March 19, 2011

BINGKA LABU

Assalamualaikum..salam pagi Sabtu..mesti ada yang tengah rehat rehat di hujung minggu..kan kebanyakan nya tak kerja..cuti libur..dan ada yang sibuk menguruskan anak anak yang akan mula bersekolah pada hari Isnin...

Masih lagi di minggu MELABU.  Bingka labu ini dah berulang kali akak buat..memang kalau kuih kuih sebegini cepat jer habisnya di rumah ini...


Rasa bingka ni memang sedap ..manis manis ala ala gitu..kalau ada sesiapa yang nak manis boleh lah di tambah gula..tapi wat akak dah ok..(dah tua la tu) hehehehe....

Buat Nieza..tahniah atas langsir rumah baru..kita punya langsir agaknya tukar waktu raya kot nanti...(minta belas ikhsan la ni..sebab kita pun buta IT)


Macam bunyi nak minta simpati jer..huh huh.

Sambil sambil makan bingka labu tu..akak makan kacang pistachio yang di bawa oleh Mr S dari Thailand baru baru ni..


Macam biasa resepi ni akak dapat dari rumah Cik Mat Gebu
Minta izin akak copy resepi nya untuk teman teman ya....



Bahan bahan
5 biji telor
500 ml santan (atau 200ml santan kotak + 300ml air)
200g tepung gandum, 
180gm gula halus (atau nak manis tambah sendiri ler) 
1/2 c/t garam, 
1 c/t esen vanilla, 
450g labu manis, Kukus dan lecek hingga lumat.

cara2 

Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin dengan mentega dan lapik ngan aluminium foil (kanan kiri biar lebih supaya senang angkat) atas aluminium foil pun sapu Mentega.
Semua bahan2 diatas kecuali labu di kacau dengan whisk hingga bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu,kacau hingga rata.
Tuang dalam tin dan bakar selama 40-45 minit (sehingga ada kerak sikit diatasnya).
Abaikan kuih yang comot ni...sebab belum sejuk dan potong..sbb esok pagi2 takut tak sempat nak posing

3 comments:

  1. waduh2........mesti sedap ni....nak carik labu jugak la..hehehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum akak..
    sedapnyer nmpk bingka labu akak. wat byk2 kerak mesti x berenti makan =)

    ReplyDelete
  3. Salam Nazrah, tentu lemak kan? Best tentang labu ni sedap dan warnanya cantik. Kak belum pernah buat nampaknya kena cuba juga la.

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...