resepi ???? tiada resepi sebab kita pun ikut sukatan di bungkusan tepung ...keh keh....



April 27, 2012

MUFIN COKLAT

  



Assalamualaikum...

Hari Jumaat..hari ini..hehe..macam budak sekolah plak.. Intai intai mufin coklat kat rumah yatie.. bukan apa nak menghabiskan stok serbuk koko yang kita tersalah beli..dah lah hitam pekat .. gelap. Habis mufin kita pun ikut gelap..

tapi gelap gelap si tampuk manis... makan mufin gelap tapi rasanya manis dan sedap... ewahhhhh... cuma kalau kita bagi kat anak buah dah tentu budak budak tu x nak makan kalau tak di hias dengan icing sebab hitam sungguh...

Apa pun kita layan mufin ..terima kasih Yatie dan Izah...

 
 

MUFIN COKLAT
Sumber : Yatie   dan Izah

Bahan-bahannya:

A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe- Yatie letak 1 sudu teh je
  • sedikit garam
B
  • 2 cawan gula kastor (Yatie letak 1 3/4 cwn je)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick * izah tambah
C
  • 3/4 cawan air panas
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
  4. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing2 ya.
**Yatie buat 3 cara, ada yg isi dlm 1/2 cup muffin,ada yg 2/3 cup muffin dan ada yg 3/4 cup muffin. Bila dah masak cantik yg di isi 2/3 cup. Selamat Mencuba.

December 24, 2011

MUFIN DURIAN KUKUS

Salam hari Sabtu.....


 
Hari ini dah tentu ramai yang balik kampung, menghadiri kenduri atau majlis majis keramaian.almaklumlah cuti panjang....

Malam tadi kat tol jalan duta pun jem teruk..banyak kereta menghala ke utara... apa pun semoga semua nya selamat ke destinasi masing masing....

Pagi pagi ni..walau pun keadaan diri yang masih kurang sihat (demam)..kita buat Mufin Durian Kukus ... ni bukan apa menghabiskan stok durian dalam petiais kit tu... memang gebu dan enak rasa mufin ni....manis nya kita kurangkan sikit...almaklumlah umur meningkat...tapi memang marvelous...

Terima kasih buat penyumbang resepi..minta izin ya...

Mufin Durian Kukus
Resepi:Rahel

Bahan:

250g tepung gandum*
200g gula kastor
2 biji telur saiz L,dipukul ringan guna garpu
1 sudu teh serbuk penaik*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 sudu teh garam halus
300g isi durian,dilenyek halus*
240ml minyak masak

sedikit pewarna hijau (kita hanya letak sedikit warna kuning)

Cara:

1.Ayak bahan bertanda* ke dalam mangkuk.
2.Kemudian masukkan bahan yang lain,kecuali pewarna hijau.Kaup balikkan
   hingga rata.Kemudian ambil 3 sudu besar adunan dan beri pewarna hijau.
3.Sudukan adunan warna asal ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.
4.Beri masing-masing sedikit adunan hijau dipermukaan.
5.Kukus dengan api kuat selama 15 minit.




December 13, 2011

MUFFIN YOGURT

Salam sejahtera semua...


Mood rajin memapin ari ni...adaptasi dari Muffin Yogurt Blueberry dari rumah si Izah Daut..kita ubah sikit (minta halal ya) .. cuma letak chocholate paste.. sebab x der blueberry...hehhheheh...

Walau apa pun kejadiannya...rasa nya memang enak  


MUFFIN YOGURT BLUEBERRY

2 cwn tepung
1 1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/2 sk garam
1 cwn yogurt plain @ perasa
2 biji telur
2/3 cwn gula kastor
100 ml minyak sayur @ butter cair
1 sk essence vanilla
1 sk strawberry paste
5-7 biji strawberry size sederhana

Caranya:

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam.
Gaulkan bahan ayak hingga sebati. Ketepikan.
Satukan pula yogurt, telur, gula, minyak, essence vanilla,  dan sebatikan hingga licin.
Masukkan bancuhan yogurt tadi ke dalam tepung.
Kaup balik sehingga sebati kurang 1 minit.
Biarkan jika adunan agak berketul2 asalkan tidak terlebih mix.
Sendukkan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180 C selama 25-28 minit.


