Total Pageviews

April 10, 2011

KASTARD JELI




Selalu agak terliur tengok kawan kawan buat kastard jeli yang cantik cantik dan warna yang menarik. Kebetulan ada kawan sekolah yang nak berkunjung ke rumah...akak buat kan pencuci mulut ini mereka.

Rasanya memang sedap..ala ala macam aiskrim pun ada...just nice manisnya...lain kali memang boleh buat lagi.
..
Terima kasih DJ yang menayangkan resepi ini dan izinkan akak salin kembali resepinya :


Kastard Jeli
Sumber : DJ
Bahan-bahan :
  • 90 g Premix Crystal Jelly perisa strawberry (cap Nona)
  • 3 cawan susu cair
  • 3 sb gula
  • 1-2 sb susu pekat manis
  • 1 tin buah-buahan koktel (disejatkan)
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sb tepung kastard
  • 1 sb mentega - optional
Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, gula, susu pekat, esen vanilla, tepung kastard dan mentega di dalam periuk dan masak hingga pekat.
  2. Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian. Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah2an koktel tadi di atasnya. Ketepikan.
  3. Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi. 
  4. Sejukkan terlebih dahulu.


4 comments:

  1. wah nazrah... tergoda tgk kastard nie tau.... :)

    ReplyDelete
  2. Ceria kastad jeli tu...kalau puding gini mmg favorit tambah2 mkn sejuk2..
    bestnya buat wafer sendiri...nampaknya kena cari wafer maker..anak2 suka wafer

    ReplyDelete
  3. Salam....Wahhh sedapnya puding jelly itewwwww.....

    Kak, loyang2 tu semua saya beli kat Menu Kitchenware kat dalam Giant Putra Height..Sorry lambat reply, baru ni berkesempatan open tenet.

    ReplyDelete
  4. Salam..Kak Naz...mmg sedap & canteks kombinasi warna tu...dah bubuh dlm list utk dicuba..mintak izin yer...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...