Total Pageviews

March 3, 2011

KUIH BAKAR PANDAN



Kuih Bakar Pandan ni akak buat petang semalam..terpandang kuih yang cantik dari rumah si Hana. Wat kuih ni sebab ianya mudah dan ringkas..bukan aper wat pun dah nak lewat malam ..dan memang wat untuk di bawa ke pejabat esok pagi..


RESEPI KUIH BAKAR PANDAN
source: cikguzana@inspirasiku
Rujukan : Hana

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula ( lain kali akak kena kurangkan sikit )
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
  • boleh tambahkan esen vanila jika suka.
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
  • Blender hingga sebati
  • Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
  • Taburkan bijan (jika suka)
  • Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak. Tunggu sejuk baru potong.

Memang sedap lemak manis gitu kuih bakar ni...sesuai untuk sarapan dan minum petang...

Jom minum .......

2 comments:

  1. sedapnya kuih bakar...
    yang kerak2 garing tu paling sedapp..he..he..

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak..suka yg garing-garing tu juga...gambar pun nampak cantik...pandai dh akak click2 tu...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...