Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

October 15, 2014

KEK COKLAT KUKUS BERCHEESE

Assalamualaikum...



Petang petang ni saja buat kek untuk di makan anak anak... tambahan pula musim hujan.

Dah lama juga saya tak buat kek coklat dari Chef Zubaidah ni...  memang sedap sungguh kek ini sehingga tak sedar boleh makan sehingga berkeping keping...

Kita semak resepinya...

Resepi masih lagi sama (chef Zubaidah) tetapi kita tambah cheese.

Untuk resepinya :
Oleh : Nazrah Bakery
Bahan-Bahan (A)

100 gm serbuk koko ( saya guna 80 gm sahaja)
250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
1 tin susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis

Bahan (B)
150 gm tepung gandum
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t serbuk penaik
4 biji telur B

untuk cheese :

250gm cream cheese
1 biji telur
1/2 cawan  gula castor
1sdb tepung gandum
2 sdb air
1 sdt esen vanilla




Cara-Cara.

1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
2. Masak atas api seketika
3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja)(saya guna whisk jer)
6. Kukus separuh adunan selama 20 minit. 
7. Bahan cheese tadi di putar hingga sebati. Kemudian lapis ke atas adunan coklat tadi dan kukus lagi selama 20 minit
8.Tuang baki adunan coklat tadi dan kukus lagi kira kira 20-30 minit sehingga masak.
9. Boleh di hias mengikut creativiti masing masing.


August 10, 2014

KEK MARBLE SUSU

Assalamualaikum...





Open house banyak sungguh seminggu dua ni... jadi apa yang mudah untuk di bawa ke rumah teman teman dan saudara adalah Kek Marble susu ( ternampak Kak Paty) buat... 

Memang lembut dan sedap kek marble susu ni...

Kita layan je la... 


Kek Marble Susu
by Chef Zubaidah 

  • 250 gm mentega
  • 200 gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 290 gm tepung naik sendiri
  • 50 gm susu pekat manis
  • 100 g susu cair
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 1 sudu teh kapucino emulco
  • 1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah
  • Kepingan badam sebagai hiasan


  1. Panaskan oven pada suhu 150C
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inc
  3. Sapukan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek
  4. Pukul mentega dan gula sehingga sebati
  5. Masukkan telur satu persatu
  6. Kemudian masukkan susu pekat manis
  7. Pukul sehingga adunan sebati
  8. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair
  9. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
  10. Ambil 1/4 adunan
  11. Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco
  12. Kacau rata
  13. Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata
  14. Tuangkan adunan plain ke dalam loyang
  15. Diikuti adunan coklat kapucino
  16. Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu
  17. Hiaskan dengan taburan kepingan badam
  18. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna.





August 19, 2013

KEK MARBLE





Salam Ramadhan ke 12 ....

Cuaca dari tengahari hingga petang hujan di Kuala Lumpur. Nak kemana mana pun tak boleh...

Tinjau tinjau rumah Kak Yah dua tiga hari lepas terpandang Kek Marble yang sungguh cantik.. saya pun dah lama tak membuat kek ...Kek ni makan time panas2 dan hujan memang sungguh sedap dan rasa yang klasik..sebab dulu dulu mak kita memang buat main sukat pakai cawan jer... 

Terima kasih buat empunya resepi...



KEK MARBLE 
Sumber : Dapur Kak Yah

Bahannya
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar susu tepung.
1 cawan gula kastor
1 cawan margerin
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
Pewarna merah dan hijau

Caranya
Ayak tepung gandum dan tepung jagung bersama baking powder
Pukul gula dengan margerin hingga kembang.
Masukkan telur dan dipukul lagi biar kembang
Masukkan esen vanila, 
Masukkan tepung .  Putar dengan kelajuan sederhana..
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, Tambahan sedikit pewarna mengikut kesukaan dan satu bahagian biarkan kosong.  Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas kek secara berselang seli sehingga habis.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar dengan suhu 180C selama 45 minit.
Seperti biasa bakar guna api bawah dahulu dan bila berbaki 30 minit barulah dibakar guna api atas dan bawah. 

April 14, 2013

VANILLA BUTTER CAKE




Assalamualaikum...

