Total Pageviews

April 21, 2011

APAM PISANG COKLAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini akak buat apam pisang coklat. Resepi dari rumah Yatie. Memang lembut dan gebu apam ni. Membuatnya pun amat mudah . Sesiapa yang berminat untuk makan apam..memang akak rekemen kan apam pisang ni....






Kalau buat untuk minum petang atau sarapan pagi, memang sesuai sangat..lebih lebih lagi buat yang tak de gigi..mcm my bibik...(nanti saya ambil gambar dia yg tak der gigi) My bibik ni memang peminat kuih apam yang saya selalu buat...dan dia yang selalu bagi perabih kuih muih di rumah ini. Katanya di Indonesia tak dapat makan semua ni...kesian kan...kita disini ...ada siap yang di buang lagi...

Minta izin dari Yatie untuk C&P Resepi.
 

Bahan-Bahan

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
secubit garam halus

Bahan B:
1 cawan pisang masak dilenyek
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula perang
2 biji telur ( dipukul sedikit )

Cara-caranya:
  1. Campurkan bahan-bahan A dan ayak bersama. Ketepikan.
  2. Pukul sedikit telur, tambahkan dengan bahan-bahan B yang lain. Kacau sebati.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan B dan gaul sebati.
  4. Panaskan kukusan. Masukkan adunan apam tadi ke dalam bekas-bekas kecil dan kukus 10 hingga 15 minit.

7 comments:

  1. As'salam naik cantik apam pisang tu...behasiat

    ReplyDelete
  2. Salam Kak..Emm kat rumah pun ada 2~3 ketul pisang masak ranum..boleh gak cuba resipi ni..telur tu nak pukul sampai kembang ke or sekadar bercampur menggunakan whisk...?

    ReplyDelete
  3. woo sedap nampak tuuuu...
    boleh masuk list

    ReplyDelete
  4. sedapnya apam tu kak...nanti boleh cuba ni...boleh abiskan stok pisang kat uumah ni...

    ReplyDelete
  5. huh... xleh jadi nih.. nk kene gi pasar beli pisang nih.. sementara xde stok pisang yg sesuai ni, apa kata kak nazrah hulur2 2-3ketoi kat tun. hihi

    ReplyDelete
  6. nampak sedapnyaaaaa.nak cuba gak lah nanti..:)

    ReplyDelete
  7. sedaaapnya... wah dah bnyk dah yg masuk list nie.. bila nak buat nie... ermmmm..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...