Showing posts with label Info Makanan. Show all posts
Showing posts with label Info Makanan. Show all posts

October 19, 2014

TAHI MINYAK

Assalamualaikum...




Mungkin ada yang tak tahu apa itu tahi minyak...

Macamana nak buat tahi minyak.... dulu dulu masa kita kecik , mak kita suka buat tahi minyak ni sebab minyak asli dari santan kelapa di buat minyak rambut supaya rambut kita lebat...

Tapi ye la... dulu2 mana ada minyak rambut macam zaman sekarang.. heheheh

Bau dia ya Allah...bau kelapa la..tapi kalau tidak kerana dahulu tidak adalah kita sekarang kan...




Tahi minyak ni akak nak buat Kole Kacang bila lapang nanti... 

Bahan2 nya hanyalah 1/2 kilo santan (pati)

Masak hingga jadi tahi minyak seperti gambar... 




Minyak dia boleh di gunakan kembali untuk memasak / menumis lauk pauk...




November 13, 2013

MIENG KAM

Assalamualaikum...

Pernah tak mencuba Mieng Kam... 





Ianya terdapat di Thailand.. dan boleh dianggap sebagai makanan ringan sebab hanya terdiri dari kekacang, halia, limau, udang kering dan di bungkus dengan daun kaduk...

Kalau nak mencuba makan Mieng Kam di Kuala Lumpur...anda boleh dapatkan nya di Restoran Basil , Tingkat 1 , Bangsar Village dengan harga yang agak berpatutan . Restoran ini juga menghidangkan pelbagai masakan negara Thailand.




Moh la kita layan Mieng Kam.... sedap gak kunyah kunyah benda ni...heheheh


September 26, 2011

TAUGE KACANG HIJAU

Assalamualaikum....



Biasanya kalau orang jawa .. tauge kacang hijau ni memang special untuk buat pecal..jarang la kita orang beli tauge biasa yang putih tu...

Nak buat pun senang jer..anggaran 3 hari je dah ok..sedang sedang elok. Kalau kat pasar Tanjung Karang memang senang nak jumpa..tapi kalau kat KL ni tak tau la..boleh jumpa ke tidak...


Caranya : rendam dahulu kacang hijau kira 5 jam. Kemudian tos kan. Letak kacang hijau dalam kain tuala yang di alas dengan bekas yang berlubang. Tutup kacang dan siram kain sekurangnya2 3 - 4 kali sehari.. yg ini penting agar memastikan kain itu sentiasa basah dan mempercepatkan tumbuhan akarnya....


Contoh : kita buat hari Rabu..hari sabtu sedang2 elok untuk di masak...






Selamat mencuba....

 

May 3, 2011

INANG INANG PULUT



Pernah tak makan ni? nak panggil apa ya..makanan ringan...Inang Inang Pulut itu nama yang tercatat di atas bungkusannya. Akak beli sewaktu di Alor Gajah Melaka baru baru ni..banyak gerai gerai tepi jalan yang menjual pelbagai jenis makanan ringan dan kraftangan.



Dulu masa kecil kecil..emak selalu buat renginang (nama jawa) ni...belen belen dari nasi tu di jemur dan dibentuk. Tak la membazir. Pas tu goreng. Sekarang ni jadi perusahaan ringan kampung pula..bagus lah kan...di komersialkan.
Hari ini saja nak N3 makanan ringan ni...mana lah tau ada kawan kawan yang tak pernah makan....



April 5, 2011

SEGALA JENIS KEKACANG



Gambar dari Google

Assalamualaikum...

Hari ini akak nak berkongsi ilmu mengenai segala jenis kekacang
(Sumber : Majalah Sedap) 

Hampir semua orang menyukai kekacang disebabkan rasanya yang lemak membuatkan kacang amat sesuai di jadikan ringan atau di olah menjadi pelbagai jenis masakan. Jika dilihat dari kandungan zat vitaminnya, kacang juga kaya dengan kandungan kalsium, lemak, pelbagai vitamin dan mineral pentingnya.

Ketika ini pelbagai jenis kekacang berada di pasaran bermula dengan produk tempatan hinggalah import. Jenisnya pun pelbagai dari yang mentah hinggalah yang sedia untuk dimakan. 

KACANG BADAM (PRUNUS AMYGDALUS)


Gambar dari Google
 Salah satu jenis kekacang yang banyak digunakan dalam hidangan. Mulai dari memekatkan sup, campuran kuih kering hinggalah taburan kek. Badam ada dua variasi, badam manis untuk hidangan dan badam pahit yg biasanya diekstrak minyaknya. Di dalam badam mengandungi banyak arginine, sejenis amino yg dipercayai boleh mengawal kesihatan jantung.