Hari Ahad minggu ni saya tak kemana mana...dok buat house keeping di rumah .. sambil2 menghabiskan masa bersama anak .

macam biasa masih nak menghabiskan stok stok tepung yang dah nak expired tu...hari ini saya buat butter cake plain..(kosong) yang enak buat minum petang sambil menonton rancangan lama ..Sultan Mahmud..

Resepinya seperti di bawah : -

Bahan2..

250 gm butter
180 gm gula caster
70 gm tepun gandum
5 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila

Cara2nya

Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dant erus pukul hingga kembang. Kemudian masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan esen vanilla. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 45 minit.





April 11, 2013

BABYCAKES




Itulah nama yang diberikan ...

Tepung Babycakes Madihah ini saya order melalui pos rasanya dah hampir beberapa bulan...  tapi masih belum expired sehingga penghujung 2013. Sapa sapa nak order boleh hubungi Madihah di talian 012-5769838




walaupun nak buatnya senang ... tapi ianya tak menjadi kenyataan kerana kesibukan dan kemalasan saya...

Hari ini walaupun telah malam..saya gagahkan jua buat babycakes ini agar seok pagi ada juadah sarapan pagi di pejabat saya... dan melatih diri agar tidak lagi malas .... hahahahahah....



Apapun kek ni sedap.. dan simple tapi bagi saya agak manis ... almaklumlah bila usia semakin meningkat ..tapi budak budak amat sukakannya... tambahan pula sambil sambil melatih skil anak saya Ameera  untuk mendeko... 

Maaflah jika kasar je bunga bunga di atas kek tu... hasil tangan beliau...

Kita layan gambar ya... Jumpa lagi...insyallah....



June 30, 2012

KEK KAREMAL GELAPKU



 
Akhirnya..... ini adalah percubaan kedua saya setelah di sumpah dulu (hehehe kerana karemel yg tak masak)...

Tapi...masih tak perfect sebab karemel dia nipis dan gula terlebih hangus sudah...hitam dan pahit...hahahhaahah...macam tuannya... kena belajar dengan sifu sifu lagi....

Apa pun... sangat suka apabila percubaan ini menjadi... kalau tak dulu tengok jer la teman teman yang dah mencubanya apatlah lagi ada yang menjadikan kek ini sumber pendapatan sampingan....

Terima kasih buat empunya resepi..kak munira Baharom..kalau nak tengok cara cara satu persatu boleh lawat Fb beliau... dan terima kasih buat adik angkat ku Ruby yang meniupkan semangat untuk mencuba membuat kek ini...

Tunggu percubaan ke tiga pula...mesti lebih cantik.... 



KEK KARAMEL ( loyang 8 @ 9 inci )
RESEPI MUNIRA BAHAROM (Rakan FB)


bahan bahan

GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
Jadikan gulakan gula hangus.Ratekan pade keseluruhan loyang supaye kek tak melekat pade loyang

Bahagian atas ( karamel )
1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gm gula castor (kita kurangkan kepada 45 gm)
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
kacau sebati..kacau dngn perlahan


Lapisan kek (A)
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor ( kita kurangkan kepada 45 gm)
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak

1. Putarl telur kuning,air dan minyak dan gula hingge kembang
2. Masukkan tepung yng dicampur baking powder.
3. Biarkan sebentar

Meringue (B)
6 telur putih
70 gm gula castor (kita kurangkan kepada 45 gm)
1 sudu teh krim tar2
pukul hingge kembang dan tak menitis..

campurkan A dan B..KACAU DNGN TANGAN..kaedah kaup balik

1. Masukkan karamel dalam loyang
2. Masukkan adunan kek yng telah diwarnekan.
3. Panaskan oven selame 10 minit .
4. 40 minit pertame gune api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pade suhu 180 darjah
5. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunekan air panas.

June 6, 2012

APPLE SOFT POUND CAKE



 Assalamualaikum... 

