Total Pageviews

November 12, 2011

BINGKA UBI PANDAN

Selamat petang hari Sabtu....





Kita nampak bingka ubi pandan ni kat rumah Yatie semalam..memang niat nak buat bingka ubi yang biasa2 tu..tapi menarik juga mencuba yang baru...  boring juga asyik warna kuning jer....

Memang tak rugi mencuba yang baru ini...ada kelainan sikit.. cuma maaf lah...oleh sebab tak sebar menyebabkan sememeh je bingka kita..

Terima kasih buat empunya resepi ...

BINGKA UBI PANDAN
Sumber : Yatie,   Bro RozanMamaHawa dan AlongRoz

Bahan-Bahan (loyang 10x10x2 inci)
  • 1 kg ubi yg telah di parut (perah dan buang semua kanjinya)
  • 500 ml santan pekat (santan kotak)
  • 150 ml air
  • 250 gm gula
  • 4 biji telur –kacau sedikit
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar pes pandan
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning (utk mendapatkan warna hijau yg lebih menarik)
Peraturan :
  1. Satukan ubi parut dan gula dalam sebuah mangkuk besar lalu masukkan minyak sapi dan telur. Gaul rata bahan-bahan ini.
  2. Kemudian masukkan santan, pes pandan, air, garam dan pewarna kuning. Kacau lagi sehingga sebati.
  3. Sapukan sedikit minyak pada dasar dan keliling loyang berukuran 10 inci. Bubuh adunan ubi tadi. Bakar di dalam oven selama kira-kira 1 jam – 1 jam 10 minit dgn suhu 200/220 darjah Celsius. Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.

10 comments:

  1. petang2 dapat makan bingka ubi ni sedapkan..

    ReplyDelete
  2. Kak zana suka sgt kuih ni....kalau buat sendiri tak sedap, nak org punya..hehe.

    ReplyDelete
  3. semalam dah tgk kat rumah yatie.tadi tgk kat fb naz..ni baru dpt singgah dapur naz..mmmg akak nak buat dalam sehari dua ni.nak bwk ke rumah saudara yang nak buat kenduri.mesti sedap makan ramai2 kan?

    ReplyDelete
  4. Wooo... garing nya... cedap kan, ALong dah buat beberapa kali dah kuih ni, mmg puas hati.

    ReplyDelete
  5. hai kak...td wat bingka pandan biasa jek..jap je licin mkn somi isteri..kekekeke

    ReplyDelete
  6. fuhh.. terliur beno nengok nyer.. tun tgk bakar bingka labu nih.. hihi

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Naz,
    waduh betul2 buat akak terliur je tngk bingka ubi pandan ni...garing betul keraknya tu..kalau dapat sepotong sedapnya...akak mcm nak buat lagilah, mmng sedapkan bingka ni..

    ReplyDelete
  8. Salam Naz....lama tak singgah cni akak sebab update blog aje...nak jalan-jalan tu masa terikat sedikit...hari ini akak nak selongkar semua dapur yang ada. Sajian ini memang akak suka. Lemak dan harum ya

    ReplyDelete
  9. saya suka bingka ubi..tapi dah lama betul tak buat sebab tak dek ubi kayu....malas nak beli..selalu org kasi je...kkekeke....suka rasa kasar2 ubi tu...sedapnya..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...