March 6, 2011

ROTI KELEDEK BERKISMIS

Semenjak akak beli BM baru baru ini...bibik akak dan anak2 cukup suka makan begitu saja roti yang akak buat. Sebab itu lah akak sentiasa buat roti manis yang dipelbagaikan agar tak perlu di tambah ngan jem.



 Kali ni Akak buat roti keledek dan ditambah kismis. Macam biasa ingat nak wat Kuih Talam..tapi kemalasan yang melanda menyebabkan akak campak jer dalam BM agar jadi roti. Alkisahnya...tapi roti ni memang sedap dan lembut .. akak dah cuba pelbagaikan dengan campuran keladi, keledek, oat ...tetap lembut...



  
Akak salin kembali resepi untuk teman teman..

Cara Akak : Akak masukkan semua ke dalam BM dan start hingga siap di bakar.

Bahan-bahanya


300gram tepung roti
50gram tepung gandum ( sy campur tepung roti medium)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
200gm keledek ( di kukus)
100 gm kismis


Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.


Selingan jap..tu mug yg punyalah lama akak simpan..dulu dulu akak rajin bowling..tu yg dapat banyak cenderahati..saja nak imbas kembali.... Jangan lupa meroti yer teman teman...jgn ikut saya..malas sedikit hehehehe...

Jumpa lagi...

3 comments:

  1. assalam kak Naz, nampak pun dh tau sedap roti ni kak...lembut gebus jer..kreatifla kak bubuh keledek pulak tu.

    ReplyDelete
  2. nak try la nanti..nampak sedapp dan gebu la roti tu....

    ReplyDelete
  3. Salam Pagi Minggu, tentu sedap buat Sunday Breakfast ya. Masuk list nanti nak try

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...