Sebelum kita dok pot pet pasal kek yang diatas tu ,  saya  nak ajak teman teman mengembara bersama saya ke Kuala Kangsar , pertama kali saya sampai ke Kuala Kangsar bersama Itik Gembo Gembo saya.....KLIK DISINI



Ok...kita sambung balik citer pasal kek ..hehhehe Beberapa hari yang lepas kita nampak resepi dari Amcoo Journal yang buat Apple Soft Pound Cake...tapi terus hilang minat nak buat sebab dalam bahasa Omputih... (sebab kita bukan nya sekolah tinggi) tapi bila tiba tiba kita  rumah KakCt dan translate ke dalam Bahasa Malaysia...terus bersemangat nak buat...tapi bila kita cuba link dan copy dari rumah KakCT tak boleh..huh huh  (maaflah kakCT..saya cuba link tapi x boleh ..tak tau kenapa) harap harap KakCt tak marah...


Kek ni memang lembut macam kata KakCT.. dah oleh kerana saya dadu kecil kecil epal tu..langsung tak der rasa epal..(saya guna 2 biji epal sahaja) mungkin terlalu sedikit.. lain kali kita letak banyak banyak...hehhehe....

Memang sedap sangat kek ni..rasa macam kek zaman dolu dolu (kata my staff- selalu jumpa time raya) .. so boleh lah saya ulang lagi... 

Terima kasih buat empunya resepi....  


Apple Soft Pound Cake
Resepi : Anncoo Journal


Ingredients:
     220g Butter (room temperature)
     170g Sugar
     3 Large eggs (about 210g) - separated
     1 tsp Vanilla extract
     180g Plain flour
     30g Corn flour
     5g Baking powder
     250g Green apple, peeled and cubed and mix with 1 1/2 tbsp lemon juice
     Lemon zest from 1 large lemon

 Method:

  • Spray Non-stick spray evenly in bundt pan or line two loaf pans and set aside.
  • Cream butter and sugar till fluffy and pale then add vanilla extract, mix well.
  • Add egg yolks into the batter one at a time and mix well before adding in another then slowly add in egg whites and mix well, stop machine.
  • Sift plain flour, corn flour and baking powder together and fold into butter mixture with a rubber spatula.
  • Lastly pour in lemon zest and apple cubes, mix well.
  • Pour the batter into the prepared pan and place in the preheated oven at 180C and bake for 35-40 mins or skewer comes out clean. 
  • Leave pound cake to cool in pan for 30 mins and remove cake then place on to rack to cool completely.
  • Chill the cake before cut.











    May 28, 2012

    APPLE BUNDT CAKE


     
     Assalamualaikum....


    Hari Isnin yang tentu membuat kan kita sibuk melayan kerenah anak anak yang telah bercuti sekolah. Tapi ini lah masanya kita boleh menghabiskan lebih banyak masa buat anak anak...

    Semalam kita bawa anak2 mandi kolam.. layan jiwa mereka jap..hehehhe... ternampak la si Yatie buat Kek Apple... memang sehari dua ni kita mencari resepi yang menggunakan epal hijau sebab dah terlalu lama epal dok tergolek dalam peti ais. Sebelum ke CikTong..lebih baik di usahakan ...

    Tapi malangnya kek kita melekat kat acuan..tak leh nak keluar cantik tapi apapun kek ni sedap cuma kita rasa kurang moist sikit..(kering) .. kalau makan mesti ada air kat sebelah.. 


    Apa pun terima kasih buat empunya resepi.... Lain kali saya buat lagi.....

    APPLE BUNDT CAKE
    SUMBER : YATIE MEMORIES
    DAN Allrecipes.com.

    Ingredients
    • 2 cups apples - peeled, cored and diced
    • 1 tablespoon white sugar
    • 1 teaspoon ground cinnamon

    • 3 cups all-purpose flour
    • 3 teaspoons baking powder
    • 1/2 teaspoon salt
    • 2 cups white sugar (Yatie guna 1 cwn gula halus dan 1/2 cwn brown sugar)
    • 1 cup vegetable oil- boleh juga guna butter cair
    • 1/4 cup orange juice
    • 2 1/2 teaspoons vanilla extract
    • 4 eggs
    • 1 cup chopped walnuts-Yatie tak letak

