Total Pageviews

April 23, 2011

SERIMUKA PISANG


Masih lagi mencari idea untuk menghabiskan pisang... godek rumah sana..godek rumah sini...dah dua tiga hari buat mufin...takut boring plak... Last last...masuk rumah Yatie ..nampak Serimuka Pisang...ok gak ni..boleh lah buat sarapan atau  minum petang. Apatah lagi petang petang hari Sabtu ni kan...


Bahan bahan semua dah ada...tinggal rajin tak rajin jer....jadi inilah kejadiannya..

Buat teman teman akak share kan resepi nya dari rumah Yatie (ratu talam tu)

SERIMUKA PISANG

Sumber : Yatie 
Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
  • 2 sudu tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen pisang-saya tambah
  • sedikit pewarna kuning/oren
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg di lecek.
  2. Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas
  • 60gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 250gm santan
  • 50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit garam dan pewarna hijau
Cara-cara
  1. Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi.
  2. Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...
  3. * Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi....kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah di potong.



6 comments:

  1. mmg best kuih tlm ni.dah pernh buat.sedap sedap

    ReplyDelete
  2. yee dah penah wat jugak dari yati mmg sdp..akk kan suka kuih yg berasaskan pisang

    ReplyDelete
  3. mas dah try serimuka pisang ni...
    memang sedappppppp...

    ReplyDelete
  4. huh... byk mana stok pisang akak niiiii??? hahaha.. byk agi ek akak? tun kalau beli tu yg x hbs letak dlm freezer. letak sebiji2 ngan kulit2 tu.. nnti nk guna thaw kan aje. blh guna utk wt kuih. tun tgk dlm 5rencah 5rasa kt tv3, chef tu ajar wat camtu =)

    ReplyDelete
  5. sedapnya!!...terliur sudah....mcm kuih talam pisang pulak yer.

    ReplyDelete
  6. Assalamulaikum Nazrah :D

    Pisang ni kita bole perbagaikan nak buat apa jer kat dia mesti nampak sedap kan. Kak ct pun suka buat2 kuih yang berasas kan pisang. Cuma kalau beli pisang ni tak bole simpan lebih dari 2 hari. Mesti anak2 dah makan dulu.. hihihi


    cantik jer serimuka ni..bentuk hati lagi ..sukaaa!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...