July 19, 2011

MUFFIN PISANG



Assalamualaikum....

wah ..rasa lama tak bersiaran masak memasak ni.....dah lama tak merempit di dapur...rempit di jalan saja...

Tapi ari ni mood kita tengak ok..jari merempit kejap kat dapur ..itu pun gara gara terlihat mapin di rumah MAS.....

Memang mudah dan baunya sungguh harum seisi rumah...tak rugi mencuba....wat minum petang hari Selasa ni....



Terima kasih empunya resepi..kita salin balik yer.....

Muffin Pisang 
Resepi : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut
Bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/3 cawan gula * izah guna 3/4 cawan
  • 2 biji pisang yang ranum * izah letak 200gm
  • 1\2 cawan minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1\3 cawan  susu segar
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • beberapa titik esen vanila
  • beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji) - Mas x letak

Cara membuatnya :


  1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
  3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
  4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

June 2, 2011

MUFFIN YOGURT


Assalamualaikum.....



Petang ni rasa macam nak demam jer, tekak pun rasa perit ...yg pasti kita ni dah terlalu letih kat opis...time cuti sekolah ni memang sibuk sangat...

Walau sesibuk mana pun...kita masih sempat godek godek di dapur. Gara gara nak menghabiskan yogurt....kita buat muffin yogurt.  
 


MUFFIN YOGURT
terjemahan: izahdaut

menghasilkan 10 biji muffin

120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran
1 tsp vanilla essence

Filling pilihan mengikut selera masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry
Caranya:

1. Panaskan oven ke 180 C.

2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.

3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.

4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat  nanti muffin keras.

5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4  penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.



May 18, 2011

BLUEBERRY MUFFIN

Assalamualaikum.....




Mapin Blueberry la hari ini....ni buat sebab nak bawa ke opis sempena menyambut birthday anak kita.... Belanja la teman teman kat opis.
 
Dulu dah buat, Kalau nak resepi boleh tengok di SINI .... 



Mapin ni senang dan sedap sebab mudah dibuat...budak budak pun sangat suka mapin ni..ada rasa manis dan masam2 sikit... Minggu ni rasa macam ada penyakit 'M" jer...mood kita pun asyik tak ok jer..nape yek....

Walau apapun....aktiviti makan makan dan masak masak kena diteruskan...kita layan gambar yer ....

May 10, 2011

CHOCOLATE RICE MUFFINS




Assalamualaikum buat teman teman...harap harap semuanya sihat ..keluarga sihat..lebih lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni.

Merajinkan diri memapin ari ini. Bila tengok MamaFami menayangkan Chocolate Rice Muffins...tergoda sungguh..terus buat tak bertangguh tangguh lagi...fulamak...marvelous....



Segebu yang ditayangkan..memang tak menghampakan..mudah dan ringkat..jimat masa dan teramat senang..kita suka membuatnya..mesti di ulang lagi mapin ni.

Minta izin dari empunya resepi untuk di kongsi....

CHOCOLATE RICE MUFFINS
Posted by MamaFaMi
Adapted from Vanilla Muffin by KatakPisang of Forum Cari

Ingredients :

2 cups all purpose flour
2 tablespoons baking powder
1/2 teaspoon salt
1 cup sugar
1 cup fresh milk
4 tablespoons margarine - melted
1 large egg - lightly beaten
1/2 tablespoon vanilla essence
Enough chocolate rice

Method :

1. Sift flour, baking powder and salt. Add sugar and stir with a whisk to mix.
2. In another bowl, add fresh milk, melted margarine, egg and essence. Mix well using a whisk.
3. Pour the mixture into the dry ingredients and mix using a mixer. Do not over mixed.
4. Spoon the mixture into the prepared tin lined with papercups till 3/4 full.
5. Bake in a preheated oven at 180 C for 20 minutes.


