Assalamualaikum....
Dah beberapa hari kita gantung periuk belanga..sebab nya bz merempit... kelmarin kita pegi Penang..jalan jalan... kalau nak tengok aksi kita di PENANG boleh klik di SINI
Hari ini mula balik aktiviti petang kita... hujan hujan gini..sedap gak makan ala ala kek a.ka. apam...
Sedap dan ringan je kek ini... dan yang penting amat mudah membuatnya...
Resepi kita dapat dapat buku Steamed Cake..
KEK KUKUS PELANGI
Rujukan : Buku Steamed Cake
Dari rumah : Nazrah Bakery
Bahan2
250 gm mentega
5 biji telur gred B
250gm tepung superfine
225 gm gula caster (kita kurangkan kepada 180 gm)
100 gm susu pekat manis
1/2 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu besar esen vanilla
Hiasan : Pewarna
Cara2
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat
2. Ayak tepung dengan serbuk penaik dan ayakkan ke dalam adunan telur dan kaub balik adunan.
3. DI bekas yang lain pukul mentega dan susu sehingga gebu.
4. Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur tadi dan sebatikan adunan.
5. Bahagikan adunan dan warnakan.
6. Acuan 8" bulat
7. Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis dan tutup acuan dengan aluminium foil
8. Kukus selama 1 jam 30 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...
-
KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...
-
Gambar dari Google Assalamualaikum... Hari ini akak nak berkongsi ilmu mengenai segala jenis kekacang (Sumber : Majalah Sedap) Ha...
-
Assalamualaikum.... Sewaktu cuti sekolah selama 2 minggu bulan Mei 2014 ini.. saya berkesempatan menghantar anak dara sunti ke kelas ma...
kak..meh sepotong..
ReplyDeletecantik gebu jerk nengok kek tu..
AS-SALAM
ReplyDeleteNPK GEBU KEK KUKUS PELANGI TU..nice combinations of colour..
Aslmkum Naz
ReplyDeleteCantik kombinasi warna kek ni....
salam betullah cantik gebu naiknya....suka kek2 yg mcm ni..bula try jugani bhn pun x byk
ReplyDeleteassalam kak...wah jauh akak merempit sampai ke Penang tu. cantik dan gebus la kek ni! suka colour tu...dan semestinya sedap ni...:)
ReplyDeleteAs'salam Naz
ReplyDeleteNape merempit tak ajak k.ct sekali..hehehe. jap lagi jengah blog lagi satu ya, nak gak berkongsi kegembiraan merempit tu jugak.. hahaha
boleh cubalah kalau ada kelapangan nanti buat kek kukus pelangi ni Naz, nampak pun dah gebu tu. simpan dulu resipi ni ya. Tr kasih Naz :D
cantik kek!
ReplyDeletecantik nyer kek akak.. sweet je tgk kaler dia.
ReplyDeletesuka tengok kek belang2 cam gini...saya suka makan kek yg ada letak susu pekat ni sebab kek jadik moist....adeehh dah lama teringin nak makan kek tapi tak terbuat lagik....hehhehe
ReplyDeleteWow....cantiknya dah memang kak rus dah jatuh hati...boleh dicuba dan TQ for the recipe.
ReplyDeletetepung superfine tu ape ye?tepung serba gune boleh guna ke?
ReplyDelete