Total Pageviews

April 8, 2011

KUCHI KUCHI HO LABU ....

  
Kita dah tak reti nak kata aper..sepanjang bulan ni kita melabu saja...tak habis habis labu ada kat rumah ni...kenapa kita buat koci labu lagi..sebab org yang bagi labu ni siap bagi daun pisang..jadi kalau tak buat..sayang daun pisang tu nanti rosak...

Ada sesiapa yang boleh bagi idea boleh buat aper lagi dengan labu dan daun pisang....lepat labu (kat rumah Izah) ,bingka labu (kat rumah ros) ..dan apa lagi yer...


Saya dah buat beberapa kali DISINI dan resepi nya saya salin sekali lagi untuk teman teman...
 
Bahan2 dan Cara2:-

Untuk doh:
  • Labu kuning - potong kecil dan dikukus
  • Tepung pulut
  • Garam
  • Daun pisang yg dilayur
  • Minyak masak

Labu yg telah empuk dilecek. Kemudian masukkan sedikit garam dan tepung pulut sedikit demi sedikit dan sehingga terhasil doh yg tak melekat kat tangan..macam buat onde2/buah Melaka. Bahagikan doh kepada saiz yg dikehendaki..leperkan dan masukkan inti tutup rapat dan bulatkan..celup dengan sedikit minyak masak. Kemudian bungkus dengan daun pisang atau plastik atau buat macam saya buat..alas dengan baking paper yg dipotong kecil. Maklumlah payah nak dapat daun pisang kat sini....rasanya oklah..Dah tentu yg dibungkus daun pisang lagi sedap..aromanya tu....lagipun lebih asli. Ulanglah sampai doh habis. Lepas kukus hingga masak.

Untuk inti:
  • kelapa parut
  • gula melaka
  • gula pasir
  • daun pandan
  • air
  • garam

Larutkan gula melaka dengan air dan masukkan gula pasir dan kelapa parut. Masukkan daun pandan dan sedikit garam. Masak sehingga hampir kering dan melekit. Disebabkan takde kelapa parut fresh...maka saya gunakan kelapa parut kering. Untuk menambahkan rasa lemaknya saya tambahkan santan sedikit...dan masak agak lama. Beberapa kali tambah air.

3 comments:

  1. wah sedapnya kuih koci labu...terliur dh ni...rasa nk ngap jer..hehe

    ReplyDelete
  2. kalau masih ada lagi labu tu..akak kasi idea buat kaswi labu..
    tapi pat daun pisang tu kalau ada lebih lagi kasi akak.. sebab kat sini daun pisang mahal..hehe

    ReplyDelete
  3. wahh.. kak nazrah.. pandai nyer bungkus!! nnti bila2 free letak tutorial bungkus kuih koci. tun fail bab2 bungkus2 ni. hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...