Showing posts with label Minum Petang. Show all posts
Showing posts with label Minum Petang. Show all posts

November 10, 2014

KUIH CEK MEK MOLEK




Assalamualaikum...

Saya suka makan Kuih Cek Mek Molek..tapi yang beli selalunya banyak tepung dari Keledeknya.

Buat sendiri lagi puas hati walaupun luarannya tak cantik..hehehhe... 

dan tentunya saya kurangkan gula sebab memang tak makan manis....

Terima kasih Azie resepi ...akak copy ya...

Kuih Cek Mek Molek
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
Ubi keledek oren
Tepung gandum
Sedikit gula


Cara cara:

Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.

Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.  

Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 

Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 

Angkat bila kekuningan. Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas.



April 7, 2013

SAMBAL IKAN BILIS CILI API DAN LEMPENG TEPUNG





Tiba tiba teringin nak makan sambal lempeng dan dicicah dengan sambal ikan bilis cili api yang pedas... teringat mak dulu selalu buat sarapan pagi...

Tambah tambah lagi kalau makan waktu hujan..pergh.... memang terliur sudah...

Apapun resepi kali ini saya main agak2 sedap mulut merasa .hehhehehe... orang kampung la katakan... jadi saya malu nak letak resepi takut ada orang lain yang 'master' dari saya masak lagi sedap...

Kita layan gambar je la yer.... 





Ini pun nak betulkan balik skill ambil gambar..dah lama tinggal lupa plak setting kamera... ye la..ari tu kamera rosak.. jadi ni lah je hasil kemalasan saya... harap harap dapat meniup kembali semangat ku yang hilang





May 7, 2012

CUCUR JEJARI KETAM

Assalamualaikum....


 Bila K.Nor dok tayang cucur jejari ketam..terasa teringin nak makan sebab dah lama tak buat jemput jemput (orang jawa kata) atau cucur. Sekarang ni macam macam jenis cucur boleh di pelbagaikan.. Memang ada berbaki jejari ketam yang tak habis habis dalam peti sejuk.

Kebetulan teman kita nak datang..semalam kita buat kek labu dia tak jadi datang..hari ini terpaksa plak kita wat cucur untuk minum petang. Yang kek semalam tu dah habis di bawa ke pejabat. Memang sedap cucur jejari ketam ni.. ikut resepi ni memang lembut dan wangi.. 

Terima kasih wat K.Nor, Quinnie dan Izah yang berkongsi resepi..saya minta izin untuk salin disini... layanzzz.z...


CUCUR JEJARI KETAM
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
dr resipi : Quinnie & Izah

Bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
10 batang jejari ketam ~ dihiris nipis
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
1 biji cili merah ~ dipotong dadu
daun saderi ~ dihiris
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
minyak untuk menggoreng

Cara:
Campurkan kesemua bahan2 kecuali minyak dalam sebuah mangkuk dan gaul sebati.
Biarkan seketika (lebih kurang 10 - 15 min).
Panaskan minyak dan gorenglah cucur tadi sehingga masak.
Hidangkan bersama sos cili kegemaran.



April 6, 2012

BINGKA KENTANG

 
Assalam..

Semalam dan kelmarin nampak Izah dan Yatie dok tayang bingka Kentang..terpanggil la kita nak cuba gak...

Macam biasa .. resepi dari mereka mereka yang otai ini memang berbaloi dan sedap..dan yang penting mesti jadi punya...hehehehhe..tanpa ragu ragu...

Terima kasih... (makin gemuz la kita..sebab yang makan kita gak..hahaha)


BINGKA KENTANG

Bahan-bahan.(loyang 8x8inci)-Yatie guna acuan pecah 8 dapat 4 keping kuih.
  • 1 cwn kentang rebus(dlm 2 biji yg sedang)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn santan (nak kisar dngn daun pandan pun boleh)
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn gula
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi
  • 4 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna hijau dan sedikit pes pandan

  • sedikit bijan
  • 2 sb minyak utk sapu pd loyang -guna butter pun boleh
Cara-cara.
  1. Kentang di rebus hingga empuk, toskan dan dilecek.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Sementara itu panaskan oven 180c.Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  5. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi guna api atas je utk garingkan bahagian atas.
  6. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong. 


