December 1, 2010

STEAMED MOIST CHOCOLATE CAKE

Kek Harijadi untuk En. Rahim (Pusat Bandar Damansara)



Ini adalah salah satu Resepi Kek yang terdapat di dalam buku "Steamed Cake" yang mana resepi oleh Zubaidah bt Chepa.. sangat moist dan lembut..

Resepinya :
Bahan-Bahan (A)
100 gm serbuk koko
250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
1 tin susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis

Bahan (B)
150 gm tepung gandum
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t serbuk penaik
4 biji telur B

Cara-Cara.
1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
2. Masak atas api seketika
3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja)
6. Kukus selama 1 jam 30 minit dan taburkan choc toping (hias ikut suka)




No comments:

Post a Comment

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...