Total Pageviews

March 12, 2011

Ta-koh Sa-ku (Puding Sagu dengan Pati Santan)


Assalamualaikum...

Dua tiga hari ni kita nampak desert ni ..ada kat rumah Mas, Izah dan kak nor. Semalam petang kita pun cuba la buat..entah apa silapnya kita tengok sagu kita masih berbiji lagi..siap kita kukus jap..tapi masih tak hilang matanya..ish ish..
Nasib baik sagu tu masak dan lembut..Mas kata dapat 6 cawan..tapi bila akak sukat jadi 3 cawan jer...bila semak semak balik..rupanya akak lupa letak 3 cawan air..huh huh...patutlah..nasib baik sebelum tu akak ada kurangkan gula..kalau tak jadi haru biru lah manisnya...


Tapi tak sempat masuk ke petias untuk disejukkan dah selamat di makan oleh anak anak dan Mr S...lain kali boleh buat lagi...
Terima kasih kepada empunya resepi..izinkan akan salin kembali... 

Puding Sagu dengan Pati Santan 
Resepi Asal : Kak Nor 
Sumber : Izah
dan Mas
Bahan ( 6 bekas ) :
  • 1/2 cawan sagu
  • 1/4 cawan tepung ubi @ tepung jagung (akak guna tepung jagung)
  • 3 cawan air
  • 1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste
  • 2/3 cawan gula (lebih kurang 9 sudu besar) (akak kurangkan kepada 7 sudu)
Bahan2 utk pati santan:
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
Cara membuat sagu :
  1. Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
  2. Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan/pandan paste ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana.
  3. Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih.
  4. Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.
Cara membuat pati santan:
  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat.
  2. Sudukan ke atas Puding Sagu. 
  3. Sejukkan dulu baru la dihidangkan


4 comments:

  1. hehehe..cam ner leh lupa letak air tu kan..dah tu akak masuk je pas rendam tu ye..tak pe lenkali leh buat lagi kan..akak guna cawan beso kot..saya elok dapat 6 cawan comel2 gitu la.nanti akak buat, akak sejukkan pulak dlm peti sejuk..fuhh best betui

    ReplyDelete
  2. he..he....boleh buat lagi kak..
    tapi sedappkan sagu ni..mas suka sangat....

    ReplyDelete
  3. wahh.. tun pon selalu masak sagu jd camtu,, kui kui... pastu tun tambah air dgn byknyer (tp jd lembik laa pulak).. hehe.. tp sgt comey laa dessert tu.

    ReplyDelete
  4. sibbaik masih boleh dmkn ek?hehe..nmpk ayu dah tu siap ade ceri lak..bak sikit nk rase

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...