Showing posts with label Kukus. Show all posts
Showing posts with label Kukus. Show all posts

November 7, 2014

KUIH NONA MANIS




Assalamualaikum....

Dah lama rasanya kuih ni bermain dalam blog dan fb...

Kali ini berkesempatan mencuba resepi dari blog Kak Ita... rasanya yang manis kemasinan sungguh sesuai untuk dijadikan minum petang...

Ala2 lompang gitu.... kita layan dulu yer....

NONA MANIS
Resepi asal milik : Warisan Mama
Rujukan :
 Hesti's
Dari Blok Kak Ita : Masam Manis


Resepi yang ita kongsikan ini ita buat 1/2 adunan sahaja. Ita juga ada olah beberapa bahagian sesuai citarasa ita. 1/2 bahagian ini dapat anggaran 25 ketul jika guna acuan lompang yang kecil.

Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan ita guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum
Pukul telur hingga kembang.
Ita masukkan telur dalam blender sahaja dan putar
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan (optional)




Ambil  5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih



Bahan C

1 cawan santan pekat ~ ita guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula ~ yang ni ita tak letak
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat

Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia di hidangkan untuk minum petang anda.

October 29, 2014

APAM PISANG



Assalamualaikum....

Hari ini saya tayang Apam Pisang ..tentu ramai juga yang dah lama tak buat apam pisang...

Resepi masih lagi dari teman2 blog... rasa apam nya sangat lembut dan gebu...tanpa kelapa pun dah cukup sedap.

Kita layan resepinya ya....


Apam Pisang Kukus
Sumber : Diana / Madiha

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar) (akak guna 250 gm )
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
secubit garam

Cara-caranya
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Sementara tu.. panaskan periuk kukusan.
3. Pukul telur bersama gula hingga kembang.  Masukkan mentega cair/ minyak & juga pisang yang dilecek.
4. Kemudian masukkan tepung & gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana. 

Nota: Penutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.

guna acuan apam yang kecik2 tu.. & masa mengukus  telah dikurangkan ke 12 ~ 15 minit.  



October 15, 2014

KEK COKLAT KUKUS BERCHEESE

Assalamualaikum...



Petang petang ni saja buat kek untuk di makan anak anak... tambahan pula musim hujan.

Dah lama juga saya tak buat kek coklat dari Chef Zubaidah ni...  memang sedap sungguh kek ini sehingga tak sedar boleh makan sehingga berkeping keping...

Kita semak resepinya...

Resepi masih lagi sama (chef Zubaidah) tetapi kita tambah cheese.

Untuk resepinya :
Oleh : Nazrah Bakery
Bahan-Bahan (A)

100 gm serbuk koko ( saya guna 80 gm sahaja)
250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
1 tin susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis

Bahan (B)
150 gm tepung gandum
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t serbuk penaik
4 biji telur B

untuk cheese :

250gm cream cheese
1 biji telur
1/2 cawan  gula castor
1sdb tepung gandum
2 sdb air
1 sdt esen vanilla




Cara-Cara.

1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
2. Masak atas api seketika
3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja)(saya guna whisk jer)
6. Kukus separuh adunan selama 20 minit. 
7. Bahan cheese tadi di putar hingga sebati. Kemudian lapis ke atas adunan coklat tadi dan kukus lagi selama 20 minit
8.Tuang baki adunan coklat tadi dan kukus lagi kira kira 20-30 minit sehingga masak.
9. Boleh di hias mengikut creativiti masing masing.


October 12, 2014

APAM SUSU




Assalamualaikum....

Lama sungguh tak buat apam..tapi bila tengok apam yang warna warni dari fb Kak Rina.. tergoda plak..

Simple dan enak di makan masih panas panas lagi... terutama bila hujan di petang hari.