April 22, 2011

MUFFIN PISANG BERKEJU



Masih lagi projek memisang hasil skodeng dari rumah si IZah dan Hana Japan (Kuantan la sekarang ni) . Macam Izah..akak tak sempat nak letak crumble tu...jadi versi derhaka la ni. Walau macamanapun rasanya memang sedap ...tambahan ada campuran keju. Tapi lain kali akak kena kurangkan sikit gula nya kerana dah tua2 ni terasa la sangat manis.....

Kebetulan hujan di luar....makan panas panas memang enak sesangat....next time boleh wat lagi...

Muffin Pisang Berkeju
versi kak Hana ada crumble..
source: kak Hana dari muffin book
Saya ambil dari Izah Muffin Lover

Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum
  • 100g gula custor ( lain kali kena kurangkan sikit)
  • 50g gula perang
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 11/2 sk baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 75g keju cheddar - cincang kasar
  • 300g pisang ambon atau apa2 pisang yg sesuai
  • 2 biji telur
  • 100g mentega - cairkan (hana kurangkan sket sbb agak oily)( saya pun kurangkan 90g)
  • 1/2 sk esen vanila
Untuk Crumb (yang ni kena buat dulu awal awal - simpan dlm aisbok)
  • 50g gula perang
  • 50g tepung gandum - ayak
  • 50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
  • 1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
  • 1/2 sk serbuk cinnamon
Cara-cara
  • Untuk Crumb - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga masa hendak dgunakan.
  • Panaskan oven suhu 200 selama 20min. Dalam mangkuk campur tepung, baking powder, garam, keju, gula custor dan gula perang. gaul rata dan ketepikan.
  • Mangkuk lain, lenyek pisang. Kemudian masukkan mentega cair, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
  • Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi.
  • Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
  • Letak atas redai. Boleh hiaskan dengan hirisan pisang dan parutan coklat putih.
  • Hidangkan hangat dengan secawan kopi.



April 20, 2011

BANANA MUFFIN


Minggu ni akak nak jadikan minggu pisang la pulak....banyak sangat pisang sampai tak sempat nak buat apa2....naik berulat la sudah...

Godek godek di My resepi saya jumpa resepi yang sungguh mudah dan enak dimakan..Banana Muffin...

Tak payah kecah kecah dapur..semua pakai wishk saja....aduk aduk terus boleh di bakar....


Akak dapat resepi dari MR tetapi lupa plak dari sapa..cari cari balik tak jumpa la..minta izin ya empunya resepi..akak salin semula untuk rujukan akak. 

Sumber : MyResipi...

Bahan kering
250g tepung gandum(diayak)
250g pisang (yang masak n dilenyek)
160g gula perang lembut
1 sdk soda bikarbonat
Secubit garam
1 sk esen vanilla (akak tambah sendiri)

Bahan basah
175ml minyak masak
175ml susu cair
1 biji telur

- Campurkan kesemua bahan kering ke dalam bekas adunan
- Campurkan kesemua bahan basah dalam bekas yang berlainan dan semua bahan dipukul sebati.
- Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau hingga sebati
- Tuangkan adunan ke dalam bekas muffin separuh penuh.
- Bakar pada suhu 180 celcius selama 20-25 minit




April 14, 2011

MUFFIN BLUEBERRY


Assalamualaikum semua....dah lama rasanya akak tak memapin...alih alih semalam terasa nak memapin. Muffin Blueberry ni memang sedap dan amat mudah untuk membuatnya....

