Showing posts with label aktiviti keluarga. Show all posts
Showing posts with label aktiviti keluarga. Show all posts

June 11, 2014

KELAS MEMASAK KANAK KANAK

Assalamualaikum....

Sewaktu cuti sekolah selama 2 minggu bulan Mei 2014 ini.. saya berkesempatan menghantar anak dara sunti ke kelas masakan yang yang dianjurkan oleh Nazz Delights.  





Pada pandangan saya, ianya amat bagus bagi mengisi cuti sekolah anak dan memupuk minat di dapur.. dan apa yang saya perolehi resepi yang amat simple dan sedap di makan...

Apapun kita layan gambar2 yang dihadiri oleh anak saya ketika kelas tersebut.

Kelas pertama : DIY PASTAMANIA




Hasilnya....





KELAS KEDUA : COOKIES RAYA



Hasilnya....


Buat Chef Nazz... terima kasih... kerana menjadikan cuti sekolah anak anak bermakna...

Insyallah jika ada peluang, kami akan sertai lagi..

December 26, 2013

SELAMAT TINGGAL CERMIN MATA






Assalamualaikum...

Saya kini bebas dari cermin mata kerana telah melakukan Lasik.

Pernah dengar Blended Visoion Lasik tak... 


Untuk mereka yg ingin bebas dari kacamata kaedah tanpa pisau Visumax femtosecond laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Memang tidak menyakitkan. Lasik hanya untuk mata yg sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata sihat. Mata malas tidak boleh di rawat kerana lasik hanya mengganti kaca mata tetapi tidak memulihkan potensi mata. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat boleh buat lasik

Ini hanya utk mereka yg rabun jauh, rabun silau atau astigmatism atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan.

Wanita mengandung dan menyusu sebelum umur anak 6 bulan tidak sesuai. Jika power kurang dari 800 boleh terus dtg buat full assessment 1 hari atau 2 hari sebelum prosidur lasik.

Saya telah menjalani rawatan tersebut di Prince Court Kuala Lumpur dan di lakukan oleh Prof Dr Muhaya... apa yang  menarik...procedur dia hanya mengambil masa tidak lebih dari 15 min dan tidak sedikit pun rasa sakit .. 

Nak tengok video ini..sila klik...






Saya sebelum melakukan proses Lasik..masih berkaca mata.... hehehhehe



Sebelum masuk OT



Tidak sampai 15 minit..saya sudah bebas cermin mata... 

Insyallah lepas ini saya boleh bawa motor tanpa ragu ragu...hehehehhehehe

Terima kasih Prof Dr Muhaya

November 10, 2013

WEDDING SEPUPU

Assalamualaikum.....

Ahad...10 Nov 2013



Agak lama tak update blog... dan agak lama juga saya tak ke dapur... memang sejak dua menjak di mood untuk membaking atau berada di dapur hancus sama sekali.... 



Hari ini nak abadikan kenangan saya di majlis perkahwinan sepupu yang berlangsung di Kampung Matang Pagar Sg Buloh... anak kepada pakcik Ismail ku...

Tahniah buat Rasida dan Yusuf....  






Hanya sewaktu begini lah keluarga dapat berkumpul.... Insyallah lebih mengeratkan silaturahim....

Kita layan je gambar gambar ya....








Comelkan....macam comel..macam cute....hehehehhe....macam2 ada...





August 12, 2013

SPAGETTI RAYA


Masih dalam mood berhari raya...

Raya ke 4 dan ke 5 ..rumah saya dikunjungi Makcik-makcik, sepupu, adik dan anak anak saudara.

Bila berkumpul begini .... terasa kemeriahan berhari raya walau pun rumah saya terletak di bandar...




Kerana kekangan waktu kerana saya telah mula bekerja..saya hanya sempat menyediakan Spagetti Raya yang amat amat ringkas sesuai dengan bahan bahan yang ada di dapur..



Saya ni kalau masak sendiri tanpa merujuk kepada mana2 resepi.. main campak2 jer..jadi saya tak reti nak bagi resepi..kerana takut resepi saya tak sesuai untuk tekak orang lain... Apapun alhamdulillah anak anak saudara semuanya suka...tidak membazirkan... apatalah lagi makan spagetti bersama serunding ayam....walla...menarik... cubalah..



Tahun ini memang saya tidak membuat biskut raya..jadi apa yang ada dalam balang ni semuanya main tunjuk tunjuk sahaja...hehehhehehe




Selamat Hari Raya... ( jom main bunga api plak..esok esok)



August 11, 2013

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari saya buat teman teman...



Beraya sakan di Sg Tengi Kanan, Tg karang Selangor....





August 1, 2013

BUBUR SESAJA



Salam Ramadhan....

Dah nak penghujung bulan bulan puasa ni.... kemeriahan raya semakin dirasakan...tapi bagi saya  persiapan agak biasa biasa saja... mungkin faktor ekonomi yang membataskan.

