Total Pageviews

December 27, 2010

KEK KUKUS BROWNIES LAPIS GREEN CHEESE


Salam semua..biasa ler..keje sekerat hari bila belah petang mula lah mencari cari resepi yang baru.. macam biasa hari ini satu lagi resepi yang kita cuba dari buka "Steam Cake" by Zubaidah Che Pa. Nak sahut cabaran sifu kita supaya dapat menghabiskan satu buku..fuhhh...banyak lagi tu yg belum di cuba..tahun depan kot baru khatam..ha ha..


Bahan A
60gm mentega
30 gm chocolate masakan

Bahan B
4 biji kuning telur
2 biji putih telur
110 gm gula kaster

Bahan C
25 gm tepung gandum

25 gm serbuk koko
1/2 tsp serbuk penaik

Bahan D

1 tsp chocolate emulco

Cara 2

1. Cairkan bahan A - sejukkan 
2. Putar bahan B sehingga kembang dan masukkan bahan A tadi. AKhirkan sekali masukkan bahan C dan D.
3. Sebatikan adunan dan tuang adunan ke dalam acuan (8x8") empatsegi
4. Kukus selama 35 minit.

Lapisan Keju
Bahan A
1 biji telur
30 gm gula pasir
1/2 sudu besar ovalet

Bahan B
30 gm tepung supefine
20 gm tepung jagung

Bahan C
100 gm cream cheese
1 sudu besar susu pekat manis
1 tsp pewarna hijau apple


Bahan D
50 gm minyak masak


Cara2


1. Pukul Bahan A hingga kembang dan pekat
2. Ayakkan tepung ke dalam adunan telur dan gaul rata.
3. Pukul bahan C sehingga lembut dan masukkan ke dalam adunan tadi.
4. Akhir sekali masukkan minyak masak dan ratakan adunan.
5. Tuang terus keatas adunan coklat dan kukus lagi sehingga 30 minit.



SELAMAT MENCUBA YER...

1 comment:

  1. menariknya kek ni...minta izin copy resepi yer..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...