    December 22, 2011

    BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

    Assalamualaikum....



    Hari ini kita demam..demam makan durian kot...banyak sangat...tapi kita gagah gak buat bubur kacang hijau durian....kegemaran abang kita...

    Musim durian sekarang ni...tu yang sedang dapat durian...

    Resepi ...malu nak letak..sebab kita pun main agak agak jer....

    JOm layan gambar bubur durian ya.... 







    October 8, 2011

    KUIH KUKUS BAWANG GORENG


    Assalamualaikum...


    Dua tiga hari lepas kuih kukus bawang goreng Izah the very popular di blog teman teman... Kita tengok ada dua tiga orang teman teman blog dah mencuba resepi ini.. Hari ini kita pulak nak mencuba...

    Masa mengukus nya pun dah terbau wangi bawang goreng...belum rasa lagi.... bila ngap masuk mulut jer....hmmmm.... tiada yang tak sedap..semuanya sedap belaka....hehehehhe.. macam talam berlauk plak rasanya....



    Terima kasih ye wat mek Izah yang sudi berkongsi resepi..


    KUIH KUKUS BAWANG GORENG

    3/4 cawan + 2 sb tepung gandum 
    1/4 cawan tepung ubi kayu
    1/2 cawan gula halus
    1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
    1 cawan santan pekat
    sedikit pewarna hijau apple * jika suka
    1/2 genggam bawang goreng

    caranya:

    Panaskan kukusan. 
    Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
    Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
    Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
    Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
    Kukus sehingga masak (30-40 minit).
    Tunggu sejuk kemudian hidang.


     *kuih ni dapat kecik comel je.  Kena gunakan loyang palingg kecil.
    *disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
    *bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu. Dalam gambar tu, saya letak terbanyak bawang goreng nyer. sedikit menjejaskan rasa. 



    June 14, 2011

    PUDING SAGU DENGAN PATI SANTAN


    Assalamualaikum....

    Untuk minum petang hari ini, kita buat Puding Sagu dengan Pati Santan. Jumpa resepi Kak Nor dalam MyR.



    Memang sedap dan mudah..boleh habis 2 mangkuk kalau makan sejuk sejuk.

    Minta izin Kak Nor untuk salin kembali resepinya...


    PUDING SAGU DENGAN PATI SANTAN

    Sumber : Kak Nor Secubit Garam @ myR

    Bahan-bahan ( 6 bekas )

    • 1/2 cawan sagu
    • 1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung
    • 3 cawan air
    • 1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste
    • 2/3 cawan gula (lebih kurang 9 sudu besar)
    • Bahan2 utk pati santan:
    • 1 cawan santan pekat
    • 1 cawan air
    • 1/2 cawan tepung beras
    • 1 sudu besar gula
    • 1/2 sudu teh garam

    Cara-cara

    1. Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
    2. Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan/pandan paste ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana.
    3. Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih.
    4. Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.
    5. Cara2 utk membuat pati santan:
    6. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat.
    7. Sudukan ke atas Puding Sagu. Sejukkan dulu baru la dihidangkan..

    June 13, 2011

    PENKEK (WAFFLE)


    Assalamualaikum....

    Petang semalam ... balik dari merempit...(KL - Ulu Yam - Awana - Karak dan balik semula ke KL), lapar ler sesangat tapi kita nak makan yang ringan ringan jer... tak lalu nak makan nasi.
    Apa yang ringan...penkek la...makan gitu jer pun dah sedap. Akak makan ngan buah kiwi dan sedikit (sedikit jer tau) cheese....

    Resepi ..

    Bahan2

    4 biji telur ayam 
    80 gm gula aising, diayak
    120gm tepung supefine, diayak
    120gm mentega, dicairkan
    2sudu besar esen vanilla
    4 gm garam

    Secukupnya madu dan mentega.


    Cara caranya

    1. Campurkan telur, gula dan garam dalam mangkuk dan pukul dengan pemukul telur hingga kembang.
    2. Masukkan tepung dan esen vanilla. PUkul hingga sebati.
    3. Tuang mentega yang sudah dicairkan ke dalam adunan dan gaul dengan spatula. Kacau hingga sebati.
    4. Cedok adunan ke dalam acuan wafle, masak selama 3-5 minit.
    5. Waffle enak di hidangkan panas panas dengan mentega bergaram dan madu.


