Total Pageviews

December 3, 2010

KEK KUKUS SANDWICH LAPIS JAM


Salam semua...Ini merupakan resepi ke dua yang saya praktise kan dari buku "Steamed Cake". Kek Kukus Lapis Sandwich lapis jam blueberry (ini je fiiling yg ada stok he he ). Kebetulan hari ini Hari Jadi  my staff Faezah...bole ler dibuat makan-makan (selamat hari jadi yer dik....)


Acuan yang saya gunakan (rupa kek sebelum di bakar) Disini saya turunkan resepi yang di C&P dari buku tersebut untuk anda cuba sendiri :-

Bahan Bahan

3 Biji telur B
1/2 sudu besar ovelatte
30 gm air (saya ganti ngan susu segar)
100 gm gula kaster
100 gm tepung naik sendiri
20 gm susu tepung
30 gm minyak
1 tsp chocolate emulco.

Hiasan : Jem

Cara - Cara :

1. Pukuk telur , gula dan ovalete sehingga pekat.
2. Ayakkan tepung bersama susu tepung dan sebatikan adunan
3. Akhirkan sekali masukkan air (susu cair) dan minyak . Kacau rata.
4. Ambil dua sudu adunan dan campurkan dengan chocolate emulco.
5. Acuan 9x9 segiempat - tuangkan semua adunan dan paip adunan coklat sepanjang kek tarik dengan lidi (seperti dalam gambar)
6. Kukus selama 20 - 25 minit.
7. Setelah sejuk keluarkan dari acuan dan sapukan jem dan potong kek menjadi dua dan tindih....

SELAMAT MENCUBA YE KAWAN KAWAN



3 comments:

  1. cantiknya kek..susu tepung tu susu apa yea?
    nak ganti tpg gandum leh gak kan..nak tryla..hihi

    ReplyDelete
  2. klau bakar boleh x? n minyk tu guna mnyk masak ka..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...