Resepi nya amat mudah kerana akak gunakan tepung muffin yang ready made punya hehehehe (jangan marah ye ...) bukan apa..akak beli tepung ni biar senang..kadang kala family akak suka pergi berkelah. secara tiba tiba..kalau ada standby kat dapur ..malam2 pun boleh terus bancuh ..tak payah susah susah... betul tak....(akak ni tak serajin Izah si muffin Lovers tu....kalau wat takut bantat ler pulak)
 
Tapi untuk resepi akak salin la semula ..mana la tau ada yang nak beli tepung yang sama .....


Bahan2

1 kg Blueberry Muffin Mix
350g telur
225g air
280g minyak masak


Cara2


Putar semua ramuan kecuali minyak masak selama 1 - 2 minit dengan kelajuan perlahan di ikuti 4 minit dengan kelajuan sederhana
Masukkan minyak masak dan putar lagi selama 1 minit
Tuankan adunan ke dalam cuan dan bakar dengan suhu 180C




January 30, 2011

MARBLE BANANA MUFFIN

Selamat berhari minggu..sepanjang hari hujan..dari pagi hingga petang. Hari ini projek menghabiskan pisang lagi..semalam dah buat bingka pisang tapi petang ni akak buat Marble Banana Muffin. Resepi ni akak dapat dari rumah CMG.


Rujukan : Hana  dan Kak Umi
Sumber : CMG 

BAHAN "A" :-)
2 cawan tepung gandum*
1 camca besar baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/4 cawan gula peerang (boleh guna gula kastor)
1/2 camca teh garam halus

BAHAN "B" :-)
1 biji telur gred "A"
1 cawan susu segar (mat guna susu sejat Ideal + sedikit air)
1/2 cawan mentega cair (boleh guna minyak masak)

BAHAN LAIN :-)
1 cawan pisang, dilecek
1 camca besar coklat paste (mat guna 1/2 camca besar serbuk koko + sedikit nescafe + sedikit air panas, kacau rata)
Coklat chip untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Satukan bahan "A", gaul rata dan ketepikan. Dalam bekas lain, satukan bahan "B" dan kacau rata dengan whisk hingga sebati. Tuang adunan "B" ke dalam "A" dan gaul rata, tapi jangan lama, cukup sekadar rata dan mesra.
  3. Masukkan pisang lecek tadi dan gaul. Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi diberi pes coklat, kacau rata.
  4. Tuang berselang seli dalam muffin cup tadi sehingga 3/4 penuh, tabur dengan coklat chip, bakar selama 25 minit atau hingga masak, bergantung pada jenis oven masing2....

Selingan petang...wat swimming pool kat depan rumah..anak2 boleh mandi manda walaupun hujan sepanjag hari...

January 27, 2011

MUFFIN LABU KUKUS

  
Ish ish..tak boleh nampak org lain buat kita pun tak sabar sabar nak cuba..kebetulan makcik saya dari sg buloh datang bagi separuh buah labu semalam..apa lagi cepat cepat la buat muffin labu kukus yang gebu dan manis manis ni..sebelum jadi kuih terhangat di pasaran nanti.. hehehe.
Semalam nampak Wendy buat, tiba tiba jer si Izah pun menayang kan muffin dia..tak boleh jadi ni..nah ini dia akak punya muffin labu kukus..buat dalam bekas lompang kecil kecil..memang terasa labu nya ..kalau buat kenduri kendara pun sedap sesangat...


Izinkan akak salin resepi yer ..
dari rumah Izah KLIK sini
Steamed Pumpkin Muffins
Source: Wendy
Adapted from Aunty Yochana
Yields12 steamed muffins (I used egg tart pans)

125gm steamed pumpkin flesh
1 egg
120gm sugar
100gm evaporated milk or coconut milk *saya guna santan
30gm corn oil

180gm cake flour *saya guna tepung gandum
20gm rice flour
1.5tsp baking powder

1. Prepare your steamer and bring the water to a boil
2. Put steamed pumpkin flesh, egg, sugar, milk and oil in blender and whizz for 30 seconds.
3. Sift cake flour, rice flour and baking powder into a mixing bowl.
4. Make a well in the center of the flour mixture and pour the blended ingredients into the well. Mix until well combined.
5. Spoon into lined steaming cups and steam on high heat for 15 minutes. It will bloom by itself, no need to make a cross with oil.