    • 1/4 cup confectioners' sugar for dusting
    Directions
    1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
    2. Grease and flour a 10 inch Bundt or tube pan.
    3. In a medium bowl, combine the diced apples, 1 tablespoon white sugar and 1 teaspoon cinnamon; set aside.
    4. Sift together the flour, baking powder and salt; set aside.
    5. In a large bowl, combine 2 cups white sugar, oil, orange juice, vanilla and eggs.
    6. Beat at high speed until smooth. Stir in flour mixture.
    7. Fold in chopped walnuts. Pour 1/3 of the batter into prepared pan. Sprinkle with 1/2 of the apple mixture.
    8. Alternate layers of batter and filling, ending with batter.
    9. Bake in preheated oven for 55 to 60 minutes, or until the top springs back when lightly touched.
    10. Let cool in pan for 10 minutes, then turn out onto a wire rack and cool completely. Sprinkle with confectioners' sugar.

    May 25, 2012

    BUTTER CAKE PERISA KELADI




    Salam Hari Jumaat...

    Butter cake lagi hari ini tetapi kita ubah sikit warna dan perasa dari butter cake biasa ke perisa keladi. Saja saja buat kek .. mana tau ada tetamu yang datang senang di jamu..apa lagi esok adalah hujung minggu. Emak dan adik selalu juga datang menziarahi saya sekeluarga disini...

    Jom layan butter cake saya....  




    BUTTER CAKE  PERISA KELADI
    Sumber : Chef Norbaini

    Bahan2


    250 gm butter
    180 gm caster sugar
    200 gm tepung gandum
    5 biji telur
    1 tsp baking powder
    1 tsp esen keladi dan pewarna ungu


    Cara2 nya


    Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan terus pukul hingga kembang.


    Kemudian masukkan tepung yang telah  diayak bersama baking powder dan esen orange. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 45 min- 1 jam.

    May 16, 2012

    ORANGE BUTTER CAKE

      
    Assalamualaikum....


    Petang ni saya baru balik dari klinik ambil keputusan darah yang saya buat minggu lepas... keputusannya semuanya ok tetapi kadar kolestrol dalam darah tinggi sikit.. dan doktor menasihatkan saya agar mengambil ubat dan kurangkan makan makanan berminyak..hu huh...lepas ni kena diet la sikit..makan yang stim2 saja la jawabnya...apa pun kesihatan perlu di utamakan...

    Balik dari klinik terus teringin untuk membuat kek. Sekali sekala kalau buat kek butter ni memang sedap.  Dulu dulu kalau time hari raya... kek ni la paling fofular di buat oleh ibu saya. Dan kini membuatnya lebih mudah semudah ABC... (hehhehe).

    Saya sukakan bau oren dan rasanya amat sedap.... Apa kata kawan2 mencubanya...
      
    ORANGE BUTTER CAKE 
    Sumber : Chef Norbaini

    Bahan2


    250 gm butter
    180 gm caster sugar
    200 gm tepung gandum
    5 biji telur
    1 tsp baking powder
    1 tsp esen orange


    Cara2 nya


    Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan terus pukul hingga kembang.


    Kemudian masukkan tepung yang telah  diayak bersama baking powder dan esen orange. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 45 min- 1 jam.

    May 6, 2012

    KEK LABU

     Selamat berhari minggu....


    Hari ini saya membawa anak anak ke berkelah ke Teluk Kemang , Port Dickson. Cuaca yang redup amat selesa untuk saya duduk bersantai dan anak anak mandi . Pantai pun agak ramai orang tetapi tidak lah padat kerana bukan masa cuti sekolah. 

    Pulang ke KL jam 4 petang.. tengok tengok CMG dok tayang kek Betik @ Papaya.. oleh sebab mood rajin ada..terus saya godek godek dapur tetapi betik tu saya ganti dengan baki labu yang sedia ada.  Kek ini amat lembut dan sedap kerana ada rasa kismis..  tapi rasa labu tu kurang .. macam kek butter cuma kek ni lebih lembab dan sedap... resepi ni dah tentu saya akan gunakan untuk buat kek kek yang lain kerana saya sangat suka.

    Buat empunya resepi terima kasih dan minta izin saya paparkan disini.
     