APAM SUSU
Sumber : Fb Kak Rina'z Cookies


BAHAN-BAHAN
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
4 BIJI TELUR
1 SUDU BESAR OVELLATE
4 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS
1 CAWAN GULA CASTOR
CARA-CARA
MIXER TELUR,GULA,SUSU DAN OVELLATE SEHINGGA PUTIH,GEBU DAN KEMBANG,MASUKKAN TEPUNG YG TELAH DIAYAK SECARA KAUP BALIK DGN SPATULA.BAHAGI ADUNAN KEPADA 3,,WARNAKAN,,ISI DALAM LOYANG YG TELAH DISAPU DGN MINYAK,,KUKUS DGN API YG SEDERHANA SELAMA 30 MINIT-SEHINGGA MASAK...
TQVM,,RESEPI DARI "GROUP RESEPI RINGKAS



Kita nak citer... pada sebelah pagi tadi .. kami Ladies Biker Malaysia (LBM) berzumba di Tasik Titiwangsa...

Memang ramai yang ada di sekitar Tasik Titiwangsa santai bersama keluarga.. antaranya aktiviti bersenam Zumba ini...

Kita layan gambar2 juga yerk...






September 11, 2014

KUIH KASWI



Assalamualaikum...

Ternampak kita kuih kaswi istimewa di rumah Azie Kitchen... memang terbukti memang istimewa..rasanya enak tak macam kat pasar malam...kata my bibik...hehehhehe....

Boleh simpan dan diikut resepi ni untuk kenduri kendara.... terima kasih yang memberi sumbangan resepi ni...


Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Loyang saiz 10” x 10”

Bahan bahan: 
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara cara:
Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.

Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir. 

Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.

Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam. 

Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.

Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.




July 30, 2012

KASWI DURIAN

 

Assalamualaikum....  letih betul sejak seminggu ni sebab setiap petang hingga lewat malam saya berada di tapak perniagaan Bazar Ramadhan di belakang Semua House / Cambell Compleks... kalau dekat dekat raya nanti mau tido sini kot...


Apa pun ari tu, sempat la saya buat Kaswi Durian resepi dari Kak Besah .. kebetulan ada durian yang tak sedap sangat untuk di makan gitu saja....

Bila tiba waktu berbuka...kita pun ngap le sepotong.. wahhhhhhhhhh..... glupppppp....pahittt....apasal plak..terus mati selera kita.... apa silapnya tak ler ku tahu....tapi bila kita suruh anak dan bibik makan..sedap bebeno depa makan....bibik kata enak Maa.... tak pahit pun...

Selidik punya selidik ... kita rasa agaknya kita tergigit air kapur yang keras tu ( hehehehe.... kita letak lebih sangat kot) dan mungkin ada yang tak hancur elok... berketul tu yang masuk mulut kita... padan muka...hahahahahhaah

Jadi pengajarannya..kalau resepi suruh letak 1/2 sudu jgn letak satu sudu...kan dah kena.... Apa pun resepi ni memang marvelous dan enak... sesuai la sangat untuk orang tua di kampung tu....

Tapi ini ler gambar yang sempat saya tangkap .... sebab dah letih lepas berbuka... terima kasih wat empunya resepi ya.....

KASWI DURIAN 

Resepi : Kak Besah (My Resipi)

Bahan-bahan ( seloyang kecik jer )

  • 1 cwn tpung gandum
  • 1 cwn tpung ubi
  • 2 1/3 cwn santan (1/2 cwn sntan pekat + air)
  • 1/2 cwn isi durian
  • 2/3 cwn gula pasir
  • 1/2 suduteh garam
  • 1/2 suduteh AIR KAPUR sireh
  • secawan kelapa parut putih + secubit garam (jika xnk cpt basi kukus 5 mnt)

Cara-cara

  1. panaskan air kukusan.
  2. campur rata / sebati semua bahan. bleh blend jika suka.                
  3. sapu sedikit minyak dlm loyang, pastu masukkan adunan. jgn tebal sangat, x best. lbehkurang 1 inci suku cukup. kukus 30 minit atau hingga masak.
  4. bila sejuk, blehla dipotong & digaul bersama kelapa parut....
  5. senang jer...

May 23, 2012

TALAM MARBLE



 Assalamualaikum...
Sepetang saya menghabiskan masa membuat Talam Marble dan Bingka Ubi Cheese untuk dibawa ke jamuan makan makan yang akan diadakan di Restoran Asam Pedas Linda Onn.. nanti kita ceritakan plak tentang restoran tu... ni semua nak sambut harijadi teman biker saya....







