Gambar dari Google |
Assalamualaikum...
Hari ini akak nak berkongsi ilmu mengenai segala jenis kekacang
(Sumber : Majalah Sedap)
Hampir semua orang menyukai kekacang disebabkan rasanya yang lemak membuatkan kacang amat sesuai di jadikan ringan atau di olah menjadi pelbagai jenis masakan. Jika dilihat dari kandungan zat vitaminnya, kacang juga kaya dengan kandungan kalsium, lemak, pelbagai vitamin dan mineral pentingnya.
Ketika ini pelbagai jenis kekacang berada di pasaran bermula dengan produk tempatan hinggalah import. Jenisnya pun pelbagai dari yang mentah hinggalah yang sedia untuk dimakan.
KACANG BADAM (PRUNUS AMYGDALUS)
Gambar dari Google |
MACADAMIA (MACADAMIA INTEGRIFOLIA)
Gambar dari Google |
Kacang ini berasal dari Australia yang mempunyai bentuk bulat dengan warna kekuningan. Kacang jenis ini rasanya sangat lemak dan agak manis, jika di pasaran biasanya di jual dalam bungkusan tin dan plastik yang sedia untuk di makan. Kacang ini kaya dengan kandungan lemak berminyak, protein dan mineral.
BUAH BERANGAN / CHESNUT ( CASTANEA SATIVA)
Gambar dari Google |
Kulit luarnya keras dengan warna coklat tua. Kebanyakan org menggunakan buah berangan ini untuk campuran kek dan pastri. Sup dan sos salad juga menjadi lebih berkrim jika ditambah dengan kacang ini. Buah berangan juga kaya dengan kandungan lemak tidak tepu dan membekalkan sumber protein berminyak yang baik.
Gambar dari google |
BUAH KENARI ( CANARIU COMMUNE L)
Kacang ini berasal dari Indonesia, terutamanya daerah Maluku. Kacang kenari ini biasanya di jual dalam keadaan tanpa kulit, dikupas dan sudah di hiris hiris. Selain di makan sebagai kuih muih lainnya. Seperti jenis kekacang lain kenari juga kaya dengan kandungan lemak berminyak, protein, vitamin dan mineral.
Gambar dari google |
KACANG WALNUT ( JUNGLANS REGIA)
Asal usul kacang ini dari India. Bentuk luarannya mempunyai kulit yang sangat keras. Jika dikupas, bijinya berkerut dengan warna yang kecoklatan. Kebanyakannya digunakan sebagai campuran pelbagai jenis pencuci mulut, kek, muffin atau di goreng sebagai makanan ringan. Walnat juga kaya dengan lemak dan lemak tidak tepu juga mengandungi Omega-3 yang baik untuk kesihatan.
Gambar dari Google |
PISTACHIO ( PISTACIA VERA)
Warnanya hijau cerah sehinggakan sangat cantik di jadikan sebagai hiasan makanan. Selain di makan sebagai makanan ringan, kacang ini juga sering digunakan sebagai inti pati, biskut, aiskrim atau kek. Seperti mana dengan penggunaan badam, pistachio juga kaya dengan kandungan protein dan potassium.
Gambar dari Google |
KACANG HAZEL
Kacang yang berasal dari daerah Asia Minor ini sememangnya banyak digunakan sebagai inti coklat, campuran kek,biskut kering atau roti bakar. Kacang hazel juga ada dijual dalam bentuk asal di dalam bungkusan atau tin sebagai makanan ringan. Kacang ini merupakan pembekal sumber vitamin E dan mengandungi asid folik.
Assalam kak..byk dh tertinggal n3 best2 ni....btw tq sharing info kacang ni menarik...:)
ReplyDeletedtg ambik kacang..hehe..sedapnya ngap kacang sambil dok saje2....
ReplyDeleteDatang nak amik kacang gak heheheeee...
ReplyDelete