July 22, 2013

BERBUKA BERSAMA STAFF




Assalamualaikum...

Semalam Ahad (21hb Julai 2013) saya mengadakan  makan makan berbuka puasa bersama beberapa orang kakitangan saya di Restoran Syed Jalan Doraisamy Kuala Lumpur.





Nasi beriayani di Syed Restaurant ini memang sedap.. saya memang setiap tahun di bulan Ramadhan mesti berbuka disini...  pada saya lebih sedap dari Mahbub atau pun Insaf punya.... dan yang penting ada sup Doraisamy yang popular



Memang menjadi kebiasaan saya setiap tahun menganjurkan majlis berbuka puasa bersama seluruh kakitangan dan keluarga Naz's Services.



Buat yang hadir semua saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat anda semua bersama saya dari susah mahupun senang. Moga kita akan terus cemerlang. Duit raya belum lagi yer.... tunggu habis bulan Ramadhan...



Selesai berbuka...kami ronda ronda cuci mata di Masjid India.. hmmm... masih belum sesak sepenuhnya dan masih lagi boleh memilih dengan selesa... kalau minggu terakhir nanti tak tahu lah pulak camner...



Anda semua dah shopping raya ker.....??

Jom kita layan gambar yang tak seberapa ini... selamat bershoping yer...



Auwww.... Wachaaa....

No comments:

Post a Comment

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...