April 27, 2011

APAM PISANG TANPA TELUR DAN MINYAK

Assalamualaikum.....

Oleh kerana Mas dok menayang Apam pisang tanpa telur dan minyak membuatkan akak teruja untuk mencuba apatalah lagi baki pisang masih banyak dalam aisbok....naik jemu lah pulak sepanjang minggu asyik menu pisang..pisang..pisang....


Heran juga...memang sedap rasanya apam ni...boleh jimat kos lagi dan yang penting sihat..kerana tak der minyak dan telur...


Tak rugi jika mencubanya...akak buat dalam acuan kecil biar senang nak di ngap masuk mulut.

Minta izin dari teman teman untuk salin resepinya .



Apam Pisang Tanpa Telur Dan Minyak
Resepi asal : Kak Fida@myresepi.com
Dari rumah : MAS

Bahan :
  • 1 cawan pisang lecek
  • 1 cawan gula perang / gula halus (akak guna 150g campuran gula) - Mas kurangkan 1 sudu besar dari 1 cawan gula halus tu 
  • 2 cawan tepung naik sendiri - diayak
  • 1 1/2 sudu kecil bicarbonate soda - diayak 
  • 4 sudu besar susu segar - Mas tambah lagi 3 sudu besar air sebab adunan nampak agak pekat
  • 1 sudu kecil esen pisang - Mas tambah ( kalau letak esen vanila pun boleh ) 
Cara membuatnya :
  1. Tepung naik sendiri dan bicarbonate soda diayak bersama.
  2. Pisang lecek, gula halus @ gula perang, esen pisang @ esen vanila dan susu dikacau rata @ sebati.
  3. Masukkan bahan2 ayak tadi dan kacau hingga sebati.
  4. Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak. Mas menngunakan acuan lompang dan kukus selama 15 minit. Kalau guna loyang, kukus selama 1/2 jam. 
  5. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.

15 comments:

  1. Assalamualaikum
    sunggu cantik apam pisang tu..boleh lee dtg sini buat sarapan 4 ketul jadi le heheh
    menarik ingat nak try jugak...

    ReplyDelete
  2. sedap eh?..akak pun rasa nak try gak ni..mcm sesuai utk menu diet je tukan?..buh dalam bekas kecik2 camtu,comel betul nampaknya.
    cuba hantar ke sini barang 10 ketul utk di konpemkan kesedapannya itu..hehehe

    ReplyDelete
  3. hai..cepatnya akak ni mengapam..hehe

    ReplyDelete
  4. aik?? ingatkan dh hbs pisang..haha.. nmpk elok je naik apam tuh. sure gebuss..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum - alamak mcm nak kena buat je .. baru pagi tadi jiran bagi pisang hehehe

    ReplyDelete
  6. mengancam habis apam nie ... hehehe.. diana pun suka apam pisang.. tp buatnya x juga.. adehh!!

    ReplyDelete
  7. Semalam baru jer beli pisang kat pasar malam, tapi kena sorok dari anak2 bujang kat rumah. kang belum sempat buat kuih pisang dah tinggal kulit jer... hehehe

    Apam montok2nya :D nampak lembut sangatttt..

    ReplyDelete
  8. Assalam kak,apam tuh nmpak gebu jer kan..Mcm nak try jer..A"ah leh jimat,coz xda minyak n telur,hehe..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Naz,

    cantik naik apam ni...suka kalau yg berperis pisang...pasti sedap

    ReplyDelete
  10. nampak sedap dan gebu..ada lagi x...nak.. hihihi muka yang xtau malu toii..

    ReplyDelete
  11. wahhhh...cantiknya apam pisang tu..
    lembut kan kak apam ni..mas pun suka...

    ReplyDelete
  12. wahh sedapnya tgk apam akak tu...nanti nk cuba jugalah menarik yer resepi tu..:)

    ReplyDelete
  13. wah mmg sihat lg menyihatkan...mmg k naz suka pisang flavor yer....

    ReplyDelete
  14. wahhh senang nak buat ni... telur pun dah mahal sekarang ni...nak try jugaklah, tq share resepi tu ye Naz.

    ReplyDelete
  15. Salam..bestnya tgk apam yang kembong2 gitu

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...