Total Pageviews

June 19, 2015

PUDING ROTI KARAMEL




Assalamualaikum...

Selamat menyambut kedatatangan bulan Ramadhan tahun 2015 ...

Hari ini hari kedua umat Islam berpuasa... dan baru kali ini saya mempunyai kesempatan untuk mengupdate blog saya yang lama telah di tinggalkan...

Hari ini saya buat Pusing Roti Karamel hasil resepi sumbangan dari Tun Telani  Terima kasih Tun kerana memberikan banyak resepi resepi mudah untuk sepanjang bulan Ramadhan ini.

Target... satu hari satu kuih untuk berbuka puasa ..hehhehe..boleh ke idaknya...


PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana, K.Nor
sumber: tun telani

Bahan-bahan

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara

Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je ** tun masukkan semua dlm blender dan blend sekali harung.

May 12, 2015

TEMPAHAN KOCI DI BUKA

ASSALAMUALAIKUM....




Dah lama rasanya makcik tak update blog...

Tapi ini lah perniagaan terbaru makcik yang sampai tak menang tangan di buatnya....

Kuih koci...   Koci Labu, Koci Pulut Hitam, Koci Pandan dan Koci Keledek.

Kalau ada sapa2 nak order boleh pm makcik seperti yang tertulis..










March 5, 2015

SWEET SCONES

Assalamualaikum...



First time buat scones... walaupun mudah tapi kerajinan tu yang tiada...
Scones memang kesukaan saya lagi lagi scones di Cameron Highland..

Terima kasih kepada penyumbang resepi... scones ni boleh di tambah apa saja kesukaan kita..kali ni saya letak kismis...

Traditional Sweet Scones
Resepi dari Tun Telani
Sumber: Buku 500 Cookies, Biscuits & Bakes
Sumber : Qasey Honey

Bahan2 (8 biji)
·                     1 1/2 cup self-rising flour 
·                     2 sb gula
·                     1 sb baking powder- tun letak 1/2 sb je
·                     secubit garam
·                     4 sb/50g mentega- chilled n dice
·                     1/2 c susu segar
·                     30 gm Cranberry kering – nak lebihkan pon boleh (QH tambah)

Cara2:
·                     ayak tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk.
·                     masukkan mentega dan ramas2 dgn hujung jari samp nmpk mcm breadcrumbs.
·                     masukkan susu dan gaul dengan garfu sampai jadi doh yg lembut.
·                     Tambahkan cranberry kering dan uli lagi sehingga rata.
·                     canai setebal 3 cm dan terap dgn cookie cutter.
·                     bakar pd suhu 200 C selama 12 minit. Hidang panas2 bersama butter dan jem pilihan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...