Total Pageviews

November 8, 2011

PUDING JAGUNG

Salam sayang semua.....




Makin hari makin slow melow kita punya update blog... sebab setiap hari kita semakin sibuk... 


Jalan jalan kat rumah si Norul Mas Hana ... terpandang puding jagung.. Dah lama kita tak buat puding jagung.. saja buat puding simpan dalam peti sejuk.. sebab abg kita selalu nya suka mengunyah sambil tengok tv.... 

Terima kasih buat empunya resepi..... memang sedap puding ni....tapi kali ni kita buat terlembik la pula.... jadi kena makan pakai sudu... mungkin kita adjust sikit bahan bahannya....


PUDING JAGUNG
Resepi: 
F&N@myresipi.com
Dari : Dapur Kecil Norul

Bahan-bahan ( sefamily )

* 1 cawan tepung kastad (saya letak 1 1/2 cawan)
* 1 cawan jagung manis ( saya letak 1 tin )
* 3/4 cawan gula ( saya letak 1/2 cawan)
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara
 
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan.

2 comments:

  1. As'salam Naz

    selamat pagi yg ceria Naz, dihidangkan pula dengan puding jagung, emmm enaknya kalau ada buah koktil sekali. sedap2...tak tahan dah ni, lama juga k.ct tak makan puding ni Naz..hehehe

    ReplyDelete
  2. assalamualikum kaknaz.. lama tak nampak. puding jagung best!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...