Total Pageviews

November 18, 2011

LOPES SAGU UBI KAYU ...... WARNA WARNI PLAK....

Salam hari Jumaat....



Masih lagi nak menghabiskan saki baki ubi kayu...ari tu yang kita buat versi malas .. nak tengok di SINI... tapi ari ni kita terajin lebih sudah...bukan apa kebetulan nak buat kuih tu..datang pula ibu kita dari kampung...


Sambil sambil tu demo ler kat mak... mak kita kata sedap...lebih sedap dari lopes biasa...heheh :) suka kita.... mak siap ambil resepi lagi....

Terima kasih wat penyumbang resepi....kita salin kembali...layan ye gambar gambar yang tak seberapa ni..... 


LOPES SAGU UBI KAYU
(by Puan Yon Abu Bakar)


Bahan A :
900 gm ubikayu
60 gm gula pasir
3 sudu besar tepung ubi
600 ml santan pekat
100 gm sagu biji
pewarna merah, kuning, hijau/warna pilihan

Bahan B : (sirap gula melaka)
250 gm gula melaka
300 ml air
70 gm gula pasir
2 helai daun pandan


1 biji kelapa parut (putih saja)
digaul dengan sedikit garam


Caranya :
❀  Buang kulit ubi dan parut. Kemudian perah airnya dan ketepikan.
❀  Masak air secukupnya di dalam periuk hingga mendidih.
❀  Rendam sagu sebentar dan toskan. Masukkan ke dalam air mendidih tadi, kacau hingga masak. Angkat dan tapis sagu dan siram air sejuk supaya tidak melekat.
❀  Satukan bahan A dan digaul hingga rata. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan setiap bahagian.
❀  Kukus setiap bahagian warna sehingga menjadi tiga lapisan selama 20 minit dengan api yang kuat.
❀  Apabila sejuk, dipotong dan digaul kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam.
❀  Untuk menyediakan sirap gula melaka, satukan bahan B dan masak sehingga gula larut.
❀  Hidangkan lopes dengan sirap gula melaka.

11 comments:

  1. assalam naz..acik belum pernah makan lope ubi kayu ni..sedap ye naz..acik memang suka semua kuih yang dibuat dari ubikayu

    ReplyDelete
  2. cantiknyer kuih lopes kalerpul.. kalau siap mak mintak resepi tu, kompom sedap betul la kan.. nk cari ubi kayu jugak lah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak...
    cantiknya lopes sagu ubi kayu tu akak... warna ceria yg menarik... nampak sedap sgt

    ReplyDelete
  4. betul tu nampak menarik sangat, kalau berwarna warni gini lagi berselera nak makan....

    ReplyDelete
  5. as-salam
    cantik warna lopes sagu ubi kayu ni..mesti sedap kan

    ReplyDelete
  6. mcm sedap jer Naz.. minta izin ambik dulu resipi yer :)

    ReplyDelete
  7. amboi kak naz rajinnya buat lopes sagu ni...menarik versi lapis warna warni..sedapnya kalau dpt rasa ni...hehe

    ReplyDelete
  8. Meriah sungguh warnanya... kesukaan akak nie...suka kuih-kuih macam ni buat minum petang.

    ReplyDelete
  9. Assalam Naz,
    Waahh dah 2x buat yer naz...meriah dgn kaler. Apa pun lopes ni mmg sedap kan naz...nak2 dimkn sejuk. Tkasih ya naz sudi mencuba.

    ReplyDelete
  10. wah rajinnya...berwarna warni la pulak....tak perasan saya entry akak ni...hhehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...