Assalamualaikum...hari ini akak buat pencuci mulut yang amat simple dan sedap. Campuran jagung dan keladi. Buat minum petang amat enak dan sedap..
Resepi dari ibu tiri akak.....
Bahan2
1 biji keladi ( dipotong dadu dan direbus sehingga lembut)
3 biji jagung ( di ambil isinya saja)
4 s/b sagu
santan secukupnya
gula juga secukupnya
secubit garam
2 helai daun pandan
Cara caranya
Rebus dahulu keladi hingga lembut.
Sagu di basuh sahaja dan di campur dengan jagung . Campurkan sedikit air dan rebus sehingga jagung empuk.
Kemudian campurkan santan ke dalam jagung tersebut dan masukkan keladi. Campurkan gula, garam dan daun pandan. Renih sehingga gula hancur dan santan masak.
Boleh di hidangkan.
(maaf jika resepi di atas adalah anggaran sahaja...kerana masa memasak tadi tak la disukat...heheheh)
Harap teman teman boleh mencubanya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...
-
KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...
-
Gambar dari Google Assalamualaikum... Hari ini akak nak berkongsi ilmu mengenai segala jenis kekacang (Sumber : Majalah Sedap) Ha...
-
Assalamualaikum.... Sewaktu cuti sekolah selama 2 minggu bulan Mei 2014 ini.. saya berkesempatan menghantar anak dara sunti ke kelas ma...
dah lama tak makan bubur... nampak sedap
ReplyDeletesedappnya bubur...
ReplyDeletenak semangkuk kak...isi penuh2 tau..he..he..
sedapnyer... smlm nmpk kelada kt kedai tp x terbeli.. tgk bubur ni dh rasa nyesal dh xbeli keladi tu. huhu
ReplyDeleteAkak sedapnya,selalu mkn bubur jagubg ja,xpernah lak campur keladi,mesti lagi bertambah sedap kan..
ReplyDeletedah lama tak makan bubur keladi. sedap tu
ReplyDeletediana pun sama ngan izah.. bubur keladi mmg dah lama x makan... tgk nazrah buat tringin plak nak makan.. :)
ReplyDelete