 

December 26, 2010

MUFFIN BLUEBERRY FOR KRISMAS


Selamat pagi Ahad..Muffin Blueberry ni Akak buat semalam sempena Krismas..bagi jiran sebelah rumah tapi baru ler nak N3 pagi ni. Resepi ni akak dapat dari rumah Izzahdaut (Izah Muffin Lover) 



Jadi Akak C & P resepi nya ya...Minta izin dari Izzah ya..

 
Best Ever Muffin
Copy : Resepi Diana
Source: All Recipes

Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran
 

Cara-caranya
 

1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.


December 18, 2010

FLUFFY CHOCOLATE BANANA MUFFIN


Salam hari Sabtu..hari ini hari yang paling bizi. Dari pagi hingga petang terkejar ke sana kemari. Tapi alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar. Apatalah lagi esok keluarga bercadang nak berkelah ke Kalumpang Resort, Slim River..

Untuk itu Akak sempat la buat Muffin ini yang mana akak skodeng di rumah  Izah Muffin Lover . (Maaf ye cik kak ..minta izin C&P resepinya)




Fluffy Chocolate Banana Muffin

Bahan-bahanya

200gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
80gram mentega
80gram gula
50ml susu segar
70gram pisang yang dilecek+secubit garam*saya letak 100gm
40gram serbuk koko
2 biji telur 
beberapa titik esen vanila

*sedikit badam cincang sebagai topping*
* papercup secukupnye*


Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, kemudian pukul mentega dan gula hingga kembang, selepas itu masukan telur satu persatu, dan pukul lagi. ( masa ni guna mixer ye) .
2. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula pisang, esen vanila, kacau sebati. jangan over mix, takut adunan tercair nanti.
3. Sudukan adunan di dalam acuan muffin , pastikan adunan di isi 3/4 acuan untuk mendapatkan muffin yang naik mengunung, akhir sekali taburkan dengan badam cincang, bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit ke 22 minit, sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan.


 SELAMAT MENCUBA......

December 17, 2010

MUFFIN YOGURT BLUEBERRY MIX STRAWBERRY


Salam..Khamis petang ni Akak baru balik dari Jln Tun Razak KL kerana belajar buat Swiss Roll..hujan lebat pulak tu...Esok Akak nak makan angin ke Indonesia ..wah honeymoon tu.... tup tup sempat juga akak buat Muffin sebab nak menghabiskan Yogurt yang dah nak expired dalam peti ais tu...Jadi dua tiga hari ini dah tentu tak ada N3 yer ... tunggu balik baru operasi semula.

Hasilnya..sungguh menyelerakan makan di waktu hujan lebat. Saya salinkan resepi untuk rakan rakan semua ...

Bahan bahannya :
(sumber rujukan : Kak Ita)
(kalau ikut resepi asal Pandan Yoghurt Muffin)

300 gm tepung
2 st serbuk penaik
1/4 sudu kecil garam
150 gm yogurt biasa (Akak guna yogurt Blueberry)
200 gm gula castor
3 biji telur A (Dipukul)
1/2 sudu kecil pes pandan (Akak ganti Pes Strawberry)
50 ml minyak jagung

Cara2

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Alaskan acuan muffin dengan kertas cawan.
2. Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam bekas pengadun. Masukkan gula dan garam, sebatikannya.
3. Masukkan telur, yogurt, pes pandan (strawberry) dan minyak, putar hingga sebati (Akak guna whisk jer)
4. Akhir sekali, sendukkan adunan ke dalam kertas sehingga 3/4 penu.
5. Taburkan parutan kelapa (Akak letak manik2 jer)
6. Bakar hingga masak.




MUFFIN YOGURT  BLUEBERRY MIX STRAWBERRY

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...