Hanya ini yang termampu saya buat dalam waktu yang singkat lagi pun kedua dua nya memang favourite teman teman saya. Nak buat banyak2 susah nak bawa sebab saya naik motor hehehhehe....


Buat empunya resepi terima kasih....Kita layan gambar Talam Marble...



Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
250 g tepung Hoen Kwee (putih)-(1 sb rata=10 g)
450 g gula halus (2 1/4 cwn rata) ( kita kurangkan kepada 400 gm)
2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
1 sk garam
3 sb serbuk koko 
choc emulco - ita tambah

Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
Loyang di griskan dgn minyak masak terlebih dahulu.
Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang. Sejukkan.
Siap utk dipotong dan dihidangkan.
Semasa memarbelkan adunan hendaklah lakukan dengan pantas kerana adunan cepat mengeras.

Untuk resepi ni ita hanya buat 1/2 adunan aje.. Ita gunakan hanya santan kotak. Ita guna 1 kotak santan 200 ml dan selebihnya ita campurkan dengan air untuk mencukupkan sukatan santan tu.

Lagi satu lupa nak bagi tau.. talam ni selepas dibahagikan kena masak dalam dua periuk yg berasingan secara serentak.. tak leh masak satu2 nanti dia dah keras pulak.. jadi.. kena lah jadi wonderwomen sekejap! kacau guna dua2 tangan.. hihi (Yang part ini kita minta tolong bibik kita )





May 5, 2012

KUIH KASUI @ KASWI

  Assalamualaikum.. 


Pagi Sabtu hari ini saya cuti..cuti kerja...cuti merempit..hari ini nak pergi kenduri..

Bila dah biasa bangun seawal 530 am ..walaupun tidak bekerja..mata dah diset untuk bangun. So godek godek rumah kawan kawan..nampak kuih kaswi. Kebetulan kejap lagi family adik dan emak nak datang rumah.. so boleh buat sarapan.. 

Memang mudah dan sedap kuih kaswi ni..saya ikut cara Kak Bdaria..campur tepung beras..rasa kenyal2 gitu..

Terima kasih empunya resepi..

Kuih Kasui @ Kaswi
Resepi asal dari sini
Sumber saya : Jurnal Resepi Bdaria

Bahan-bahannya:-
Bahan A
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun padan
sedikit kicap pekat (yang ni saya tak der ..saya letak pewarna coklat)
Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras (yang nie saya tambah)
1/2 cawan tepung ubi
1/2 sudu teh kapur makan (bancuhkan dengan sedikit air untuk dapatkan paste pekat)
kelapa parut putih
sedikit garam
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan A kecuali kicap kedalam periuk dan masak sehingga gula larut. Angkat dan tapi untuk buang bendaasing dalam gula merah. Masukkan sedikit kicap pekat dan biarkan sejuk
  2. Alas loyang 4 segi berukuran 10 x 10 x 3 inci dengan plastik dan ketepikan. Saya guna loyang 11 x 11 sebab tu kuih kasui saya nampak nipis.
  3. Masukkan semua tepung dalam bekas dan kemudian masukkan bancuhan gula tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata dengan mengunakan whisk. Masukkan air kapur dan kacau rata
  4. Tapiskan bancuhan dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap. Kacau sentiasa mengunakan sudip kayu.
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus selama 30 minit sehingga masak
  6. Bila kuih sudah sejuk baru potong dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
  7. Hidangkan.


May 2, 2012

KASWI PANDAN LEMAK

  
 
Assalamualaikum...

Wat kuih kaswi pandan lemak ler kita hari ini... dok tengoh teman teman blog  tayang ..

Tak moh komen apa2... tapi kuih ni memang kenyal2 gitu..sedap makan time panas2..sekali..dua kali..tiga kali..tak ingat berapa kali ngap kuih ni..

Bau pandan nya pun amat wangi dan warna sangat menarik... makan time hujan plak tu.. tapi bila kita ke kedai nak beli kelapa kedai dah tutup.. maka bogel lah kaswi kita bergambar tanpa kelapa...hehehhehehe



APapun terima kasih buat yg empunya resepi kerana berkongsi..Izin saya kongsi di sini pula...
 
