Total Pageviews

March 16, 2011

APPLE CRUMBLE


Assalamualaikum wat teman teman...sehari dua ni amat sibuk di pejabat..sampai rumah dah petang..penat penat dah tak lalu nak masuk ke dapur.. Tapi hari ini akak terpanggil tuk buat Apple Crumble. AKak nampak kat rumah K.Ros ..dia buat cantik jer..Tapi akak punya..ish ish..ni dah malas nak posing kan desert ni la...walau macamanapun rasanya memang sedap..ala ala manis dan masam masam epal gitu...Kali ni akak gunakan epal hijau...



Jadi akak minta maaf la..sebab gambar yang tak seberapa ni..harap anda boleh menerimanya...


Jadi akak minta izin salin resepi nya...
APPLE CRUMBLE

Size: 6"x9" casserole
BAHAN2:
3 biji Epa Fuji - kupas kulit & hiris (akak guna epal hijau jer)
3 sb Gula Perang*
1 st Serbuk Kayu Manis* (* campur)
75g Tepung
40g Mentega
1 sb Gula

SOS KASTAD:
250ml Susu Segar
1 sb Gula
1 sb Tepung Kastad
1/2 st Esen Vanilla

CARA2:
1. Gris bekas kaserol and susun hirisan epal.
Tabur 1 sb gula campuran kayu manis.
Susun lagi hirisan epal & ulangi sehingga 3 lapis.
2. Campur tepung & mentega seperti serbuk roti.
Campurkan gula & tabur ke atas hirisan epal.
3. Bakar 180C selama 30 minit.
4. Campur rata kesemua bahan sos kastad.
Masak dgn microwave 4-5 minit, kacau setiap seminit. (k.nor masak cara double boiler)
5. Hidangkan Apple Crumble dgn sos kastad & aiskrim vanilla


2 comments:

  1. assalamualaikum akak =) nmpk sedap sgt.. time baking tu sure harummm je bau umah dgn cinnamon tuh, kn. lawan pulak dgn sos kartard.. yumm! all times fav nih =)

    ReplyDelete
  2. salam Naz....sedapnya nampak apple crumble tu.....teringin lak nak rasa hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...