Dengar nama pun dah pelik kan..akak sendiri pun mulanya confius dengan nama dia..tapi bila baca resepi .. orang melayu panggil bubur keledek..ye la kot sebab bahan asas dari keledek dan santan kelapa.
Petang semalam selepas menghantar ibu pulang dari KLIA akak terus buat juadah pencuci mulut ni sebab ada baki keledek. Resepi nya akak dapat dari Majalah Rasa.
Kita lihat bahan bahannya :=
1 kg ubi keledek
100 gm tepun gandum
200 gm gula merah (tapi akak kurangkan sikit)
500ml santan
air secukupnya
Cara2nya
1. Kupas ubi keledek dan rebus hingga masak. Toskan (akak kupas dan kukus)
2. Lecekkan ubi sehingga hancur dan campurkan tepung gandum . Uli sebati.
3. Selepas itu bentukkan menjadi bulat2 kecil. Ketepikan.
4. Didihkan gula merah di dalam air hingga mendidih.
5. Masukkan santan dan kacau hingga mendidih.
6. Akhir sekali masukkan adunan keledek tadi dan biar mendidih seketika. Sedia untuk di hidang.
ngapa nama salak.cam biji salak kot..sian keledek, salak pulak dapat nama..hehe..lawa la gamboo
ReplyDeleteAssalamualaikum Naz,
ReplyDeletedulu kak nur pernah simpan resipi bubur salak nie...ayah mentua kak nur suka mkn bubur ni waktu bulan puasa....yg kak nur buat dulu berwarna coklat gelap...mmg sedap kan?
diana x perna lg buat.. nmpk sedap.. nnt nak try ler
ReplyDelete