KASWI PANDAN LEMAK
Resepi: kak besah@myr
Sumber: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1 loyang )

1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi kayu
1 cwn santan
1 1/2 cwn air perahan daun pandan (3 helai)-hasue guna air biasa+pes pandan pekat
3/4 cwn gula pasir
1/2 sudu teh AIR kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 bj telur (xkira saiz)
beberapa titik pewarna hijau.
secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.

Cara-cara
  1. Kacau sebati tepung2 & gula bersama air pandan & telur. pastu campurkan kesemua bhn2 lain. kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ni
  2. Seterusnye, masukkan adunan ke dlm loyang yg tlh disapu sedikit minyak. jgn lah tebal sangat, dlm 3 cm cukup. pastu kukus lah hingga masak.. dlm 20-25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sbelum mengadun adunan.)
  3. Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong & digolekkan dlm kelapa parut yg telah dicampur dengan secubit garam. Nota kak besah:di rmh ni bdk2 xsuke mkn ngn kelapa parut.. tp ok jer..coz kaswi ni dah lemak rasenyer..

April 24, 2012

KEK KUKUS PELANGI

Assalamualaikum....

 

Dalam dok pening pening lalat ni..mata tak mau tido.. asyik banyak memikir. Akhir sekali kita pun ke dapur dok belek belek buku masakan lama... terpanggil untuk buat kek kukus plak.

Rasa kek ini sedap macam rasa apam kukus... tapi kita tambah perasa strawberry agar lebih wangi dan sedap...tak rugi mencuba...

Kita layan gambar ye teman teman..(sebenonya kita tak reti nak menulis apa lagi) hehehe.... 


 
KEK KUKUS PELANGI

Rujukan : Buku Steamed Cake
Dari rumah : Nazrah Bakery

Bahan2

250 gm mentega
5 biji telur gred B
250gm tepung superfine
225 gm gula caster (kita kurangkan kepada 180 gm)
100 gm susu pekat manis
1/2 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu besar esen vanilla

Hiasan : Pewarna dan perisa

Cara2

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat
2. Ayak tepung dengan serbuk penaik dan ayakkan ke dalam adunan telur dan kaub balik adunan.
3. DI bekas yang lain pukul mentega dan susu sehingga gebu.
4. Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur tadi dan sebatikan adunan.
5. Bahagikan adunan dan warnakan.
6. Acuan 8" bulat
7. Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis dan tutup acuan dengan aluminium foil 
8. Kukus selama 1 jam 30 minit.

April 18, 2012

TALAM KASWI KELADI

Assalamualaikum....


Masih lagi berkisar keladi.. kerana menghabiskan stok keladi.. Kali ini saya tertarik untuk mencuba resepi dari buku kompilasi Talam dengan membuat talam kaswi keladi. Amat mudah untuk membuatnya dan rasanya pun amat enak.. lembut dan kenyal. Tak rugi kalau kita membuatnya..cuba keladi tu saya buat kasar kasar sikit agar dapat merasa keladinya.

Hujan hujan di kala petang amat sesuai untuk dibuat minum petang bersama kopi O. Jemput minum ye teman teman... jumpa lagi..



TALAM KASWI KELADI

Sumber : Buku Kompilasi Talam

Bahan bahan

300 gm keladi - di rebus dan di lenyek
300 ml santan
225 gm gula pasir
90 gm tepung beras
70 gm tepung ubi
sedikit pewarna ungu
Garam secukup rasa
Kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam

Cara membuat

1. Satukan semua bahan dan gaul hingga mesra
2. Masukkan bahan ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit
3. Biarkan sejuk dan potong. Gaulkan dengan kelapa sebelum di hidang. 

April 17, 2012

TALAM KELADI

Salam hari Selasa..... ambil mood jap..hehhe..nak menulis pun ambil mood apa lagi bila nak memasak..mood kena di cari..tapi semalam mood ok sikit kita buat talam keladi... Tapi tak tau kenapa bahagian atasnya terlembik sikit..mungkin merajuk sebab dah lama saya tak menalam..tapi rasanya tetap sedap dan enak...


