Total Pageviews

April 1, 2011

CEKODOK PISANG


Assalamualaikum semua. Pernah wat cekodok pisang tak? kuih yang paling simple dan sentiasa ada di mana saja...makcik yg jual goreng pisang bawah pokok pun selalu jual...

Masa jalan jalan kat rumah si Diana, akak nampak dia buat cekodok ni untuk pertama kalinya ...hasilnya cantik jer bulat bulat gebu macam tuannya gak..heheheheh...


Masih ada baki pisang dari buat apam kelmarin, akak pun buat untuk muinum petang. Alih alih bila akak buat ..tak lah cantik bulat bulat cam Mat Gebu dan Diana, tapi boleh lah untuk dibuat makan makan petang..hehehehe...

Kalau nak wat bagi makan kawan kawan..tak mau eh..malu...akak...

Jadi kita layan gambar dan resepi dari rumah CMG dan Diana... 



Dari rumah : DIANA
Sumber : CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula peerang @ 1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum (haha sori tertinggal..tadi)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh..

2 comments:

  1. nyummm~~~ sedapnyer!! tun suka makan cokodok pisang. tp tun biasa letak yis =)
    nk bertolak ke bintulu dh nih.. bubai~

    ReplyDelete
  2. eeeeeeeeeee......gerammmmmmm tengok cekodok tu....!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...