Total Pageviews

December 7, 2010

KEK KUKUS LAPIS JAGUNG


Selamat Maal Hijrah...petang petang ni akak dok membelek buku masakan yang telah diamanahkan oleh Cikgu Norbaini untuk Akak mencuba semua jenis masakan di dalamnya..Alahai bila nak khatam buku tu cikgu....Jadi hari ini akak berkesempatan untuk membuat Kek Kukus Lapis Jagung...Ha ha...hari ini baru dapat rasmikan acuan baru yang akak beli baru baru ini....




Memang lemak manis kek kukus lapis jagung ni...



Tapi Akak rasa kalau lapisan tengah tu lain warna lagi nampak cun..next time le...

Buat teman teman diturunkan resepi dari Zubaida Che Pa...

Bahan -Bahan

5 biji telur B
150 gm tepung superfine (akak guna tepung gandum jer)
1/2 tsp serbuk penaik
200 gm gula kaster
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 tin jagung berkrim
secubit garam
1 stp vanilla esen
1/2 sudu besar ovalete
1 sudu makan air
sedikit pewarna kuning

Cara-caranya :

1. Pukul telur,gula, ovalette dan air sehingga pekat.
2. Masukkan susu pekat.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan kaub balik adunan sehingga sebati dan masukkan jagung, esen vanilla serta garam.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian
5. Ambil satu bahagian dan warnakan dengan kuning lemon
6. Acuan (8 x 8) empat segi.
7. Tuang adunan kosong dan kukus selama 20 minit.
8. Setelah masak tuang adunan kuning lemon dan kukus lagi.
9. Akhir sekali tuangkan adunan kosong dan kukus lagi selama 20 minit sehingga masak.




SELAMAT MENCUBA ...............





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...