Total Pageviews

April 4, 2011

PENKEK DAN BUBUR DURIAN


 
Assalamualaikum dan salam sejahtera wat semua. Sekarang ni kan musim buah durian , kat mana mana nampak ada jer gerai jual buah durian. Kat rumah ni semua anak anak dan bapak bapaknya sukakan buah durian. 

Hari ini akak buat penkek ( dalam bahasa jawa lempeng..wakakkaka) dan akak buat bubur durian untuk partnernya....
 


 Jalan jalan nampak resepi kat rumah Kak Ina KL..jadi kita minta izin C&P resepi nya disini untuk teman teman lain...

Sumber : Blog Terunai Hasrat Di Hati (Kak Ina)

Bahan-bahan untuk bubur durian
  • 1 biji durian-kopek dan ambil isi-kalau nak banyak bolehlah tambah.
  • 700ml santan pekat
  • 300ml air
  • 1 biji gula melaka-masak dengan sedikit air sampai gula cair...pastu tapis bila dah sejuk (Akak guna gula putih saja)
  • gula castor-bergantung kepada tahap kemanisan yang diingini.
  • 4 helai daun pandan-disiat-siat
  • secubit garam
Cara-cara 1. Masukkan durian ke dalam periuk bersama-sama santan dan air. 2. Masukkan juga secubit garam dan daun pandan. 3. Kacau dengan menggunakan api perlahan sehingga santan mendidih. 4. Bila mendidih masukkan pula gula castor dan gula melaka. 5. Biarkan mendidih dalam masa 10 minit dan bolehlah di padam api.




Bahan-bahan ( 4 orang ) - Penkek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 5 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • beberapa titik pewarna kuning
  • 1 st garam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
  2. Perap dalam 1/2 jam.
  3. Sediakan kuali dan acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
  4. Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit.
  5. Angkat dan lipat.
  6. Boleh di makan bersama-sama kuah durian.

6 comments:

  1. ting tong tuan rumah ada ker nak tumpang makan serawa derian ni...org kedah pangil serawa naaa..
    makan dgn roti jala.. lempeng pun ok juga naa..perut melayu jawa sama jer naz..hehe nanti kat dato keramat ni penuh menimbun derian ..tunggu jer masanya...

    ReplyDelete
  2. sedaaaapnyeerr.... terliur sudah... ehhehee... musim durian yer kat sana.. best nya

    ReplyDelete
  3. fuh fuh fuhhh... sedapnyeeee~!~ banyak lg ke durian tu? mintak sepangsa... nak wat bekal jenjalan ni..kikiki...

    kak, saye amik gambo biase2 je la, saye rase gambo akak lagi cantik....yang penting, cahaye musti maw terang tp x leh terlebih terang..ala, akak pun tau kan tu... patut sy yg blaja ngan akak ni.. :)

    ReplyDelete
  4. wah! ada serawa durianlah..feberet kita ni. rasanya dah lama tak makan durian......

    ReplyDelete
  5. amboiii..kretif sungguh..
    mesti baunya sedap ni..lama btul tak mkn durian

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Naz,

    wah derian...suka2 sedap..tapi kak nur tak reti makan serawa derian...hanya derian aja yg reti nak dimkn...huhu...sedap nampak lempeng tu...teruja tengok ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...