Total Pageviews

December 2, 2014

KUIH LEPAT UBI




Assalamualaikum...

Saja nak menghabiskan ubi kayu dan daun pisang...   akak buat Lepat Ubi ..

nak kata suka makan lepat ubi tak la juga... tapi apa salahnya buat dan di beri sedekah pada teman teman...

Resepi nya akak copy dari teman..(maaf tak ingat sapa).. seperti dibawah...
(tapi akak sebenarnya agak2 saja).. sangat sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi..

Kita layan gambar2nya ok....


Bahannya:
5 cawan ubi kayu parut
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula pasir (boleh ditambah/dikurangkan)
1/2 cawan santan
1/2 cawan gula merah
1 camca kecil garam
daun selebar 4 inci (secukupnya)

Caranya:
- Ubi parut diperah airnya (masuk dalam kain kasa dan perah - tadah air perahannya)
- Air perahan ubi biarkan mendap
- Setelah mendap buang airnya dan ambil pati ubi sahaja- 
- Bancuh gula merah dengan santan dan tapis.
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas berisi ubi parut.
- Gaul rata, sesuaikan rasa manisnya.



November 18, 2014

APAM LABU MANIS

Assalamualaikum...




Kita mencari2 resepi Apam Labu kerana dulu pernah buat tapi macam berat saja... nampak di rumah Madiha..

hasilnya sangat memuaskan hati... lembut , manis dan sesuai dengan citarasa kita. 

Terima kasih empunya resepi...

Kita salin disini untuk dibuat rujukan.....

Apam Labu Manis  
Resepi : MaDiHaA aka Ratna  
Adaptasi dari resepi : Apam Keledek & Apam Jagung Pandan 


Bahan A 
1 sudu besar tepong gandum  
2 sudu teh yis segera 
1 sudu teh gula kastor 
3 sudu besar air suam 

Bahan B
  
200 gm labu yang siap dikopek ~ kukus/rebus hingga empuk
160 ml air / santan sederhana pekat
150 gm gula kastor 
1 biji telur A/B 

Bahan C
  
245 gm tepong gandum (ayak bersama DABP)  
1 sudu teh double action baking powder (DABP) 

Bahan D
  
Kelapa parut putih (guna kelapa yang agak muda lebih sedap) 
Sedikit garam 


Cara menyediakannya

1. Gaul sebati bahan A & perapkan selama 10 minit atau hingga ia naik sekali ganda.

2. Lecek labu kukus sehingga halus. Masukkan air/santan, gula kastor dan telur. Gaul sebati.

3. Masukkan bahan A yang diperap lalu kacau sebati.  Masukkan pula tepong gandum yang telah diayak bersama DABP & gaul sebati.  Rehatkan selama 1 jam.

4. Setengah jam selepas perap, bolehlah sapukan minyak pada acuan apam sementara menunggu apam naik.  Atau boleh juga aturkan paperliner ke dalam acuan apam.  Panaskan air dalam periuk kukusan.


5. Cukup 1 jam diperap.. kacau adunan apam agar sebati. Sudukan dalam acuan apam hingga hampir penuh. Atau boleh juga masukkan dalam piping beg besar & picitkan apam ke dalam acuan2 kecil tersebut.  Kukus apam selama 15 - 18 minit jika menggunakan acuan apam yang kecil.  Jika menggunakan loyang, kukuskan agak2 selama 40 - 50 minit (anggaran je ye).   Jangan lupa balut penutup kukusan supaya wap tak menitik atas apam.

(Anggaran akak buat dapat dalam 20-25 biji)



November 10, 2014

KUIH CEK MEK MOLEK




Assalamualaikum...

Saya suka makan Kuih Cek Mek Molek..tapi yang beli selalunya banyak tepung dari Keledeknya.

Buat sendiri lagi puas hati walaupun luarannya tak cantik..hehehhe... 

dan tentunya saya kurangkan gula sebab memang tak makan manis....

Terima kasih Azie resepi ...akak copy ya...

Kuih Cek Mek Molek
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
Ubi keledek oren
Tepung gandum
Sedikit gula


Cara cara:

Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.

Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.  

Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 

Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 

Angkat bila kekuningan. Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas.



November 7, 2014

KUIH NONA MANIS




Assalamualaikum....