     KEK LABU
    (Adaptasi dari Kek Betik)
    Sumber : CMG

    BAHAN-BAHANNYA :-)

    80 gram mentega
    1 biji telur gred A, pukul sedikit
    170 gram betik yang masak ranum* ( saya ganti dengan labu lecek)
    3 camca besar susu segar*(*dikisar halus) ( saya ganti dengan susu cair)
    150 gram gula perang @ soft brown sugar ( saya kurangkan sedikit)
    180 gram tepung gandum            )
    1 1/4 camca teh baking powder  ) di satu dan diayak
    1/4 camca teh garam halus          )
    2 camca teh jus lemon ( saya tidak letak)
    1 camca teh esen vanilla
    1/3 cawan kismis
    Badam cincang, untuk hiasan


    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi atau boleh guna tin 4 segi berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
    2. Putar mentega dan gula perang hingga gula hancur, masukkan telur dan terus memutar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak berselang-seli dengan betik kisar tadi, gaul hingga rata.
    3. Masukkan kismis, esen vanilla dan jus lemon, kacau hingga rata. Tuang dalam tin yang telah disiapkan, tabur dengan badam cincang rata2 dan bakar selama 45 minit - 50 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan diatas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...
    4.  

    April 24, 2012

    KEK KUKUS PELANGI

    Assalamualaikum....

     

    Dalam dok pening pening lalat ni..mata tak mau tido.. asyik banyak memikir. Akhir sekali kita pun ke dapur dok belek belek buku masakan lama... terpanggil untuk buat kek kukus plak.

    Rasa kek ini sedap macam rasa apam kukus... tapi kita tambah perasa strawberry agar lebih wangi dan sedap...tak rugi mencuba...

    Kita layan gambar ye teman teman..(sebenonya kita tak reti nak menulis apa lagi) hehehe.... 


     
    KEK KUKUS PELANGI

    Rujukan : Buku Steamed Cake
    Dari rumah : Nazrah Bakery

    Bahan2

    250 gm mentega
    5 biji telur gred B
    250gm tepung superfine
    225 gm gula caster (kita kurangkan kepada 180 gm)
    100 gm susu pekat manis
    1/2 sudu besar serbuk penaik
    1/2 sudu besar esen vanilla

    Hiasan : Pewarna dan perisa

    Cara2

    1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat
    2. Ayak tepung dengan serbuk penaik dan ayakkan ke dalam adunan telur dan kaub balik adunan.
    3. DI bekas yang lain pukul mentega dan susu sehingga gebu.
    4. Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur tadi dan sebatikan adunan.
    5. Bahagikan adunan dan warnakan.
    6. Acuan 8" bulat
    7. Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis dan tutup acuan dengan aluminium foil 
    8. Kukus selama 1 jam 30 minit.

    April 22, 2012

    KEK LABU

    Assalamualaikum....


    Lama rasanya tak membuat kek. Ingat beli labu nak wat bingka labu..tapi boring gak..asyik bingka jer kan... skodeng rumah Izah ternampak Kek Labu .. hmmm...harum semerbak satu rumah dengan bau serbuk kayu manis. Saya buat satu adunan kerana berhajat untuk dibawa ke pejabat..biasalah..bagi anak buah makan.


     Tapi maaflah..rupa kek kita ni macam gunung berapi..tak tau kenapa.. warnanya pun agak gelap.. terlebih sudah kita bakar kot..tapi apa pun memang marvelous dengan campuran serbuk kayu manis.

    Kek ni tak menggunakan mentega/marjerin. Amat mudah dan ringkat membuatnya. Terima kasih buat empunya resepi.  


    PUMPKIN CAKE
    source: allrecipes
    terjemahan oleh: izahdaut
    (saya buat separuh dari resepi)

    Bahan

    1 1/2 cawan minyak sayur
    2 cwn gula putih
    4 biji telur
    3 cwn tepung serbaguna
    2 tsp baking soda
    2 tsp baking powder
    3 tsp serbuk kayu manis *saya letak secubit je
    1 tsp garam
    2 cwn labu lecek /puree
    1/2 cwn kacang walnut cincang *saya tak letak

    Directions

    1. Panaskan oven 190 C.
    2. Ayakkan tepung bersama baking soda, powder, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan.
    3. Dalam mangkuk yang besar, satukan gula dan minyak. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
    4. Masukkan tepung dan pukul sehingga licin dan gebu.
    5. Masukkan kacang dan labu lecek. Kacau lagi hingga sebati dan gebu.
    6. Bakor kek selama 1 jam atau sehingga masak.
    7. Sejukkan di atas rack dan taburkan gula aising sebelum dihidang.

