April 7, 2011

SOFT MARBLE CAKE


Assalamualaikum ....

dah lama rasanya akak tak buat kek untuk isi rumah ni. Entah macamana hari ini boleh pula buat Soft Marble Cake yang akak jumpa di rumah Mas. 
Sekali sekala kalau buat kek basic macam ni teringat masa dulu dulu...kalau hari raya mak mesti buat .. yg pasti kek oren..


Kita layan ler kek ni yang marble nya caca merba..sebab nak cepat... Minta izin Mas dan Kak Ummi ya...

Soft Marble Cake
Copy : Kak Ummi 
Dari rumah : Mas Duniaku
Bahan :- ( loyang 10 x 7 x3 / 20 - 23 cm )
  • 270 gm mentega
  • 250 gm gula kastor
  • 260 gm tepung gandum
  • 1 camt baking powder
  • 6 biji telor
  • 2 camb. susu pekat manis (condensed milk)
  • 1 camb ovalette
  • 1 camb air
  • 1 camt esen vanila
  • 10 gm serbuk koko
  • 1 camt chocolate emulco (optional - bagus untuk mendptkan warna lebih gelap)
  •  

Cara-Cara:-
  1. Griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20 - 23 cm springform. Ketepikan.
  2. Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan ketepikan.
  3. Satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula, adunan tidak jatuh). Ketepikan.
  4. Kemudian dalam bekas lain, satukan telor, ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata.
  5. Masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4. kacau rata.
  6. Keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin dan 1 senduk adunan cokelat. 
  8. Ulangi sehingga habis adunan.
  9. Ambil chopstick dan buatkan bentuk marble.
  10. Kemudian bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing).
  11. Setelah masak, padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 minit.
  12. Selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk baru dipotong.
Nota: Sedap, lembut dan senang nak buat...

6 comments:

  1. Salam, wah ada kek leee, lama tul x mkn kek..kita rasa 4 potong boleh...mmg npk gebus leee

    ReplyDelete
  2. perhh..gebunya kek tu..
    cantik la marblenya....

    ReplyDelete
  3. wahh sedapnya...nieza pun kalau raya selalu buat kek ni..cepat tul laris kekadang tak sampai ptng raya dh abis.

    p/s: akak, nanti singgah umah ambil award yer..tq!..:)

    ReplyDelete
  4. sangat tak tahan bila tengok kek gini.. huhuh..trasa2 je kat tekak...kek gini lagi banyak masuk tekak dari kek coklat..

    ReplyDelete
  5. Assalam naz,
    wah dari jauh dah nampak kek yang lembut dan cair didalam mulut ni..sedap kek ni..kek nilah one of those yang akak cuba bila baru2 start blogging dulu..hehehe,,memang sedap

    ReplyDelete
  6. kak nazrah!! ni nape semu org duk wat kek nih???? ish jeles nih.. jeles nih... tun dh laa tgh diet nih. kalau wat sendiri sure mkn seloyang..jd, meh nk bungkus sepotong.

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...