Resepi kita dapat ketika belajar dengan Chef Asma.. (huh huh) lamanya saya tak pergi mana mana kelas..kalau tidak dulu hujung minggu suka menghabiskan masa belajar ke kelas kelas bakery...

Apa pun.. meh kita layan talam keladi untuk hari ini... 
 
TALAM KELADI

LAPISAN BAWAH
Bahan Bahan
(A) 220 gm tepung beras
      40 gm tepung ubi
      1 1/2 tsp garam
      300 ml santan pekat
      700 ml air

(B) 250 gm keladi - buang kulit, potong kiub dan kukus selama 5 minit.

Cara-caranya :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit

LAPISAN ATAS
Bahan Bahan
180 gm tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna purple

Cara caranya :
1.Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

October 7, 2011

APAM BELANG @ PELANGI

Assalamualaikum.....




Apam belang a.k.a Apam Pelangi ni kita nampak di rumah Bundo.. sebenarnya dah lama tak buat apam ni..dulu kita ada buat tapi ikut resepi dari majalah macam di SINI.. dan SINI.. bahan2 nya tetap sama ..cuma caler jer lain..


Kita buat untuk makan makan di pejabat..sebab hari ini hari Jumaat (sedekah lah gitu)....


Terima kasih yang empunya resepi.... kita minta izin salin kembali resepi dari rumah Bundo... 

APAM BELANG

by: Shamama
Sumber: Ita Masam manis

sumber : gee

Bahan-bahan:

4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara (shamama guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna




CARA2NYA :


Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkann tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)

October 4, 2011

KEK KUKUS PINKY STRAWBERRY

 Assalamualaikum... jumpa lagi di hari Selasa..


Seperti biasa ..hari bekerja.. pagi2 dah ada di pejabat..tengahari ambil anak di sekolah..






Petang tadi .. kita ke Jalan Pahang.. gi tempah seluar untuk ride.. bila sampai rumah kita terus ke dapur... dok godek godek ... kita nampak kek ni dalam buku Kek Kukus (ZUbaida Che Pa).. nama pun nampak menarik macam motor kita.... Pinky Pinky .. nak tengok KLIK SINI  ya....


Bahan bahan amat mudah dah kek ini amat lembut dan enak... anak2 kita yang tak makan kek pun boleh menghadap kek ni... tak rugi mencuba....



KEK KUKUS PINKY STRAWBERRY
Sumber : Buku Kek Kukus
Dari : NAZRAH BAKERY


Bahan A
175 gm mentega
140 gm gula caster
1/2 sudu makan ovelet
3 biji telur B

Bahan B
140 gm tepung superfine
20gm tepung jagung
20 gm tepung beras
1 st serbuk penaik


Bahan C
100 gm susu cair


CARA2

1. Pukul Bahan A sehingga gebu dan pekat.
2. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam adunan telur dan kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kaub balik adunan.
4. Bahagian kepada 3 bahagian dan warnakan dengan pink terang, pink lembut dan satu bahagian di biarkan kosong (yang ini kita bahagikan dua warna sahaja)
5.Acan bulat 8"
6. Tuangkan adunan kosong dan kukus selama 20 minit.
7. Setelah masak tuangkan lagi adunan pink lembut dan kukus lagi selama 20 minit.
8. Tuang lagi adunan terakhir warna pink terang dan kukus lagi selama 20 minit.


@@@ kita kukus bahagian kuning selama 20 minit dan kemudian bahagian pink selama 40 minit.



October 3, 2011

KEK KUKUS PELANGI

Assalamualaikum....




Dah beberapa hari kita gantung periuk belanga..sebab nya bz merempit... kelmarin kita pegi Penang..jalan jalan... kalau nak tengok aksi kita di PENANG  boleh klik di SINI


Hari ini mula balik aktiviti petang kita... hujan hujan gini..sedap gak makan ala ala kek a.ka. apam... 






Sedap dan ringan je kek ini... dan yang penting amat mudah membuatnya...


Resepi kita dapat dapat buku Steamed Cake..


