Assalamualaikum...dan selamat semua... Sekejap jer masa berlalu..sekejap jer dah sampai hujung minggu lagi...dah sekejap jer dah masuk bulan April 2011. Tak terkejar masa kita kan...
Hari ini akak nak buat pencuci mulut Agar agar buah naga..buah yang dah terlalu masak dan takut kalau di simpan esok lusa akan busuk pula...
Untuk resepinya :
10gm serbuk agar2 Konnyaku
250g gula (boleh kurangkan )
950ml air
1 biji buah naga ( di blend)
Cara2:
1. Masak gula dan air hingga mendidik. Masukkan buah naga yg telah di blender.
2. Masukkan serbuk agar agar dan masak kira2 5 minit.
3. Tuangkan dalam acuan dan hias.
Hidang sejuk sejuk....
wah nazrah... diana mmg fav ngan buah naga nie... boleh buat agar2 yer.. tak perna.. pasti sedap kan...
ReplyDeletesedapnya buah ni memang my fav ni..suka mkn buah naga colour purple tu....kat sini tak jumpa lagila..cantik tgk puding tu...gambar pun cantik!
ReplyDelete