Total Pageviews

December 26, 2010

KEK KUKUS PRUNE aka KURMA





Ha ha ha..pernah wat tak kek semacam ni..sebenornya Prune dan Kurma tu dah lama bebeno kat dalam petiais dari hari raya Aidil fitri lagi..Pagi pagi ni cadang nak bawak anak2 jalan2 kat KLCC tapi letih plak. Dok belek2 buku nampak plak resepi dari Chef Zubaida Che Pa ni. 

Nampak tak buah buah tu dok berkumpul kat belah bawah...kwang kwang..tu ler ..resepi suruh blend buah tu tapi akak nak derhaka..terus jadi lagu tu..tapi kek ni memang sedap . Tapi kalau buat ngan buah kurma..elok kurangkan gula sebab manis susu dah ader....

Jadi sesiapa yang mencuba bole lah salin resepi ni yer.

(Sumber : Chef Zubaida Che Pa)

Bahan bahan

250 gm mentega
100 gm gula caster (bole kurangkan jika x mau manis)
5 biji telur
125 gm susu pekat manis
200 gm tepung naik sendiri
20 biji buah prune - kisar dengan sedikit air (tapi akak cincang jer dan campur ngan buah kurma)

Cara cara

1. Pukul Mentega, gula dan susu hingga kembang.
2. Masukan telur satu persatu
3. Kemudian masukkan buah prune yang telah dikisar dan kacau sebati.
4. AKhir sekali masukkan tepung dan kacau sebati
5. Acuan bulat 8"  
6. Kukus selama 1 jam dan hias .







Selamat Berhari Minggu....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...