KEK KUKUS PELANGI

Rujukan : Buku Steamed Cake
Dari rumah : Nazrah Bakery

Bahan2

250 gm mentega
5 biji telur gred B
250gm tepung superfine
225 gm gula caster (kita kurangkan kepada 180 gm)
100 gm susu pekat manis
1/2 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu besar esen vanilla

Hiasan : Pewarna

Cara2

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat
2. Ayak tepung dengan serbuk penaik dan ayakkan ke dalam adunan telur dan kaub balik adunan.
3. DI bekas yang lain pukul mentega dan susu sehingga gebu.
4. Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur tadi dan sebatikan adunan.
5. Bahagikan adunan dan warnakan.
6. Acuan 8" bulat
7. Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis dan tutup acuan dengan aluminium foil 
8. Kukus selama 1 jam 30 minit.


September 28, 2011

KEK KUKUS PISANG COKLAT RICE



Assalamualaikum....

Semalam adalah hari ulang tahun kita... tapi kita tak buat kek sebab kita buat pulut kuning dan rendang ayam... tapi maaf lah tak sempat nak ambil gambar...  bawa ke pejabat untuk makan makan dengan kakitangan.

Hari ni kita merajinkan diri buat kek kukus pisang .. dah agak lama kita tak buat kek berasaskan pisang. Dari buku Kek Kukus ( Zubaida Chepa) .... sedap untuk buat sarapan atau minum petang...







Kita tengok resepinya....

KEK KUKUS PISANG COKLAT RICE
Sumber : Buku Kek Kukus

Bahan2
250 mentega
180 gm gula castor ( yang ni kita kurangkan kepada 150 gm)
1 sudu besar ovalet  
1 tsp esen vanila
4 biji telur size B
275 gm tepung superfine ( saya guna tepung gandum)
1 tsp serbuk penaik
1 tsp soda bikarbonat
250 gm pisang berangan
100 gm coklat rice

CARA
1. Pukul mentega, gula dan ovalet hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu
3. Kemudian masukkan pisang dan kisar lagi.
4. Masukkan pula tepung yang telah di ayak dengan soda dan baking powder.
5.  Akhir sekali masukkan chocolate rice.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan . Kukus selama 1 jam.


June 20, 2011

LOMPANG JAKARTA Lagi ler.......

Assalamualaikum.....


 
Semalam kita dah tayang Lompang Jakarta.

Tapi hari ini kita terpaksa buat lagi sebab permintaan ramai...kali ini kita main warna sikit biar cantik di pandang.....

Memang kita suka lompang ni... sebab rasanya seakan akan kuih talam... manis nya dah ok...tapi yg tak tahan sekali ngap sampai 4 biji ...sebab wat dalam bekas yg comel comel gitu....





Buat teman teman sekali lagi kita salin kembali resepinya....


Lompang Jakarta

Bahan : ( adunan ni dapat dalam anggaran 20 - 25 biji )
  • 125 g tepung beras
  • 2 sb tepung sagu @ ubi
  • 200 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air)
  • 1/2 sk air kapur
  • 200 ml air *
  • 125 g gula pasir *   (lain kali kita kena kurangkan sikit )
  • 1 sk pandan pes + pewarna hijau (kita tukar keladi pes / warna ungu)
Topping Dadih : ( yang ni kita wat 1 1/2 adunan asal)
  • 160 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air) (kita tambah jadi 240 ml)
  • 1/4 cawan tepung beras ( kita tambah lagi sikit tepung)
  • 1/4 sk garam







Cara membuatnya :
  1. Masak bahan bertanda * dengan sehelai daun pandan, jadikan air gula dan sejukkan.
  2. Campurkan air gula dengan tepung beras dan tepung sagu @ ubi, santan pekat, air kapur, pandan pes dan pewarna hijau, kacau dan tapis. Ketepikan.
  3. Satukan bahan2 dadih, kacau, tapis dan ketepikan.
  4. Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan.
  5. Tuang adunan hijau 3/4 paras acuan lompang dan kukus selama 10 min.
  6. Tuang pula topping dadih ke atas lapisan hijau dan kukus lagi selama 10 min atau hingga masak.
  7. Sejukkan kuih dan keluarkan dari acuan dan hidangkan. 

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...