    May 20, 2011

    BINGKA LABU



    Kita ada rasa kemusykilan semenjak dua menjak di dengan Labu. Minggu lalu cuba buat keria labu..hancus langsung tak jadi sebab lembek sesangat..dalam resepi kata 2 cawan ... kita letak nak habis satu beg pun tak boleh nak bentuk..last last masuk Mr M..ler...

    Semalam kita buat plak Bingka Labu..bukannya baru sekali kita buat ni..dah berulang kali pun DISINI ...entah apa silapnya plak..lembek la pulak..kena makan ngan sudu lagi ...walaupun rasanya tak berubah tetap sedap..tapi kita jadi hairan dengan "Labu " ni..macam tak mesra jer ngan kita dah...


    Puas kita tengok resepi balik..salah mata memandang ker..tak ler pulak..agaknya dah disumpah oleh Cik Labu kita ler gamaknya.... Tu ..kat dapur ada lagi labu 3 biji..nak buat aper lagi..naik takut la pulak..Kalau la si Mas tu ada kat sebelah rumah..boleh le dia wat macam2....lebih lebih lagi roti...huh huh...Tolong la bagi idea ...


    Bahan bahan
    5 biji telor
    500 ml santan (atau 200ml santan kotak + 300ml air)
    200g tepung gandum, 
    180gm gula halus (atau nak manis tambah sendiri ler) 
    1/2 c/t garam, 
    1 c/t esen vanilla, 
    450g labu manis, Kukus dan lecek hingga lumat.

    cara2 

    Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin dengan mentega dan lapik ngan aluminium foil (kanan kiri biar lebih supaya senang angkat) atas aluminium foil pun sapu Mentega.
    Semua bahan2 diatas kecuali labu di kacau dengan whisk hingga bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu,kacau hingga rata.
    Tuang dalam tin dan bakar selama 40-45 minit (sehingga ada kerak sikit diatasnya).


    May 6, 2011

    PENKEK UBI


    "Penkek tidak pernah dilupakan orang kerana itu membuatnya sekerap mungkin pun, tetap akan dimakan. Apa yang penting variasinya jangan biasa saja. Penkek ubi ini contohnya penkek yang tidak membosankan"



    Wah.....nampak tak ..nampak tak...kerana itu hari ini akak buatlah penkek ubi bagi menggantikan penkek biasa yg kita buat. Memang tak dinafikan..tidak membosankan apabila di makan dengan mentega atau jem lebih lebih lagi ngan peanut butter..memang best.

    Kita turunkan resepi untuk teman teman

    SUMBER : MAJALAH SEDAP

    Bahan

    2 biji telur
    1/4 sudu teh garam
    30 gm gula pasir
    1 sudu makan madu
    150 gm tepung gandum
    1/2 sb serbuk penaik
    100 gm ubi, di kukus dan di lecek
    125 ml susu cair
    1 sudu makan gula aising untuk taburan

    Cara membuatnya :

    1. Kisar ubi dan susu cair sehingga lembut. Ketepikan.
    2. Pukul telur, garam, gula pasir dan madu sehingga gula larut dan pekat. (saya guna wisk jer). Masukkan campuran ubi dan susu tadi. kacau rata.
    3. Tuangkan 1 senduk ke kuali anti lekat tanpa disapukan mentega yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Terbalikkan dan biar sehingga masak.
    4. Hidangkan penkek dengan taburan gula aising.





    April 10, 2011

    WAFEL VANILA


    Jom makan wafel hari ini...sekali sekali buat wafel sendiri pun ada baiknya...apatah lagi semalam dok mengemas dapur nampak wafel maker akak belum di buka dan digunakan sejak berkurun lamanya..dah tak ingat ..beli ke free benda tu...

     

    Resepi dari buku Rahsia Pastri....akak salinkan resepi untuk teman teman.


    Bahan2

    4 biji telur ayam 
    80 gm gula aising, diayak
    120gm tepung supefine, diayak
    120gm mentega, dicairkan
    2sudu besar esen vanilla
    4 gm garam

    Secukupnya madu dan mentega.


