April 16, 2011

KEK COKLAT KUKUS CHEESE

Hari ini akak buat Kek Coklat Kukus Cheese lagi.. rupa rupanya kek coklat ni banyak peminatnya samada di rumah atau pejabat. Tapi maaf la...kek coklat ni togel jer...sebab tak sempat nak buat choc ganage...lagipun nak bawa ke rumah ibu takut manis sangat..org tua mana nak makan manis manis ni.....

Hari tu akak dah buat DISINI....kali ni menggunakan resepi yang sama. Macam kata si Noorsha...minggu menternak lemak katanya..wakakakaka...memang pun..nanti minggu depan akak cuba tak ternak lemak lemak yer....



Sumber : Chef Zubaida Che Pa
Resepinya :

Bahan-Bahan (A)
100 gm serbuk koko
250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
1 tin susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis

Bahan (B)
150 gm tepung gandum
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t serbuk penaik
4 biji telur B

Bahan cheese

250 gm cheese
1/4 cawan gula
1 biji telur
1 sudu teh air limau

Putar bahan bahan ini hingga kembang.

Cara-Cara.

1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
2. Masak atas api seketika
3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja)
6. Masukkan ke dalam acuan dan letak bahan cheese di atas secara perlahan.
7. Kukus selama 1 jam 30 minit dan taburkan choc toping (hias ikut suka)

5 comments:

  1. amboiii...sedappnya kek coklat tu..
    ada cheese lagi...

    ReplyDelete
  2. wah cantik dan nmpk sedap kek tu.. cute gitu.. :)

    ReplyDelete
  3. kek coklat campur cheese...yummmy....

    ReplyDelete
  4. kek coklat kalau dicampur cheese memang gabungan yg mantop...sedap ni...nanti boleh cuba resepi ni pula..:)

    ReplyDelete
  5. Saya ingat nak cuba resipi kak ini, nampak sedapnya! Boleh tanya kak yang 1 tin susu cair itu berapa ml? Terima kasih.

    Dari, sun sun

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...