Total Pageviews

December 6, 2010

TALAM KACANG HIJAU


Assalamualaikum dan salam sejahtera...Antara kuih kegemaran keluarga Akak ialah kuih Talam..
Hari ini Akak buat kuih Talam Kacang Hijau dan mencuba resepi dari Hanieliza's Cooking..

Minta izin dari empunya resepi untuk rujukan teman teman Akak.


KUEH TALAM KACANG HIJAU

Lapisan bawah - [kacang hijau ]

1 cawan kacang hijau[rebus lembut dan mesin halus sikit]
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang hijau yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam sikit

Cara.

1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.



SELAMAT MENCUBA .....

1 comment:

  1. Ini memang favorite saya, rasa macam makan bubur kacang. Tunggu Ramadan 2011 pula buat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...