    Cara caranya

    1. Campurkan telur, gula dan garam dalam mangkuk dan pukul dengan pemukul telur hingga kembang.
    2. Masukkan tepung dan esen vanilla. PUkul hingga sebati.
    3. Tuang mentega yang sudah dicairkan ke dalam adunan dan gaul dengan spatula. Kacau hingga sebati.
    4. Cedok adunan ke dalam acuan wafle, masak selama 3-5 minit.
    5. Waffle enak di hidangkan panas panas dengan mentega bergaram dan madu.


    April 4, 2011

    PENKEK DAN BUBUR DURIAN


     
    Assalamualaikum dan salam sejahtera wat semua. Sekarang ni kan musim buah durian , kat mana mana nampak ada jer gerai jual buah durian. Kat rumah ni semua anak anak dan bapak bapaknya sukakan buah durian. 

    Hari ini akak buat penkek ( dalam bahasa jawa lempeng..wakakkaka) dan akak buat bubur durian untuk partnernya....
     


     Jalan jalan nampak resepi kat rumah Kak Ina KL..jadi kita minta izin C&P resepi nya disini untuk teman teman lain...

    Sumber : Blog Terunai Hasrat Di Hati (Kak Ina)

    Bahan-bahan untuk bubur durian
    • 1 biji durian-kopek dan ambil isi-kalau nak banyak bolehlah tambah.
    • 700ml santan pekat
    • 300ml air
    • 1 biji gula melaka-masak dengan sedikit air sampai gula cair...pastu tapis bila dah sejuk (Akak guna gula putih saja)
    • gula castor-bergantung kepada tahap kemanisan yang diingini.
    • 4 helai daun pandan-disiat-siat
    • secubit garam
    Cara-cara 1. Masukkan durian ke dalam periuk bersama-sama santan dan air. 2. Masukkan juga secubit garam dan daun pandan. 3. Kacau dengan menggunakan api perlahan sehingga santan mendidih. 4. Bila mendidih masukkan pula gula castor dan gula melaka. 5. Biarkan mendidih dalam masa 10 minit dan bolehlah di padam api.




    Bahan-bahan ( 4 orang ) - Penkek
    • 2 cawan tepung gandum
    • 2 cawan air
    • 5 sb susu tepung
    • 1 biji telur
    • beberapa titik pewarna kuning
    • 1 st garam

    Cara-cara

    1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
    2. Perap dalam 1/2 jam.
    3. Sediakan kuali dan acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
    4. Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit.
    5. Angkat dan lipat.
    6. Boleh di makan bersama-sama kuah durian.

    April 1, 2011

    CEKODOK PISANG


    Assalamualaikum semua. Pernah wat cekodok pisang tak? kuih yang paling simple dan sentiasa ada di mana saja...makcik yg jual goreng pisang bawah pokok pun selalu jual...

    Masa jalan jalan kat rumah si Diana, akak nampak dia buat cekodok ni untuk pertama kalinya ...hasilnya cantik jer bulat bulat gebu macam tuannya gak..heheheheh...


    Masih ada baki pisang dari buat apam kelmarin, akak pun buat untuk muinum petang. Alih alih bila akak buat ..tak lah cantik bulat bulat cam Mat Gebu dan Diana, tapi boleh lah untuk dibuat makan makan petang..hehehehe...

    Kalau nak wat bagi makan kawan kawan..tak mau eh..malu...akak...

    Jadi kita layan gambar dan resepi dari rumah CMG dan Diana... 



    Dari rumah : DIANA
    Sumber : CMG
    BAHAN-BAHANNYA :-)
    8 biji pisang emas
    3/4 camca teh soda bicarbonat
    1 camca besar gula peerang @ 1/3 camca besar gula halus
    1 cawan tepung gandum (haha sori tertinggal..tadi)
    1/4 camca teh garam halus
    Minyak untuk menggoreng

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
    2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
    3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh..

    March 22, 2011

    PISANG TANDUK GORENG


    Assalamualaikum buat kaum kaum ibu di luar sana...harap harap semua nya akan sihat dan aktiviti berjalan seperti biasa setelah anak anak mula bersekolah.  Petang tadi bila memikirkan anak akan balik dari sekolah Agama..akak goreng pisang tanduk yang di bawa dari Segamat hari tu...
     


