Total Pageviews

March 23, 2011

KUIH KOCI LABU

Hari yang sungguh sibuk di pejabat...tension tension..balik pun dah petang..letih tu memang letih...tapi tak lah manjakan diri sangat...walau pun akak tak perlu memasak sebab my Bibik dah masak untuk anak anak ...akak nak gak wat makanan kudapan petang untuk di upload hehehhehe....
 

Hari ini akak masih lagi minggu Melabu ...berapa banyak labu da..kat rumah ni ada sebiji lagi yg segar bugar tu..apa lagi la aku nak wat ngan labu tu...
 

Kuih Koci Labu...dah lama akak tak makan kuih koci..biasanya kuih ni akak jumpa bila ada kenduri kendara di kampung lebih lebih lagi di Tanjung Karang dan sekitar Klang...Rasa kenyal kenyal Kuih Koci Labu ni ditambah pula inti kelapa yang akak campur kan dengan durian memang sedap teramat sedap..sampai akak sendiri tanpa sedar dah habis 3 biji..fuhhhh....



Jalan jalan jumpa resepi di rumah Suzi..izinkan ya akak salin untuk rujukan teman teman
 
Sumber : Dapur Suzi

Bahan2 dan Cara2:-

Untuk doh:
  • Labu kuning - potong kecil dan dikukus
  • Tepung pulut
  • Garam
  • Daun pisang yg dilayur
  • Minyak masak

Labu yg telah empuk dilecek. Kemudian masukkan sedikit garam dan tepung pulut sedikit demi sedikit dan sehingga terhasil doh yg tak melekat kat tangan..macam buat onde2/buah Melaka. Bahagikan doh kepada saiz yg dikehendaki..leperkan dan masukkan inti tutup rapat dan bulatkan..celup dengan sedikit minyak masak. Kemudian bungkus dengan daun pisang atau plastik atau buat macam saya buat..alas dengan baking paper yg dipotong kecil. Maklumlah payah nak dapat daun pisang kat sini....rasanya oklah..Dah tentu yg dibungkus daun pisang lagi sedap..aromanya tu....lagipun lebih asli. Ulanglah sampai doh habis. Lepas kukus hingga masak.

Untuk inti:
  • kelapa parut
  • gula melaka
  • gula pasir
  • daun pandan
  • air
  • garam
  • (saya tambah isi durian ) 

Larutkan gula melaka dengan air dan masukkan gula pasir dan kelapa parut. Masukkan daun pandan dan sedikit garam. Masak sehingga hampir kering dan melekit. Disebabkan takde kelapa parut fresh...maka saya gunakan kelapa parut kering. Untuk menambahkan rasa lemaknya saya tambahkan santan sedikit...dan masak agak lama. Beberapa kali tambah air.

 Selamat menjamu selera...jumpa lagi
Luv u....

10 comments:

  1. assalamualaikum akak.. sedapnyer.. tun suka makan kuih koci.. makan sambil tarik2 dia..akak x guna gula melaka ke? putih je inti dia..

    ReplyDelete
  2. sedapnya koci..lama dah tak makan...

    ReplyDelete
  3. Yumm, looks absolutely delicious.

    ReplyDelete
  4. assalam kak..lamanya rasa tak singgah sini..rinduunyaa..hehe sedapnya nampak kuih koci ni kak...ada bubuh labu lak tu...special betul la..

    ReplyDelete
  5. Aslmkm.... menggoda nya... sehingga ternganga2 ni... hehehe

    ReplyDelete
  6. kretip betol lah naz ni.. nampak sedappp nak buat tak retiii..belum pernah buat sebarang jenis koci lagi naz.. tumpang bungkus ada la masa kak ipar buat dulu.. tu pung kena marah sbb tak reti bungkus..huuu

    ReplyDelete
  7. slm naz..kuih koci ni mmg peberet lyza..mintak sepiring..ada lg ke?? hehe..

    ReplyDelete
  8. Assalam naz,
    wah banyak betul fungsi labu ni juga ya..bolehlah masuk list buat koci labu pulak lain kali..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...sedapnyer...geram nak ngap jer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...