Dah lama rasanya kuih ni bermain dalam blog dan fb...

Kali ini berkesempatan mencuba resepi dari blog Kak Ita... rasanya yang manis kemasinan sungguh sesuai untuk dijadikan minum petang...

Ala2 lompang gitu.... kita layan dulu yer....

NONA MANIS
Resepi asal milik : Warisan Mama
Rujukan :
 Hesti's
Dari Blok Kak Ita : Masam Manis


Resepi yang ita kongsikan ini ita buat 1/2 adunan sahaja. Ita juga ada olah beberapa bahagian sesuai citarasa ita. 1/2 bahagian ini dapat anggaran 25 ketul jika guna acuan lompang yang kecil.

Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan ita guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum
Pukul telur hingga kembang.
Ita masukkan telur dalam blender sahaja dan putar
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan (optional)




Ambil  5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih



Bahan C

1 cawan santan pekat ~ ita guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula ~ yang ni ita tak letak
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat

Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia di hidangkan untuk minum petang anda.

October 29, 2014

APAM PISANG



Assalamualaikum....

Hari ini saya tayang Apam Pisang ..tentu ramai juga yang dah lama tak buat apam pisang...

Resepi masih lagi dari teman2 blog... rasa apam nya sangat lembut dan gebu...tanpa kelapa pun dah cukup sedap.

Kita layan resepinya ya....


Apam Pisang Kukus
Sumber : Diana / Madiha

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar) (akak guna 250 gm )
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
secubit garam

Cara-caranya
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Sementara tu.. panaskan periuk kukusan.
3. Pukul telur bersama gula hingga kembang.  Masukkan mentega cair/ minyak & juga pisang yang dilecek.
4. Kemudian masukkan tepung & gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana. 

Nota: Penutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.

guna acuan apam yang kecik2 tu.. & masa mengukus  telah dikurangkan ke 12 ~ 15 minit.  



October 19, 2014

TAHI MINYAK

Assalamualaikum...




Mungkin ada yang tak tahu apa itu tahi minyak...

Macamana nak buat tahi minyak.... dulu dulu masa kita kecik , mak kita suka buat tahi minyak ni sebab minyak asli dari santan kelapa di buat minyak rambut supaya rambut kita lebat...

Tapi ye la... dulu2 mana ada minyak rambut macam zaman sekarang.. heheheh

Bau dia ya Allah...bau kelapa la..tapi kalau tidak kerana dahulu tidak adalah kita sekarang kan...




Tahi minyak ni akak nak buat Kole Kacang bila lapang nanti... 

Bahan2 nya hanyalah 1/2 kilo santan (pati)

Masak hingga jadi tahi minyak seperti gambar... 




Minyak dia boleh di gunakan kembali untuk memasak / menumis lauk pauk...




October 15, 2014

KEK COKLAT KUKUS BERCHEESE

Assalamualaikum...



Petang petang ni saja buat kek untuk di makan anak anak... tambahan pula musim hujan.

Dah lama juga saya tak buat kek coklat dari Chef Zubaidah ni...  memang sedap sungguh kek ini sehingga tak sedar boleh makan sehingga berkeping keping...

Kita semak resepinya...

Resepi masih lagi sama (chef Zubaidah) tetapi kita tambah cheese.

Untuk resepinya :
Oleh : Nazrah Bakery
Bahan-Bahan (A)

100 gm serbuk koko ( saya guna 80 gm sahaja)
250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
1 tin susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis

Bahan (B)
150 gm tepung gandum
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t serbuk penaik
4 biji telur B

untuk cheese :

250gm cream cheese
1 biji telur
1/2 cawan  gula castor
1sdb tepung gandum
2 sdb air
1 sdt esen vanilla




Cara-Cara.

1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
2. Masak atas api seketika
3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja)(saya guna whisk jer)
6. Kukus separuh adunan selama 20 minit. 
7. Bahan cheese tadi di putar hingga sebati. Kemudian lapis ke atas adunan coklat tadi dan kukus lagi selama 20 minit
8.Tuang baki adunan coklat tadi dan kukus lagi kira kira 20-30 minit sehingga masak.
9. Boleh di hias mengikut creativiti masing masing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...