Total Pageviews

April 26, 2011

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

 Assalamualaikum.....

Memang akak tengok dah ramai yang buat kek ni...akak ni lambat sikit. Tapi hari ini akak cuba lah buat juga kek ni.. Tapi minta maaf..abaikan lah gambar yang sememeh tu sebab terkejar kejar nak ke opis....


Kek ni dibawa ke pejabat .. tapi memang cepat je habisnya..budak budak pun kata sedap sesangat dan akak nak buat lagi jika ada kelapangan....

Resepi ni dari rumah si Ita...minta izin ya untuk salinkan resepi...




SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
by: Dayang

1 cawan tepung gandum - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko - ita guna Tudor Gold
2 sudu besar susu tepung
1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - ita letak coffee paste
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung - ita letak Mazola
1 sudu kecil cuka atau jus lemon - ita letak jus lemon

Cara2 nya :

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek (5' atau 6'). Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


7 comments:

  1. akak....best kan kek coklat ni...
    mas suka sangat...
    meh sepotong..

    ReplyDelete
  2. Ramai yg dah cuba buat kek ni...ingatkan nak baking week end hari tu tp baking kek coklat lain.akan buat jugak sbb ramai ckp sedap...

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum Nazrah :D


    Bila dapat membuat sesuatu yang kita inginkan dan hasilnya sungguh memuaskan, mesti hati rasa berbunga dan gembira jer kan.

    Dah cantik kek tu, kalau kat rumah mesti kena buat 1/2 adunan jer tak ramai nak kasi perabis nanti.. hihi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Naz, waaaah sini pun ada kek coklat...mintak sikit la kat akak..yg akak tu dah kena tibai dek anak2 sedara sume laa..dan makan sepotong jek..huhuu

    ReplyDelete
  5. wahhh akak pun dh buat kek ni yer..cun dah ler tu...hmmm byk dh tertinggal n3 akak yg best2 ni ..lately ni bz sgtla..

    ReplyDelete
  6. wah kek ni pun dah samapi ke dapur nazrah ya..
    akak juga masih belum mencuba....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...