Total Pageviews

December 7, 2010

KEK KUKUS CARROT


Petang Maal Hijrah...bosan juga jika tak buat aper 2 ..jadi hari ini Akak sempat khatam lagi satu resepi Zubaidah Che Pa...Kek Kukus Carrot..



Ini adunan sebelum dikukus...Masa nak tunggu kuih ni masak..Akak leka di depan komputer dan kukusan telah pun disetkan masanya selama 50 minit..tapi tup tup punya lah lama kenapa loceng set kukusan tu tak bunyi2..rupanya dah bergerak pun pemutar masa tu (rosak agaknya) walhal akak baru beli kukusan tu tak sampai pun sebulan...hu hu ..nasib baik ada waranti..satu masalah lak nak gi ke kedai untuk repair...


Inilah dia Kek Kukus Carrot yang telah siap di potong untuk dimakan..kalau ikutkan resepi, cheese cream tu tak ader..tapi akak tambah untuk rasa enaknya...Untuk Chef Baini...resepi buku tu tak pernah menghampakan...

Untuk teman teman, Akak salinkan balik resepi nya ...

Bahan-Bahan

250 gm mentega
150 gm gula kastor
3 biji telur B
1 stp esen vanilla
200 gm lobak merah- di parut dan timbang
230 gm tepung naik sendiri
1 tsp serbuk penaik

Cara-caranya

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla.
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dan di gaul sebati.
4. AKhir sekali masukkan parutan carrot dan sebatikan adunan.
5. Acuan 8" bulat dan kukus selama 1 jam


Untuk hiasan : Akak letak cream cheese untuk hiasan.



Selamat Menjamu mata ya....

3 comments:

  1. saya akan cuba resepi ni. Thank u so much. Semoga Allah murah kan rezeki

    ReplyDelete
  2. salam...berminatlah nak try resipi awak nie...tp boleh x kalo gantikan loyang bulat yg ada lubang tgh tu dgn loyang biasa??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...