Salam Ramadhan ke 12 ....
Cuaca dari tengahari hingga petang hujan di Kuala Lumpur. Nak kemana mana pun tak boleh...
Tinjau tinjau rumah Kak Yah dua tiga hari lepas terpandang Kek Marble yang sungguh cantik.. saya pun dah lama tak membuat kek ...Kek ni makan time panas2 dan hujan memang sungguh sedap dan rasa yang klasik..sebab dulu dulu mak kita memang buat main sukat pakai cawan jer...
Terima kasih buat empunya resepi...
KEK MARBLE
Sumber : Dapur Kak Yah
Bahannya
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar susu tepung.
1 cawan gula kastor
1 cawan margerin
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
Pewarna merah dan hijau
Caranya
Ayak tepung gandum dan tepung jagung bersama baking powder
Pukul gula dengan margerin hingga kembang.
Masukkan telur dan dipukul lagi biar kembang
Masukkan esen vanila,
Masukkan tepung . Putar dengan kelajuan sederhana..
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, Tambahan sedikit pewarna mengikut kesukaan dan satu bahagian biarkan kosong. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas kek secara berselang seli sehingga habis.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar dengan suhu 180C selama 45 minit.
Seperti biasa bakar guna api bawah dahulu dan bila berbaki 30 minit barulah dibakar guna api atas dan bawah.
teringat pulak kek zaman dulu2...
ReplyDeletesdp ni.
asyik kek moden ja...
teringat zaman kecik2 dulu, selalu tolong arwah ma buat kek ni...
ReplyDelete