December 17, 2010

KEK KUKUS LAPIS JAGUNG DWIWARNA


Salam petang Jumaat..Malam ni ada majlis tahlil hari kedua sepupu Akak yang meninggal. Jadi Akak buatkan Kek Kukus Lapis Jagung yang di lapis dua warna ...sebelum pergi ..akak N3 dulu takut balik lewat malam letih plak...

Kek kukus ni dah buat beberapa kali tapi buat yg belum lihat entry yg lepas akak salinkan semula buat teman2..

Buat teman teman diturunkan resepi dari Zubaida Che Pa...

Bahan -Bahan

5 biji telur B
150 gm tepung superfine (akak guna tepung gandum jer)
1/2 tsp serbuk penaik
200 gm gula kaster
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 tin jagung berkrim
secubit garam
1 stp vanilla esen
1/2 sudu besar ovalete
1 sudu makan air
sedikit pewarna kuning

Cara-caranya :

1. Pukul telur,gula, ovalette dan air sehingga pekat.
2. Masukkan susu pekat.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan kaub balik adunan sehingga sebati dan masukkan jagung, esen vanilla serta garam.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian
5. Ambil satu bahagian dan warnakan dengan kuning lemon
6. Acuan (8 x 8) empat segi.
7. Tuang adunan kosong dan kukus selama 20 minit.
8. Setelah masak tuang adunan kuning lemon dan kukus lagi.
9. Akhir sekali tuangkan adunan kosong dan kukus lagi selama 20 minit sehingga masak.




Yang ni pula Kuih Talam Keladi...juga untuk majlis tahlil tersebut...Amin.

No comments:

Post a Comment

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...