    December 18, 2011

    KEK PISANG LEMBAB

    Assalamualaikum ...petang hari Ahad....


    Rasanya dah agak lama saya tak buat kek pisang... sekali sekala layan kek pisang harum satu rumah...



    Kek ni memang gebu giler...sedap dan amat sedap...hehhehe...kalau tak kawal boleh habis satu buku kek tu saya makan....







    Untuk teman teman saya salin semula resepi ini dan minta izin CMG ya....

    KEK PISANG LEMBAB
    Sumber : CMG

    BAHAN

    250gm tepung gandum  )
    1 s/t soda bikarbonat    ) diayak bersama 
    1/2 s/t garam halus       )
    5 Biji telur gred A
    15 g ovalette
    150g gula halus
    125 g mentega , dicair dan dibiarkan sejuk
    100g minyak jagung
    225 g pisang emas + 1 s/t even vanilla , dilecek halus

    CARA MEMBUAT NYA :

    * Panaskan oven pada suhu 175C. Lenserkan tin dengan mentega dan ditaburkan sedikit tepung.
    * Putar gula dan ovelette hingga sebati, masukkan telur dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan bahulu)
    * Masukkan pisang dan gaul rata. Masukkan tepung berselang seli dengan mentega dan minyak jagung.
    * Tuang dalam tin dan bakar kira2 50-60 min (mengikut kesesuaian oven). 

    October 4, 2011

    KEK KUKUS PINKY STRAWBERRY

     Assalamualaikum... jumpa lagi di hari Selasa..


    Seperti biasa ..hari bekerja.. pagi2 dah ada di pejabat..tengahari ambil anak di sekolah..






    Petang tadi .. kita ke Jalan Pahang.. gi tempah seluar untuk ride.. bila sampai rumah kita terus ke dapur... dok godek godek ... kita nampak kek ni dalam buku Kek Kukus (ZUbaida Che Pa).. nama pun nampak menarik macam motor kita.... Pinky Pinky .. nak tengok KLIK SINI  ya....


    Bahan bahan amat mudah dah kek ini amat lembut dan enak... anak2 kita yang tak makan kek pun boleh menghadap kek ni... tak rugi mencuba....



    KEK KUKUS PINKY STRAWBERRY
    Sumber : Buku Kek Kukus
    Dari : NAZRAH BAKERY


    Bahan A
    175 gm mentega
    140 gm gula caster
    1/2 sudu makan ovelet
    3 biji telur B

    Bahan B
    140 gm tepung superfine
    20gm tepung jagung
    20 gm tepung beras
    1 st serbuk penaik


    Bahan C
    100 gm susu cair


    CARA2

    1. Pukul Bahan A sehingga gebu dan pekat.
    2. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam adunan telur dan kacau sebati.
    3. Masukkan susu cair dan kaub balik adunan.
    4. Bahagian kepada 3 bahagian dan warnakan dengan pink terang, pink lembut dan satu bahagian di biarkan kosong (yang ini kita bahagikan dua warna sahaja)
    5.Acan bulat 8"
    6. Tuangkan adunan kosong dan kukus selama 20 minit.
    7. Setelah masak tuangkan lagi adunan pink lembut dan kukus lagi selama 20 minit.
    8. Tuang lagi adunan terakhir warna pink terang dan kukus lagi selama 20 minit.


    @@@ kita kukus bahagian kuning selama 20 minit dan kemudian bahagian pink selama 40 minit.



    October 3, 2011

    KEK KUKUS PELANGI

    Assalamualaikum....




    Dah beberapa hari kita gantung periuk belanga..sebab nya bz merempit... kelmarin kita pegi Penang..jalan jalan... kalau nak tengok aksi kita di PENANG  boleh klik di SINI


    Hari ini mula balik aktiviti petang kita... hujan hujan gini..sedap gak makan ala ala kek a.ka. apam... 






