Total Pageviews

November 16, 2011

LOPES SAGU UBI KAYU

Assalamualaikum.... 


Semalam Iza dok tayang Lopes Sagu Ubi Kayu yang cantik warna warni ... terbayang keenakannya apa lagi makan waktu sejuk....

Nah..ini versi kita plak..tapi versi malas...hahahahah.... jadi satu warna jer...senang citer..tapi rasanya memang walla.....berulang alik kita dok makan...memang sedap..tak pernah rasa dan makan kuih macam ni... 
Terima kasih buat yang empunya resepi...izinkan kita salin kembali....

  
LOPES SAGU UBI KAYU
(by Puan Yon Abu Bakar)
source : Iza Akma SSK


Bahan A :
900 gm ubikayu
60 gm gula pasir
3 sudu besar tepung ubi
600 ml santan pekat
100 gm sagu biji
pewarna merah, kuning, hijau/warna pilihan

Bahan B : (sirap gula melaka)
250 gm gula melaka
300 ml air
70 gm gula pasir
2 helai daun pandan


1 biji kelapa parut (putih saja)
digaul dengan sedikit garam


Caranya :
❀  Buang kulit ubi dan parut. Kemudian perah airnya dan ketepikan.
❀  Masak air secukupnya di dalam periuk hingga mendidih.
❀  Rendam sagu sebentar dan toskan. Masukkan ke dalam air mendidih tadi, kacau hingga masak. Angkat dan tapis sagu dan siram air sejuk supaya tidak melekat.
❀  Satukan bahan A dan digaul hingga rata. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan setiap bahagian.
❀  Kukus setiap bahagian warna sehingga menjadi tiga lapisan selama 20 minit dengan api yang kuat.
❀  Apabila sejuk, dipotong dan digaul kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam.
❀  Untuk menyediakan sirap gula melaka, satukan bahan B dan masak sehingga gula larut.
❀  Hidangkan lopes dengan sirap gula melaka.


8 comments:

  1. assalam

    salam kenal ye
    suke jalan2 sini tgk resepi
    kuih lopes ubi kayu lum penah makan tp tgk rupanya mesti sedap yummy...he he sbnye bab ubi kayu ni semuanye feberetttt

    ReplyDelete
  2. kak naz cayang!! lama tun x menginggah. biasa laa, tenggelam timbul skrg ni. ni baru nk gapai2 pelampung supaya x tenggelam lagi.. huhu..
    sedapnye lopes! tun x tau lak boleh wat lopes guna ubi kayu. pokok ubi kayu tun hidup segan mati x mau je, bila laa nk dpt mkn hasil ubi kayu nih.. dh la ada 2 btg pokok je. huhu

    ReplyDelete
  3. Naz ni menggamit akak utk cari ubi kayu tau, mana nak korek ni? Beli tak pandai pilih ubinya....huhu...selalu tgk org buat guna pulut je tp yang ni lain sikit. Macam nak cuba je...

    ReplyDelete
  4. sedapnya...tak pernah lagi buat lopes sagu ubi kayu ni menarik yer:)

    ReplyDelete
  5. Assalam Nazrah, first time dengar lopes ubi kayu & sagu..mesti ada kelainan dan sedap nikan..kalau dah berulang2 makan confirm sedap lah..

    ReplyDelete
  6. malasnya nak parut ubi kayu kak, ada tak jual yg dah siap parut eh? hehe

    ReplyDelete
  7. mala suka sgt lopes tka pernah buat, beli saja hehehe

    ReplyDelete
  8. elok cantik warna nya kak...saya pernah makan lopes ubi kayu tapi tak pernah letak sagu...kalau ada ubi kayu nak cuba buat..hehehhe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...