Total Pageviews

October 11, 2011

PUDING ROTI MARBLE

Assalamualaikum.....



beberapa hari ini memang mood untuk ke dapur tu hilang..mood makan memang ada..hehehe.... niat hati memang tinggi..tapi bila dok landing atas katil..tengok tv malas la pulak nak ke dapur....

Hari ini buat permulaan bagi mood yang ala ala ni... kita buat puding roti marble...buat makan makan petang selasa ni... 

Resepi yang amat simple dan sedap....terima kasih wat penyumbang resepi ya...


PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan



Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Keraskan samada pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk.


11 comments:

  1. assalam kak,kale puding sweet ajer..Mesti sedap kan puding nih..

    ReplyDelete
  2. cantikla puding akak ni...suka mkn tapi malas nak buat..tumpang mkn sini jer la..hehe

    ReplyDelete
  3. menarik warna pudung ni..tak cukup seloyang ni. :)

    ReplyDelete
  4. wahh.. puding roti lagi! sedap ^^

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak..
    cantiknya puding roti marble nie akak...

    ReplyDelete
  6. Assallamualaikum kak Nazrah..
    Akak..hehehe..akak pun ada tinggalkan komen pada entry tart pastry naz yg tak siap tu kan..hahaha.. buat malu Naz jer..hehehee..
    Akak ni rajin betul lah buat puding dan dessert.. Cantik jugak ek pakai kaler biru2 tu..

    ReplyDelete
  7. as-salam
    cantiknye puding ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...