    Sedap dan ringan je kek ini... dan yang penting amat mudah membuatnya...


    Resepi kita dapat dapat buku Steamed Cake..


    KEK KUKUS PELANGI

    Rujukan : Buku Steamed Cake
    Dari rumah : Nazrah Bakery

    Bahan2

    250 gm mentega
    5 biji telur gred B
    250gm tepung superfine
    225 gm gula caster (kita kurangkan kepada 180 gm)
    100 gm susu pekat manis
    1/2 sudu besar serbuk penaik
    1/2 sudu besar esen vanilla

    Hiasan : Pewarna

    Cara2

    1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat
    2. Ayak tepung dengan serbuk penaik dan ayakkan ke dalam adunan telur dan kaub balik adunan.
    3. DI bekas yang lain pukul mentega dan susu sehingga gebu.
    4. Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur tadi dan sebatikan adunan.
    5. Bahagikan adunan dan warnakan.
    6. Acuan 8" bulat
    7. Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis dan tutup acuan dengan aluminium foil 
    8. Kukus selama 1 jam 30 minit.


    September 28, 2011

    KEK KUKUS PISANG COKLAT RICE



    Assalamualaikum....

    Semalam adalah hari ulang tahun kita... tapi kita tak buat kek sebab kita buat pulut kuning dan rendang ayam... tapi maaf lah tak sempat nak ambil gambar...  bawa ke pejabat untuk makan makan dengan kakitangan.

    Hari ni kita merajinkan diri buat kek kukus pisang .. dah agak lama kita tak buat kek berasaskan pisang. Dari buku Kek Kukus ( Zubaida Chepa) .... sedap untuk buat sarapan atau minum petang...







    Kita tengok resepinya....

    KEK KUKUS PISANG COKLAT RICE
    Sumber : Buku Kek Kukus

    Bahan2
    250 mentega
    180 gm gula castor ( yang ni kita kurangkan kepada 150 gm)
    1 sudu besar ovalet  
    1 tsp esen vanila
    4 biji telur size B
    275 gm tepung superfine ( saya guna tepung gandum)
    1 tsp serbuk penaik
    1 tsp soda bikarbonat
    250 gm pisang berangan
    100 gm coklat rice

    CARA
    1. Pukul mentega, gula dan ovalet hingga kembang.
    2. Masukkan telur satu persatu
    3. Kemudian masukkan pisang dan kisar lagi.
    4. Masukkan pula tepung yang telah di ayak dengan soda dan baking powder.
    5.  Akhir sekali masukkan chocolate rice.
    6. Tuangkan adunan ke dalam acuan . Kukus selama 1 jam.


    September 24, 2011

    SUMPAHAN KAK ITA BERPINDAH RUMAH

    Salam....

    Tu dia..kan dah kena... sumpahan Kak Azlita..

    Sebenarnya kita dari dulu tak teringin pun nak buat kek Karemal ini..biasanya tengok jer teman teman fb dan blog buat .. rasa pun tak pernah lagi. Bila tengok caranya punya lah panjang ..kita kiv la dulu..

    Tapi baru baru ini bila kita bertandang ke rumah Anna Qawina.. beliau menghidangkan tetamu ngan kek keremal tu..jadi itu lah baru first time rasa.. hmmm...ok gak rasanya..

    Dan baru baru ini bila Kak Azlita tayang kek dia yang dah terkeluar dari sumpahan tu..lagi la menarik jiwa dan raga kita





    ini lah rupa kek kita..karemal dia cair lagi..... tapi orang kata... budak baru belajar mesti lah ada yang silap..jadi kita anggap ianya sebagai trial and error...rupanya kata Anna..kena guna api bawah dulu selama 1 jam baru api atas bawah... yang kita terus api atas bawah.. sebab oven kita kalau api bawah jer ..terus ngan kipas..boleh ker... Harap kalau ada sifu2 yang sudi bagi komen dan tunjuk ajar...kita amat amat hargai..



    Walau pun rupa kek ku itu hodoh...bila bawak ke opis..abis dikerjakan...alhamdulillah...

    Resepi : boleh rujuk di rumah Kak Ita di SINI. terima kasih. 







    Jadi kita tunggu kek kita ni di lain kali....

    KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...