April 11, 2011

Kek Coklat Kukus Cheese

Assalamualaikum...kek ni akak dah buat dulu dulu DISINI...tapi semalam akak buat lagi untuk teman teman yang berkunjung ke rumah...


Resepi masih ikut Chef Zubaidah tetapi akak tambahkan cheese sebab kawan kawan akak sukakan cheese....memang sedap ... tapi tak sempat nak posing hanya yang sempat jer..... 

Resepinya :

Bahan-Bahan (A)
100 gm serbuk koko
250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
1 tin susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis

Bahan (B)
150 gm tepung gandum
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t serbuk penaik
4 biji telur B

Bahan cheese

250 gm cheese
1/4 cawan gula
1 biji telur
1 sudu teh air limau

Putar bahan bahan ini hingga kembang.

Cara-Cara.

1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
2. Masak atas api seketika
3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja)
6. Masukkan ke dalam acuan dan letak bahan cheese di atas secara perlahan.
7. Kukus selama 1 jam 30 minit dan taburkan choc toping (hias ikut suka)


Harap semua teman teman akak suka akan kek ni.....

Terima kasih wat Halida yang datang bawa Roti Jala dan Serawa Durian ni...terima kasih..




 

3 comments:

  1. wahhh...sedappnya kek coklat ngan cheese....
    terliur mas tengok...

    ReplyDelete
  2. waduhhh sedapnya ada cheese lak tu...coklat kalau kahwin ngan cheese memang best lagi ler mantop...hehe
    p/s: nanti singgah umah ambil poskad yer kak..tq:)

    ReplyDelete
  3. kak nazrah.. ni mmg menguji keimanan ni kak... tgk choc kek tu dh rasa tergugat, tambah dgn cheese tu mmg surrender. terus cancel diet! hihi

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...