Total Pageviews

March 10, 2011

Non-Bake Peach Cheese Cake


Assalamualaikum buat teman teman terutama si Nieza yang jauh di oversea tu...Semalam Akak jalan jalan kat rumah si Nieza, dia dok tayang Cheese Cake yg memang mengancam jiwa dan raga akak.


Cheese memang banyak di rumah ni sebabnya tuan rumah dalam nian di hati nak wat macam2 kek yang ada guna cheese..tapi sampai kesudah sampai nak expired baru le ni nak buat.


Nampak senang dan kebetulan semua bahan bahan dah ada kat dapur..apa lagi..tak tunggu lama la kita..

Jadi kita minta izin dari empunya resepi untuk di salin kembali.



Dari rumah : Nieza
Source: azlirazali
Bahan-bahan
Lapisan biskut
1 ½ cawan (210gm) biskut marie }kisar halus
1/2 cawan (100gm) mentega }dicairkan
1 sudu (15gm) makan gula kaster



Kek
2 paket (500gm) keju krim (cream cheese)
1/2 cawan (100gm) gula icing
3/4cawan (187.5ml) krim putar (whipping cream)
1 cawan(250ml) jus oren
3 sudu makan (45 gm)serbuk gelatin +1/2 cawan (125ml) air panas
2 ketul buah pic dalam tin } dadu/cincang halus


Hiasan
3 ketul buah pic dalam tin } hiris


Cara-penyediaan

  1. Gaulkan lapisan biskut dan padatkan dalam acuan kek keju (springform) bersaiz 12/13 inci. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk.
  2. Untuk kek, pukul keju dan gula sehingga lembut.
  3. Kemudian masukkan jus oren dan krim. Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
  4. Bancuh gelatin dan air panas sehingga gelatin melarut dengan sekata. Kemudian masukkan dalam adunan keju dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan buah pic yang didadu dan kacau sebentar sahaja. Kemudian tuangkan atas lapisan biskut.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga set / keras.
  7. Keluarkan kek dengan meleretkan pisau panas di sekeliling tepi kek. Kemudian hiaskan hirisan buah pic atas kek.


Bak kata si Nieza..kalau kat tempat dia..tinggal letak kat balkoni jer boleh keras..tapi di Malaysia ni kena le letak dalam chiller...baru boleh di makan...Jemput makan semua ye kawan kawan...

6 comments:

  1. wah dh sampai dapur akak dh cheese cake ni....senangkan nk buat tu...tq sudi mencuba kak. memang mengancam jiwa saya la CC akak ni nampak lagi menyelerakan...baru jer abis mkn terasa mcm nk mkn lagi jer haha dah nk tido ni tapi sempat lagi intai dapur akak...tapau ler skit mkn esok...hehehe

    ReplyDelete
  2. nampak tak susah sangat buat cis kek ni...
    mas pun nk try gak la nanti...
    menggoda betul kek akak ni...

    ReplyDelete
  3. akak!! sedapnyer nmpk cheesecake akak!! smlm dh tergoda kt dapur kak nieza, arini drooling kt sini pulak.. ish2, bila nk wat nih..

    ReplyDelete
  4. Inilah pojaan hati Kak, lama tak buat, kena buat juga. Ambil resipi ya.

    ReplyDelete
  5. dah sampai sini lak cheese cake ni..antara list yang saya nak cuba.tak pernah buat lagi kak kek cam ni..

    ReplyDelete
  6. huwaa..syesly x thn tengok ciskek nih...sedapnyeeeeeeeeeee.... meh tuko ngan ciskek kte..heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...