Hari ini saya cuma update blog dengan dua jenis bubur yang saya buat beberapa hari yang lalu.... macam biasa...saya ni kalau tang buat bubur tak reti nak sukat 2..main campak2 dan ikut sesedap rasa...



Sambil2 tu meh leh kita layan beberapa keping gambar yang saya ambil ketika berjalan jalan di pasar Ramadhan Bangsar. 



Rasanya pasar di sini agak kurang meriah... rasanya tahun tahun terdahulu lagi amat meriah dan panjang. tak tahulah kenapa...


Tapi dalam banyak2 gerai tu..ada satu gerai menjual pelbagai jenis agar2.. 5 biji RM2.00 . tapi pesembahan agar2 nya amatlah cantik dan menarik untuk kita membelinya... terasa nak belajar jer sebab memang cantik dan menarik.. rasanya tak tahulah plak sebab tahun ni saya tak beli..tahun lepas ada rasa .. pada saya rasanya samanya je macam agar agar biasa...





Apapun itu adalah strategi orang berniaga... Kita jumpa lagi esok ya .Insyallah.

July 25, 2013

PERTAMA KALI SAYA BERPUASA .........

Assalamualaikum.....

Puasa 2013 ini adalah puasa saya yang pertama .....

bukannya pertama kali berpuasa seperti yang anda semua ingat... heheheh

Pertama kali berpuasa bersama HERBALIFE...



Alhamdulillah... sejak saya mengamalkan pengambilan Herbalife di bulan Ramadhan ini... pola pemakanan saya berubah. Tidak lagi makan dengan banyak... minum air pun bertambah2 banyak... dan yang penting sepanjang berpuasa saya merasakan kelainan seperti mempunyai tenaga tambahan. 



Memang sebelum tahun2 terdahulu... terasa amat sangat perbezaannya...

Saya adalah "hantu" nescafe sejak dulu..setiap hari mesti secawan nescafe atau teh tarik....tapi sehingga kini rasa keinginan minum minuman manis itu tidak ada lagi ...dan hari hari saya membawa bersama saya sebotol Teamix herbalife seperti ini...



Bukan saya sahaja ..anak saya juga mengamalkan minum teamix ini semasa berbuka....alhamdulillah boleh menghabiskan 1 liter hingga 2 liter air teamix selepas berbuka...

Dan yang penting sekali...saya bukan sahaja pengguna Herbalife tetapi saya kini telah pun menjadi pengedar produk Herbalife... Anda ingin mencuba... mengubah cara pemakanan bersama Herbalife..??? Hubungi saya 012-7126461



Insyallah.... saya dan adik akan maju lagi bersama Herbalife..

Nantikan berita dan cerita pembukaan Kelab Kesihatan saya di Jalan Klang Lama...

Selamat berpuasa ..... 

July 22, 2013

BERBUKA BERSAMA STAFF




Assalamualaikum...

Semalam Ahad (21hb Julai 2013) saya mengadakan  makan makan berbuka puasa bersama beberapa orang kakitangan saya di Restoran Syed Jalan Doraisamy Kuala Lumpur.





Nasi beriayani di Syed Restaurant ini memang sedap.. saya memang setiap tahun di bulan Ramadhan mesti berbuka disini...  pada saya lebih sedap dari Mahbub atau pun Insaf punya.... dan yang penting ada sup Doraisamy yang popular



Memang menjadi kebiasaan saya setiap tahun menganjurkan majlis berbuka puasa bersama seluruh kakitangan dan keluarga Naz's Services.



Buat yang hadir semua saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat anda semua bersama saya dari susah mahupun senang. Moga kita akan terus cemerlang. Duit raya belum lagi yer.... tunggu habis bulan Ramadhan...



Selesai berbuka...kami ronda ronda cuci mata di Masjid India.. hmmm... masih belum sesak sepenuhnya dan masih lagi boleh memilih dengan selesa... kalau minggu terakhir nanti tak tahu lah pulak camner...



Anda semua dah shopping raya ker.....??

Jom kita layan gambar yang tak seberapa ini... selamat bershoping yer...



Auwww.... Wachaaa....

July 21, 2013

BUKA PUASA DAN DOA SELAMAT RUMAH BARU




Assalamualaikum....

Semalam 20 Julai 2013 Adik Lelaki saya mengadakan majlis berbuka puasa dan doa selamat memasuki rumah baru mereka di Kampung Bandar, Jugra Banting...





Meriah juga majlis ini kerana adik saya menjemput pelajar pelajar Tahfiz dari kelang untuk sama sama berbuka dan solat terawih di rumah beliau.



Jadi kita layan sedikit gambar gambar yang saya ambil... tak sempat nak ambil gambar banyak2 sebab sibuk menolong di dapur....



Apapun tahniah buat adik yang bakal menduduki rumah baru....



KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...