    Tapi akak gunakan Tepung Goreng Segera jenama Adabi..cuma campurkan air dan terus ke dalam kuali ....

    Memang ringkas sekali N3 untuk minum petang hari ini..esok pula harus di fikirkan apa yang harus di masak...



    TEST TEST Mata....masih mengetes kamera...sebab masih tak pandai lagi
    kita layan gambar bulu mata ni..cantik ni kalau terletak di mata

    March 19, 2011

    BINGKA LABU

    Assalamualaikum..salam pagi Sabtu..mesti ada yang tengah rehat rehat di hujung minggu..kan kebanyakan nya tak kerja..cuti libur..dan ada yang sibuk menguruskan anak anak yang akan mula bersekolah pada hari Isnin...

    Masih lagi di minggu MELABU.  Bingka labu ini dah berulang kali akak buat..memang kalau kuih kuih sebegini cepat jer habisnya di rumah ini...


    Rasa bingka ni memang sedap ..manis manis ala ala gitu..kalau ada sesiapa yang nak manis boleh lah di tambah gula..tapi wat akak dah ok..(dah tua la tu) hehehehe....

    Buat Nieza..tahniah atas langsir rumah baru..kita punya langsir agaknya tukar waktu raya kot nanti...(minta belas ikhsan la ni..sebab kita pun buta IT)


    Macam bunyi nak minta simpati jer..huh huh.

    Sambil sambil makan bingka labu tu..akak makan kacang pistachio yang di bawa oleh Mr S dari Thailand baru baru ni..


    Macam biasa resepi ni akak dapat dari rumah Cik Mat Gebu
    Minta izin akak copy resepi nya untuk teman teman ya....



    Bahan bahan
    5 biji telor
    500 ml santan (atau 200ml santan kotak + 300ml air)
    200g tepung gandum, 
    180gm gula halus (atau nak manis tambah sendiri ler) 
    1/2 c/t garam, 
    1 c/t esen vanilla, 
    450g labu manis, Kukus dan lecek hingga lumat.

    cara2 

    Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin dengan mentega dan lapik ngan aluminium foil (kanan kiri biar lebih supaya senang angkat) atas aluminium foil pun sapu Mentega.
    Semua bahan2 diatas kecuali labu di kacau dengan whisk hingga bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu,kacau hingga rata.
    Tuang dalam tin dan bakar selama 40-45 minit (sehingga ada kerak sikit diatasnya).
    Abaikan kuih yang comot ni...sebab belum sejuk dan potong..sbb esok pagi2 takut tak sempat nak posing

    January 18, 2011

    BINGKA LABU


    Dok tengok labu dah masuk 2 minggu tergolek dok jer kat dapur tu..kesian pulak kat dia. Mula mula tu malas gak nak membuat kuih sebab baru balik jalan jalan dari Segamat . Letih pun tak hilang lagi. Tapi kerana semangat yang berkobar kobar sebab tak ada N3 baru tentang masakan, akak pun terbuatlah Bingka Labu ni...Bingka ni memang sedap dengan lemak lemak manis gitu..memang berbaloi buat minum petang..




    Macam biasa resepi ni akak dapat dari rumah Cik Mat Gebu . Minta izin akak copy resepi nya untuk teman teman...


    Bahan bahan
    5 biji telor
    500 ml santan (atau 200ml santan kotak + 300ml air)
    200g tepung gandum, 
    180gm gula halus (atau nak manis tambah sendiri ler) 
    1/2 c/t garam, 
    1 c/t esen vanilla, 
    450g labu manis, Kukus dan lecek hingga lumat.

    cara2 

    Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin dengan mentega dan lapik ngan aluminium foil (kanan kiri biar lebih supaya senang angkat) atas aluminium foil pun sapu Mentega.
    Semua bahan2 diatas kecuali labu di kacau dengan whisk hingga bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu,kacau hingga rata.
    Tuang dalam tin dan bakar selama 40-45 minit (sehingga ada kerak sikit diatasnya).

    Selamat menjamu selera ya...



    KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...