Showing posts with label Cupcake. Show all posts
Showing posts with label Cupcake. Show all posts

July 14, 2011

VANILLA CUP CAKE



Assalamualaikum.....

Hari ini anak anak minta kita buatkan cupcakes untuk di jamu ke kawan kawan nya. Bila kita balik tadi..dah letih dan otak pun tak leh nak jalan. 
Taknak menghampakan anak....kita bancuh jer adunan kek cawan Nona segera...



Campur semua dan bakar....taaada....dah siap..
Rasanya pun sedap dan harum baunya....

Kita layan gambar jer kengkawan.....



Kebelakangan ini kita ni sibuk MEREMPIT..kalau nak tengok blok MAKCIK REMPIT boleh klik yer....tengok makcik merempit plak..buat selingan jer...

June 3, 2011

YOGURT STEAMED CUPCAKES

Assalamualaikum....




Rasanya dah ramai teman teman buat kuih ni..tapi kita baru berkesempatan buat nya .. ni pun nak menghabiskan baki Yogurt semalam.

Tapi dalam banyak banyak tu..cuma satu dua jer yang mekar cantik..yg lain tu senyum senyum kambing jer..walaupun gitu...memang lembut dan sedap cupcakes ni...(apam kot)


Minta izin dari Anna Qawina untuk salin balik resepi nya....

YOGURT STEAMED  CUPCAKES
Sumber : AnnaQawina

bahan-bahan : *Ana buat separuh je*
  • 2 cawan gula castor ..kurangkan..( saya guna 1 cawan sahaja)
  • 1 sdt ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt double action baking powder
  • 1 sdt serbuk koko
  • 1 sdt pes coklat

Cara-cara :
  • Campur semua bahan di atas dalam mixer.
  • Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
  • Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
  • Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) & campurkan serbuk koko & pes coklat, gaul sebati.
  • Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
  • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
  • Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup..
**Pes coklat & serbuk koko boleh diganti dengfan apa bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..& pewarna kesukaan**

**KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, & PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**

**Penutup kukusan tu Ana tak balut dengan towel pun, tapi pastikan, masa nak buka penutup, air tidak menitik ke atas kuih, nak lebih selamat, balutle dengan towel kan..**


January 2, 2011

CUPCAKE UNTUK HANTARAN


Salam Tahun Baru 2011..sebagai pembuka tahun baru ini, Akak pergi lah menambahkan ilmu di Norbaini Cakes untuk buat deco Cupcakes untuk Hantaran..

Jadi ader sesiapa yang berminat untuk belajar atau menempah jangan segan segan hubungi saya...

Jadi kita layan gambar ye ... zazzzz...






October 25, 2010

Cupcake Untuk Makan Makan


Cup Cake ini saya buat untuk makan makan sempena akhir bulan Syawal di rumah adik lelaki di Shah Alam..

October 23, 2010

cupcake

Ini antara cupcake yang aku belajar di Loveliana dan Ida bakery..

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...