Total Pageviews

March 29, 2011

APAM PISANG KUKUS


Assalamualaikum buat semua... Bila balik dari rumah my father..ada lah makcik i bekalkan pisang yang dah masak ranum sesangat..hanya boleh di buat cekodok gayanya.
Tapi bila akak jalan jalan kat rumah si Madiha..akak nampak plak apam pisang yang dah lama akak tak buat. Dulu pun akak ada buat DISINI..

Hari ini akak buat lagi..memang sedap dan harum jer apam pisang ni..sedap untuk dimakan waktu petang time hujan2...


Izinkan akak salinkan resepi yang dapat dari rumah Madiha...
 
Apam Pisang Kukus
Sumber : Diana / Madiha

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar) (akak guna 250 gm )
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (MaDiHa guna gula pasir yg jenis halus sket tuh.. madiha kurangkan gula dlm 3 sudu besar..)
secubit garam

Cara-caranya
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Sementara tu.. panaskan periuk kukusan.
3. Pukul telur bersama gula hingga kembang.  Masukkan mentega cair/ minyak & juga pisang yang dilecek.
4. Kemudian masukkan tepung & gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana. 

Nota: Penutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.

Nota MaDiHaA: MaDiHaA guna acuan apam yang kecik2 tu.. & masa mengukus  telah dikurangkan ke 12 ~ 15 minit.  


7 comments:

  1. cantik dan gebunya apam pisang..ada kelapa lagi, mesti sedap..! :)

    ReplyDelete
  2. perhh..cantik gebu la apam pisang akak ni....
    nak seketoi....

    ReplyDelete
  3. gebus btol. nmpk sgt sedap.. tp kt kalau pisang2 ni tun sorg je yg minat.. kalau blk kg ramai sikit yg mkn nih.

    ReplyDelete
  4. cantiknya..sedap ni kalau dapat makan.berbiji2 ni masuk mulut

    ReplyDelete
  5. sedapnya nengok apam ni..memang gebus...rasa nk ngap jer ni..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...