MACADAMIA (MACADAMIA INTEGRIFOLIA)


Gambar dari Google


Kacang ini berasal dari Australia yang mempunyai bentuk bulat dengan warna kekuningan. Kacang jenis ini rasanya sangat lemak dan agak manis, jika di pasaran biasanya di jual dalam bungkusan tin dan plastik yang sedia untuk di makan. Kacang ini kaya dengan kandungan lemak berminyak, protein dan mineral.

BUAH BERANGAN / CHESNUT ( CASTANEA SATIVA)
Gambar dari Google
Kulit luarnya keras dengan warna coklat tua. Kebanyakan org menggunakan buah berangan ini untuk campuran kek dan pastri. Sup dan sos salad juga menjadi lebih berkrim jika ditambah dengan kacang ini. Buah berangan juga kaya dengan kandungan lemak tidak tepu dan membekalkan sumber protein berminyak yang baik.


Gambar dari google



 BUAH KENARI ( CANARIU COMMUNE L)

Kacang ini berasal dari Indonesia, terutamanya daerah Maluku. Kacang kenari ini biasanya di jual dalam keadaan tanpa kulit, dikupas dan sudah di hiris hiris. Selain di makan sebagai kuih muih lainnya. Seperti jenis kekacang lain kenari juga kaya dengan kandungan lemak berminyak, protein, vitamin dan mineral.

Gambar dari google
KACANG WALNUT ( JUNGLANS REGIA)

Asal usul kacang ini dari India. Bentuk luarannya mempunyai kulit yang sangat keras. Jika dikupas, bijinya berkerut dengan warna yang kecoklatan. Kebanyakannya digunakan sebagai campuran pelbagai jenis pencuci mulut, kek, muffin atau di goreng sebagai makanan ringan. Walnat juga kaya dengan lemak dan lemak tidak tepu juga mengandungi Omega-3 yang baik untuk kesihatan.

Gambar dari Google


PISTACHIO ( PISTACIA VERA)

Warnanya hijau cerah sehinggakan sangat cantik di jadikan sebagai hiasan makanan. Selain di makan sebagai makanan ringan, kacang ini juga sering digunakan sebagai inti pati, biskut, aiskrim atau kek. Seperti mana dengan penggunaan badam, pistachio juga kaya dengan kandungan protein dan potassium. 

Gambar dari Google


KACANG HAZEL 

Kacang yang berasal dari daerah Asia Minor ini sememangnya banyak digunakan sebagai inti coklat, campuran kek,biskut kering atau roti bakar. Kacang hazel juga ada dijual dalam bentuk asal di dalam bungkusan atau tin sebagai makanan ringan. Kacang ini merupakan pembekal sumber vitamin E dan mengandungi asid folik. 

March 30, 2011

UBI KEMILI



Dulu masa kecil kecil selalu makan ubi kemili ni..tapi la ni..susah jumpa kat KL. Ubi kemili ni pun bapa saya yg jumpa di Johor minggu lepas..kebetulan bila saya pulang ke Kg..ada baki sedikit..
Masih ingat dulu masa kecil kecil..sangat suka bau ubi kemili ni..siap cabut rumput kat tepi rumah dan cium bau akar nya..sama macam bau ubi kemili ni..memang sedap..saya sangat suka ubi kemili ni.



Tengah cari info pasal ubi kemili ni..nampak pula dah pernah ada kat Dapur Mamasya..jadi akak minta izin info yang telah diperolehi oleh Mamasya...

Sumber Dari : Dapur Mamasya

kalau kat kg kami panggil ubi ni ubi keling tp bila search kat wikipedia....baru tahu ubi ni dipanggil pokok galak tua...

Info dari wikipedia

Pokok Galak Tua adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Ubi Kemili, Pokok Seratus, Stemona, Pecah Kelambu.

Pokok Galak Tua merupakan sejenis herba menjalar yang mepunyai ubi yang lembut. Daunnya seakan -akan daun ubi jaga bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona.

Pokok ini berasal dari Madagaskar atau Afrika tropika dan tersebar hingga ke Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ia adalah sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 hingga 90 sm dan ditanam sebagai tanaman semusim. Batangnya lembut, semi-sukulen, bersegi empat, pubesen, melentur atau menegak dan tumbuh pada buku ruas bahagian bawah pohon yang ditumbuhi akar.

Daunnya ovat hingga sub-orbikular, bes kuneat, tepi daun bergerigi kasar, berukuran 2 hingga 6 sm panjang, 1.5 hingga 4 sm lebar dan berwarna hijau muda. Daun ini beraroma apabila diramas. Infloresen terminal, berjambak tegak, berbunga banyak, kecil dan berwarna keunguan.

Herba ini berubi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Ubi ini berukuran 2 hingga 4 sm panjang, 0.5 hingga 2 sm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...